Di puncak gunung yang tinggi, aku sedang berdiri.
Cuma selangkah, andai aku teruskan, aku akan jatuh terjunam ke bawah.
Aku akan mati.
Ya, biar aku segera mati, biar semua masalah pergi.
Pergi jauh-jauh.
Ah, kalau aku tidak percayakan syurga dan neraka,
tidak mustahil sudah lama aku terjun.
Biar nyawa terpisah dari jasad.
Biarlah nafas terhenti, biarkan jantung berhenti.
Aku sudah tidak mahu hidup lagi.
Dunia ini terlalu kejam, di atas bumi ini, aku banyak menangis.
Aku benci kehidupan aku.
Aku benci diri aku sendiri.
Aku mahu lari.
Aku mahu pergi. Tapi ke mana?
Antara dua, syurga atau neraka.
Sengsara di dunia tetapi bahagia di akhirat
atau sengsara di dunia, hingga ke akhirat?
Naauzubillah.
Aku cuma sebuah jasad yang dicipta dari tanah,
dari setitik mani.
Mana mungkin aku mampu menanggung sakit dan perit.
Aku tidak mampu dan aku juga tidak mahu,
tapi aku juga tahu,
Sememangnya syurga juga bukanlah tempat untukku.
Aku tidak layak.
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

2 comments:
Salam..
Kak niza.. sedihnye.. tersentuh bila baca post yg ni.. dah berkaca2 dah ni.. adehh =.="
saya pernah merasa satu saat hendak bunuh diri namun saya takutkan azab Allah.........
Post a Comment