+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Thursday, November 15, 2012

Smartphone Sangat Berbaloi-baloi. Jom Hijrah!


Bismillahirrahmanirrahim..

 Assalamualaikum wbt, apa khabar sahabat yang dikasihi Allah? Salam Maal Hijrah saya ucapkan kepada semua. Moganya, sahabat-sahabat pengunjung blogger saya ini, benar-benar mengambil iktibar dan ibrah daripada peristiwa sejarah Hijirah Rasulullah saw dan para sahabat dari Kota Mekah ke Kota Madinah. 

Saya ini, walau berkali-kali mendengar cerita hijrah mereka, alhamdulillah tak pernah jemu. Dan sentiasa ingin mendengar dan membaca tentangnya. Moga-moga sahabat saya juga begitu. Sedikit selingan;



Semoga bermanfaat insyaAllah. Baik, sebenarnya, saya bukan mahu bercerita tentang peristiwa hijrah itu dalam entri ini (lain kali insyaAllah). Di sini, kali ini, saya ingin sembang-sembang tentang penghijrahan daripada handphone ke Smartphone atau juga dikenali sebagai telefon pintar. =)



Seriring dengan peredaran masa, kemajuan sains dan teknologi, handphone juga mengalami proses 'evolusi'. Handphone sekarang ni bukan saja digunakan untuk call atau sms. But more than that. Handphone kini 'berevolusi' menjadi Smartphone. Subhanallah. Dengan saiz yang kecil, ringan dan mudah di bawa ke mana-mana, Smartphone mempunyai pelbagai kegunaan. Sangat membantu aktiviti seharian kita. Alhamdulillah.

Dengan menggunakan Smartphone, kita nak baca Quran, baca doa Mathurat, nak tengok video ceramah, belajar doa, nak baca pelbagai jenis buku, semuanya boleh guna smartphone.

Buku diari dan kalendar dah tak perlu. Jam loceng dan mesin kalkulator pun dah tak perlu. Nak senaman pun boleh guna smartphone, apatah lagi belajar menari Gangnam Style. Nak main game tak semestinya kena ada PSP atau Gameboy, handphone (smartphone) dah memadai. Mesin GPS pun dah tak perlu, install aje dalam smartphone.


Kamera pun dah jadi kurang signifikan, nak ambik gambar guna aje smartphone. Boleh terus edit dan publish untuk sharing pulak tu.. Album besar-besar pun dah tak perlu, kalau rindu sanak saudara, bukak aje gallery dalam smartphone. Nak dengar lagu atau Quran pun dah tak perlu mp3 player, boleh terus dengar menggunakan smartphone.


PC dan Laptop pun makin jarang diguna, nak surf internet, facebook-ing, googel-ing, boleh guna handphone. Nak guna dictionary, dalam smartphone pun ada. Oh. Modem pun dah tak perlu, smartphone dah memadai - boleh jadi portable modem untuk hotspot. Boleh dibawa ke mana-mana. Mudah.


Dan macam-macam lagi lah. Nak tulis pun letih, hehe.. Apapun, terserah kepada kita bagaimana cara nak menggunakannya agar memberikan banyak manfaat kepada kita, dan ummah. Jangan sampai smartphone ini mendatangkan mudarat pulak yer.....


Hebat manusia yang mencipta smartphone dan segala macam applikasi di dalamnya. Hebat lagi Allah yang mencipta manusia yang punya kehebatan itu. Segala puji hanya bagi Allah. Tuhan sekalian Alam. ♥

Makanya, pesan saya, jomlah kita berhijrah. Daripada handphone biasa kepada smartphone. InsyaALlah, kalau kita tahu menggunakannya dengan baik, ia merupakan suatu pelaburan yang tidak membazir malah sangat berbaloi-baloi. Ia bukan saja memudahkan urusan seharian kita, malah, sentiasa membantu kita untuk kekal up to date dengan isu-isu semasa yang terjadi sekeliling kita. Semoga perkongsian ini bermanfaat, insyaAllah.
 
[P/S: Kepada yg masih guna 3310 atau seangkatan dengannya, jangan kecik hati ek... hehe]

No comments: