+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Tuesday, June 5, 2012

Syair Seorang Pendosa

Sebenarnya, aku ingin menangis. 
Tapi ku tak pasti tangisan itu untuk apa. 
Airmata ini untuk siapa. 
Lalu ku pujuk diri biar bertahan lebih teguh.
Biar berderai pecah seribu di dalam dada. 
Air mata ini akan ku halanginya jatuh.

Sebenarnya, aku sedang sengsara. 
Tapi ku tak pasti apakah layak aku menagih simpati dariNya. 
Layakkah aku memohon agar penderitaan ini segera berakhir. 
Sedangkan dosaku masih banyak belum tersuci. 
Saban hari memohon ampunan.
Dan saban hari juga aku menzalimi diriku sendiri. 
Apakah masih ada ruang untukku di syurgaMu? 

Tuhan.
Biarlah ku tanggung semua derita. 
Kerana aku memang layak untuk itu.
Yakinkan aku, Tuhan. 
Biarlah aku redha.
Membuka genggamanku.
Melepaskan segalanya pergi.
Semuanya.
Biarpun semua yang aku cintai. 
Demi untukMu. 
Tuhanku.
Yang Maha Berhak.


-Hasniza Ibrahim-

No comments: