+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Thursday, January 21, 2010

Lagenda Perahu Usang


Perahu usang.Putus talinya.
Hanyut.
Dibawa arus.
Jauh ke tengah lautan.


Perahu hanyut.
Terumbang ambing.Dipukul badai.
Melata ditiup angin
Tanpa pendayung.
Tiada arah.
Berserah pada angin.
Dan ombak.

Kian jauh.
Membelah laut.
Dilambung gelora.Kian menggila.
Hilang arah.Tiada tujuan.
Terumbang ambing.

Oh angin.Oh ombak.
Bawalah aku pergi.
Ke mana saja mahumu.
Biarlah aku hanyut.

Wahai bayu.Wahai badai.
Biar aku pecah.Biar aku karam.
Biar aku musnah.

Aku perahu hanyut.
Tidak kenal erti destinasi.

Selamat tinggal tepian pantai.
Pohon kelapa melambai.
Langit biru awan putih.
Selamat tinggal.
Berpisahlah kita.
Sang rembulan sang suria.
Berbahagialah kau camar putih.
Ikan berenang.
Tanpa aku.
Perahu usang.

Tanpa Aku

No comments: