Kemajuan teknologi yang bergerak terlalu pantas andai tidak ditangani dengan baik, mungkin saja boleh membunuh 'fitrah kemanusiaan'.
Fitrah manusia normal, ingin hidup bermasyarakat. Berhubung dan berinteraksi dengan orang sekeliling. Manusia normal suka bersosial dan membina jaringan. Berkongsi cerita dan pandangan. Memberi dan menerima. Malah, dalam Islam juga menyifatkan bahawa seluruh umat Islam itu adalah bersaudara.
Islam juga menggalakkan 'aktiviti' secara berkumpulan contohnya solat berjemaah, jauh lebih baik daripada solat sendirian. Dalam Al-Quran juga sering di sebut 'kami' - contohnya di dalam surah Al-Fatihah, berbunyi, "Tunjukkan KAMI jalan yang lurus."
Sejujurnya, video di atas bagai kena batang hidung saya sendiri.. Kerana leka dengan smartphone, waktu saya berinteraksi dengan orang sekeliling bagaikan berkurang.. Dengan smartphone, macam-macam ada. Jika dulu saya hampir sesat jalan, saya akan telefon kakak saya untuk bertanya arah. Sekarang dengan menggunakan smartphone saya boleh cari jalan sendiri. Jika dulu ada masa lapang, saya akan habiskan bersama keluarga, kini saya lebih gemar menonton video dan bermain permainan video - sendirian.
Perlahan-lahan, wujud jurang antara kami. Sesungguhnya, saya telah banyak tertipu. Kononnya teknologi ini dapat menghubungkan saya dengan sahabat-sahabat lama, merapatkan hubungan yang jauh, tapi, sebenarnya tanpa sedar saya, hubungan saya dengan orang terdekat kian menjauh. Antara kami bagai ada jurang yang sangat dalam. Yang mulanya kecil, lama-kelamaan menjadi besar.
Sebelum terlambat. Ayuhlah kita letakkan had terhadap penggunaan smartphone kita. Jangan sampai ia 'membunuh' kita dan orang-orang yang menyayangi kita. Put it down on table for a while. Manfaatkan masa lapang sebaik yang mungkin bersama keluarga. Jangan sia-siakan ruang yang ada. Kerana masa yang berlalu, tidak akan kembali lagi.
No comments:
Post a Comment