Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.. Apa khabar sahabat yang dikasihi Allah? Moga sentiasa sihat walafiat, di bawah naungan kasih limpah rahmat Ilahi. Semoga sentiasa tenang dan tabah dalam menghadapi apa jua musibah dan ujian hidup. Semoga sentiasa dipelihara dan diberi petunjuk olehNya, agar dalam apa jua yang kita lakukan, mudah-mudahan, Allah sentiasa memimpin kita untuk memilih dan melakukan yang terbaik - untuk dunia dan akhirat. InsyaAllah. Amin ya Rabb...
Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Alhamdulillah. Baru beberapa minggu yang lepas, kita menyambut Hari Raya
Korban, juga dikenali sebagai Aidul Adha dan Hari Raya Haji. 3 in one,
ya? Alhamdulillah, wa syukurillah. Tahun ini (1433H) saya diberi
keizinan olehNya untuk meraikannnya di kampung halaman, tempat saya
dilahirkan dan dibesarkan. Diizinkan Allah untuk solat sunat Aidiladha
di surau tua di kampung itu.
Dan saya terkenangkan Masjidil Haram. Rindu ini membuak-buak.
Dan saya terkenangkan Masjidil Haram. Rindu ini membuak-buak.
Bersama Bonda di hadapan Masjidil Haram.
Allah swt berfirman;
Dan (ingatlah) ketika Kami jadikan Rumah Suci (Baitullah) itu
tempat tumpuan bagi umat manusia (untuk Ibadat Haji) dan tempat yang
aman; dan jadikanlah oleh Kamu Makam Ibrahim itu tempat sembahyang. Dan Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail (dengan berfirman): "Bersihkanlah Rumahku (Kaabah
dan Masjid Al-Haraam dari segala perkara yang dilarang) untuk
orang-orang yang bertawaf, dan orang-orang yang beriktikaf (yang tetap
tinggal padanya), dan orang-orang yang rukuk dan sujud".
Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah (negeri Makkah) ini, negeri
yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki dari berbagai jenis
buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada
Allah dan hari akhirat di antara mereka". Allah berfirman:"
(Permohonanmu itu diterima) tetapi sesiapa yang kufur dan ingkar maka
Aku akan beri juga ia bersenang-senang menikmati rezeki itu bagi
sementara (di dunia), kemudian Aku memaksanya (dengan menyeretnya) ke
azab neraka, dan (itulah) seburuk-buruk tempat kembali".
Zulhijjah kian berlalu meninggalkan kita. 1433H akan berakhir dan insyaAllah jika panjang umur kita dan bumi ini, lagi dua hari kita akan menyambut Maal Hijrah. Sempena hari raya korban yang lepas. Saya percaya, ramai di antara kita sedar, tahu akan 'asal usul' hari raya korban. Sejarah di sebaliknya. Namun begitu, suka saya berkongsi sekali lagi, kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dengan anaknya Nabi Ismail a.s. Juga isterinya, Siti Hajar.
Semoga kita (terutama saya) dapat mengambil ibrah darinya, tidak lupa dan sentiasa ingat walaupun bukan lagi di bulan Zulhijjah.
Semoga kita (terutama saya) dapat mengambil ibrah darinya, tidak lupa dan sentiasa ingat walaupun bukan lagi di bulan Zulhijjah.
Alhamdulillah juga, hari raya korban kali ini adalah hari raya pertama yang saya sambut selepas kepulangan dari Tanah Suci Kota Mekah. Berkat doa Nabi Ibrahim barangkali, saya dijemputNya ke sana. Tentu sekali, perasan menyambut hari raya korban kali ini, sedikit berbeza dengan tahun-tahun yang sudah. Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.
Jika sebelum ini, saya selalu dengar cerita tentang Kaabah yang didirikan oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, dengan izin Allah, bulan April tahun ini, saya menatapnya sendiri dengan kedua-belah mata saya ini. Subhanallah. Maha Suci Allah. Aku datang padaMu ya Allah. Aku sahut seruanMu. Labbaikallah... Labbaikallah.. Labbaikallah..
Banyak kenangan indah yang saya kutip sepanjang berada di Tanah Suci Kota Mekah. Sepanjang berada di sana, seolah-olah segala penyakit saya sudah sembuh. Segala masalah saya sudah selesai. Hati ini tenang bagai tak pernah saya menikmatinya selama hidup saya. Jika Allah izinkan, setiap saat dan detik ketika di sana, ingin saja saya rakamkan semuanya kemas dalam ingatan saya ini agar tidak pupus dari memori.
Tentu sekali, perasaan saat kali pertama menjejakkan kaki ke dalam Masjidil Haram, lansung terus ke Kaabah antara kenangan yang paling sukar untuk dilupakan. Air mata siapa takkan tumpah? Merasa diri ini penuh dengan dosa, hina dan kerdil namun syukur, Allah beri keizinan untuk menziarahi rumahNya. Hati siapa takkan terasa sebak? Bagai sebuah mimpi yang dirahmati Allah. Seolah-olah tidak percaya, saya waktu itu berdiri di hadapan Kaabah. Allahuakbar..
Selesai tawaf tujuh kali keliling Kaabah, kami berehat sebentar menikmati air zam-zam sementara menanti ahli kumpulan yang lain datang berkumpul. Alhamdulillah. Nikmat rasanya, apabila air zam-zam itu mengalir masuk ke dalam mulut sambil menghadap ke arah Kaabah. Seterusnya, kami meneruskan ibadah umrah kami untuk saei di Bukit Safa dan Marwah.
Allah swt berfirman;
Sesungguhnya "Safa" dan "Marwah"
itu ialah sebahagian daripada Syiar (lambang) agama Allah; maka sesiapa
yang menunaikan ibadat Haji ke Baitullah atau mengerjakan Umrah, maka
tiadalah menjadi salah ia bersaie (berjalan dengan berulang-alik) di
antara keduanya. Dan sesiapa yang bersukarela mengerjakan perkara
kebajikan, maka sesungguhnya Allah memberi balasan pahala, lagi Maha
Mengetahui.
Lansung, waktu itu saya terkenangkan Siti Hajar, isteri kepada Nabi Ibrahim dan juga bonda kepada Nabi Ismail. Jarak antara Safa dan Marwah itu bukanlah dekat, apatah lagi waktu itu Hajar berlari-lari di tengah padang pasir - tanpa air - jauh bezanya dengan keadaan Safa dan Marwah pada waktu ini. Betapa, mereka itu insan terpilih, diberi ujian dan dugaan oleh Allah swt, bagi menguji keimanan mereka dan mereka berjaya menempuhinya. Semoga, pengorbanan mereka, dapat kita jadikan iktibar agar dapat menambahkan lagi keimanan kita kepada Allah swt. InsyaAllah.
Selesai saei, kami bertahallul dan dengan itu, selesailah ibadah umrah kami pada waktu itu. Syukur yang tidak terhingga kepada Ilahi atas segala anugerah dan nikmat yang telah Dia berikan kepada kami.
Sahabat yang dirahmati Allah.
Tanah Suci Mekah mungkin tidak seindah kota-kota besar di Eropah - impian kalian. Tidak dihiasi ukiran dan bangunan-bangunan yang gah indah-indah belaka. Tiada tempat membeli belah syurga bagi mereka yang suka berbelanja. Namun ketahuilah, bahawasanya Mekah itu jauh lebih baik dari semua tempat di muka bumi ini..
Berikut adalah antara kelebihan-kelebihan Tanah Suci Mekah, yang saya kutip melalui carian Google, suka saya kongsikan. Moga bermanfaat untuk kita semua. InsyaALlah.
Pertama. Mekah merupakan tempat dibangunkan rumah Allah (Kaabah / Baitullah al-Haram). Kaabah juga merupakan arah Kiblat kepada seluruh umat Islam. Kaabah merupakan binaan pertama atas muka bumi.
Nabi Adam yang membina Kaabah dan yang pertama mengelilingi Kaabah
ialah para Malaikat.
Firman Allah swt:
"Sesungguhnya rumah ibadat pertama yang didirikan untuk
golongan manusia adalah yang terdapat di Mekah yang penuh keberkatan,
sebagai petunjuk kepada sekelian alam." (ali-‘Imran: 96)
Kaabah (Baitullah) ialah Rumah ALLAH kerana kemuliaannya. Kaabah adalah suatu binaan mulia yang penuh dengan keberkatan. Al Tabrani meriwayatkan di dalam al-Mu`jam al-Kabir daripada Ibn Abbas bahawa Rasulullah SAW menyatakan:
“Sesungguhnya Allah menurunkan 120 rahmat ke atas rumah ini ( Kaabah
), setiap hari 60 untuk orang yang melakukan tawaf, 40 untuk orang yang
solat dan 20 untuk orang yang memandangnya.”
( Riwayat al-Baihaqi, Abu Nu'aim dan Ibn 'Asakir)
Kaabah juga merupakan arah kiblat kepada seluruh umat Islam walau di mana jua mereka berada.
Allah swt berfirman;
"Dan dari mana sahaja engkau keluar (untuk mengerjakan sembahyang), maka hadapkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haraam (Kaabah); dan sesungguhnya perintah berkiblat ke Kaabah itu adalah benar dari Tuhanmu. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan segala apa yang kamu lakukan."
Di Mekah, ada sebuah masjid yang dinamakan Masjidil Haram. Sesiapa yang beribadat di Masjidil Haram di hadapan Baitullahil Haram
di mana pahalanya menyamai atau melebihi sembahyang seratus ribu
sembahyang di masjid lain. (Riwayat Iman Ahmad)
Daripada Abdullah bin al-Zubair berkata bahawa
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Solat di masjidku ini (Masjid nabawi) lebih
baik daripada 1000 kali solat di masjid lain kecuali Masjidilharam,
solat di Masjidilharam lebih afdal daripada 100 kali solat di masjidku
ini (iaitu 100 ribu kali di masjid lain).”
Di dalam Masjidil Haram pula, ada Kaabah dan tempat-tempat lain yang paling mustajab berdoa seperti di Multazam, di Hijir Ismail. Di sana juga ada Telaga Zam-Zam di mana airnya menjadi penawar kepada segala penyakit dan menjadi sepertimana diniatkan.
Seterusnya, Kota Mekah merupakan kota kelahiran dan kenabian Muhammad s.a.w. Kota yang disayangi baginda nabi. Ketika meninggalkan Kota Suci Mekah menuju ke Madinah, Nabi Muhammad saw bersabda;
Daripada Abdullah bin ‘Adi bin Hamra’ al-Zuhdi:
Aku lihat Rasulullah s.a.w. berdiri dan bersabda: “Demi
Allah! Sesungguhnya Makkah ialah sebaik-baik bumi Allah dan bumi yang
sangat disayangi oleh Allah s.w.t., kalaulah aku tidak dihalau keluar
daripadamu nescaya aku tidak akan keluar.”
Makkah merupakan Tanah Haram sebagaimana sabda Nabi Muhammad saw.
Maksudnya: Daripada Ibn Abbas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda pada hari pembukaan kota Makkah: “Sesungguhnya negeri Makkah ini telah dijadikan oleh Allah s.w.t. sebagai Tanah Haram pada hari Dia menciptakan langit dan bumi. Makkah ialah Tanah Haram dengan pengharaman daripada Allah sehingga ke hari kiamat. Tidak di benarkan berperang di Makkah kepada sesiapa pun sebelumku, dan tidak dibenarkan kepadaku kecuali beberapa masa shaja (pada hari pembukaan kota Makkah tahun ke-8H). Makkah ialah Tanah Haram dengan pengharaman daripada Allah sehingga ke hari kiamat. Tidak boleh memotong pohon, tidak boleh menangkap binatang perburuan (yang hidup bebas), tidak boleh mengambil barang yang tercicir kecuali mereka mahu mengumumkannya kepada orang ramai dan tidak boleh mengerat rumput di Makkah. “Kata al-Abbas (bapa saudara Rasulullah): ‘Kecuali Iskhir (sejenis tumbuhan yang harum baunya) untuk dibuat bahan bakar kepada tukang besi dan dibuat atap rumah.’ Jawab Rasulullah s.a.w.:’Kecuali Izkhir.”
Maksudnya: Daripada Ibn Abbas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda pada hari pembukaan kota Makkah: “Sesungguhnya negeri Makkah ini telah dijadikan oleh Allah s.w.t. sebagai Tanah Haram pada hari Dia menciptakan langit dan bumi. Makkah ialah Tanah Haram dengan pengharaman daripada Allah sehingga ke hari kiamat. Tidak di benarkan berperang di Makkah kepada sesiapa pun sebelumku, dan tidak dibenarkan kepadaku kecuali beberapa masa shaja (pada hari pembukaan kota Makkah tahun ke-8H). Makkah ialah Tanah Haram dengan pengharaman daripada Allah sehingga ke hari kiamat. Tidak boleh memotong pohon, tidak boleh menangkap binatang perburuan (yang hidup bebas), tidak boleh mengambil barang yang tercicir kecuali mereka mahu mengumumkannya kepada orang ramai dan tidak boleh mengerat rumput di Makkah. “Kata al-Abbas (bapa saudara Rasulullah): ‘Kecuali Iskhir (sejenis tumbuhan yang harum baunya) untuk dibuat bahan bakar kepada tukang besi dan dibuat atap rumah.’ Jawab Rasulullah s.a.w.:’Kecuali Izkhir.”
Kelebihan Mekah yang lain pula ialah, Mekah kelak tidak dimasuki dajal.
Maksudnya:
Daripada Anas bin Malik r.a. bahawa Rasulullah bersabda: “Semua negeri
akan dimasuki oleh dajal kecuali Makkah dan Madinah, semua jalan masuk
dikawal olah para malaikat yang berbaris-baris, kemudian Madinah akan
bergoncang sebanyak tiga kali dan Allah s.w.t. akan mengeluarkan semua
orang kafir dan munafik daripadanya.”
Demikian, sedikit sebanyak perkongsian dari saya. Semoga dapat menyuntik semangat kepada kita semua untuk mengunjunginya. Juga.. Mohon kerjasama sahabat sekalian, sekiranya ada mana-mana kesalahan dalam entri saya kali ini, mohon ditegur dan diperbetulkan, ya? JZKK.. =)
Bukan sedikit keistimewaan Tanah Suci Kota Mekah, oleh itu, suka saya berpesan kepada sahabat sekalian dan diri saya juga agar sentiasa menanam cita-cita dan azam untuk menjadi tetamu Allah. Berniat dan berdoa dengan bersungguh-sungguh agar kita juga dijemput ke sana, suatu hari nanti. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment