Bismillahirrahmanirrahim...
Allah swt berfirman, dalam Surah Al-Baqarah, ayat 186;
"Dan apabila
hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada
mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku
perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu.
Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu),
dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta
betul"
Sahabat yang dirahmati Allah.
InsyaAllah, kali ini suka saya kongsikan beberapa doa yang dipetik daripada kitab suci Al-Quran, dari Surah Al-Baqarah dan Al-Imran. Moga dapat dijadikan panduan dan menanam rasa kecintaan kita kepada Al-Quran, agar selalu kita rujuk dan kita buka bila-bila masa sahaja, insyaAllah.
Doa mohon kebaikan di dunia dan di akhirat:
Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa
dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan
kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka".
Doa apabila tersalah dan terlupa juga doa agar tidak diberi bebanan yang tidak mampu:
Allah tidak memberati
seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala
kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang
diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata):
(Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai
Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau
kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami
bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada
orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah
Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan
maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah
rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami
untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".
(Al-Baqarah 2:286)
Doa mohon ditetapkan hati sesudah mendapat hidayah daripada Allah:
(Mereka berdoa dengan berkata):
"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau
beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat
dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah
pemberianNya.
Doa mohon keampunan dan dijauhi azab neraka:
(Iaitu) orang-orang yang berdoa
dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah beriman, oleh
itu, ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab neraka";
Doa mohon zuriat yang baik:
Ketika itu Nabi Zakaria berdoa
kepada Tuhannya, katanya:" Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari
sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa
Mendengar (menerima) doa permohonan".
Doa mohon kekuatan dalam perjuangan dan mohon kemenangan:
Dan tidaklah ada yang mereka ucapkan (semasa berjuang), selain daripada berdoa
dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa-dosa kami dan
perbuatan kami yang melampau dalam urusan kami, dan teguhkanlah tapak
pendirian kami (dalam perjuangan); dan tolonglah kami mencapai
kemenangan terhadap kaum yang kafir.
Semoga bermanfaat untuk kita semua, insyaAllah.
No comments:
Post a Comment