+ Dengan nama Allah +
Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Palestin. Semoga Kau Pun Tahu
Palestin. Semoga Kau Pun Tahu.
--------------------------
Airmatamu mengalir bagai tiada sebarang nilai..
Darah yang membasahi bumi tiada siapa peduli..
Kau menjerit memekik kesakitan..
Kau merintih merayu simpati.
Telah lama kau menderita,
Telah banyak nyawa menjadi korban,
Telah banyak rumah kediaman musnah,
Telah banyak duka yang kau tanggung.
Angkuh benar musuh durjana!
Melontar peluru sembunyi tangan,
Nyawa umpama sampah tidak bernilai,
Kejam dan rakus membedil dan menembak.
Ah!
Sungguh aku benci musuhmu,
Merekalah manusia jahil tiada pedoman!
Aku idamkan buatmu..
Burung Ababil datang membantu..
Melontar batu panas memusnahkan mereka..
Biar hancur ibarat daun di gigit ulat.
Aku mendoakan,
Dunia ini kembali sejahtera..
Kau juga bebas di negaramu..
Kembali membina tamadun..
Bangkit dari penderitaan..
Semoga kau pun tahu..
Apa erti keamanan.
Aku mendoakan,
Tiada lagi penindasan,
Tiada lagi pencabulan,
Tiada lagi penyeksaan.
Bantuan Allah pasti tiba!
Kemenangan kan pasti jadi milikmu.
Keamanan akan jadi milikmu.
Dan semoga kau tahu.
Aku saudara yang mencintaimu.
[Di olah semula pada 18 November 2012. Karya asal pernah disiarkan DI SINI, pada 4 Januari, 2009. Dejavu lagi.]
No comments:
Post a Comment