+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Sunday, June 10, 2012

Setiap Orang Adalah Watak Utama (Hero!)


Siapa pernah menonton anime Naruto? Saya pernah! Suatu ketika dahulu, saya benar-benar jatuh cinta dengan anime ini. Betul-betul punya cinta. Walaupun penangan 'gila Naruto' itu sudah berlalu bertahun-tahun lamanya, insyaAllah, sisi positif darinya masih lagi berbekas di hat ini. Izinkan saya berkongsi, ya? =)

Menonton bukan sekadar berhibur. Bukan sekadar menggunakan mata di kepala. Tapi juga bukalah mata di dalam hati. Ajak 'dia' menonton bersama. Jom!

Baik. Suka saya kongsikan beberapa pengajaran bermanfaat yang saya perolehi daripada anime tersebut. Jom kongsi jom! 

1) Jangan cepat mengalah. Jangan berputus asa. Sikap positif ini sering ditonjolkan dalam watak dan keperibadian Naruto itu sendiri. Tidak kira apa jua keadaan yang terpaksa ditempuhi, dia sentiasa optimis bahawa kejayaan akan jadi miliknya selagimana dia berusaha. 
Naruto juga mempunyai impian dan cita-cita yang sangat besar. Dia bersungguh-sungguh untuk merealisasikan impiannya itu. Dia tidak pernah goyah dalam mengejar impian. Dalam hidup, kita sememangnya perlukan 'target' untuk dicapai.

Asalnya Naruto seorang budak lelaki yang biasa-biasa sahaja, antara pelajar yang paling lemah di dalam kelasnya. Namun, dari semasa ke semasa, ujian demi ujian yang ditempuhinya menjadikan dia lebih kuat dari sebelumnya. Dia punyai cita-cita yang ingin direalisasikan. Dia mahu menjadi orang yang paling hebat di kampungnya, dia mahu menjadi Hokage! Dia yakin bahawa dia mampu mendapatkannya.

2) Semangat setiakawan dan bekerjasama. Di tempat mereka belajar, mereka dibahagikan kepada kumpulan. Satu kumpulan tiga orang pelajar dibimbing oleh seorang sensei. Contohnya Naruto, Sasuke dan Sakura dibimbing oleh Kakashi. Begitu juga pelajar / ninja-ninja yang lain. Apabila mereka diberikan misi atau tugasan, mereka bergerak secara berkumpulan. Masing-masing mempunyai kelebihan dan keisitimewaan, kekuatan dan kelemahan tersendiri, maka, mereka saling memerlukan dan melengkapi apabila berhadapan dengan sesuatu situasi.

3) Setiap manusia adalah istimewa. Setiap manusia adalah Hero! Setiap daripada kita ada cerita hidup yang berbeza-beza namun setiap daripada kita juga adalah watak utama dalam kisah hidup kita masing-masing. Semua orang setara, sama penting. Jangan memperkecilkan orang lain kerana mungkin bagi kita ianya tiada apa-apa tapi bagi orang lain, ia adalah segala-galanya. 

Dalam hidup kita, dia mungkin cuma sekadar watak tambahan. Tidak penting bagi kita. Namun. Setiap orang mempunyai dunia mereka yang tersendiri. Dalam dunia mereka pula, dia menjadi watak utama. Ada rahsia di sebaliknya, ada watak-watak sampingan lain pula di dalam kisah hidup mereka.

Contohnya dalam cerita Naruto ini, dia adalah watak utama. Watak -watak sampingan ada Sasuke, Konohamaru, Tsunade, Jiraiya, Neji, Gaara dan lain.

Tapi hakikatnya, watak sampingan, contohnya Gaara juga mempunyai kisah hidupnya yang tersendiri. Di dalam kisahnya itu, dia adalah watak utama. Bagaimana dia membesar sebagai orang yang dibenci oleh semua orang - termasuk keluarganya sendiri. Dituduh sebagai 'monster' dan dianggap sebagai pembunuh, pembawa malang. Gaara membesar sendirian kesunyian dalam api kebencian.

Neji pula ada kisah tersendiri. Kerana keluarganya cuma 'branch' - bukan yang utama. Mereka sekeluarga banyak berkorban dan dikorbankan. Neji membesar dengan perasaan tidak puas hati menguasai dirinya mengenangkan keluarganya yang sering menjadi mangsa. Mangsa keadaan.

Konohamaru pula seorang budak hingusan. Kiut! Pun begitu, dia juga punya kisah hidup yang tersendiri. Harusnya dia beruntung kerana dilahirkan sebagai cucu Hokage aka 'ketua kampung' - orang yang paling berkuasa di kampung Konoha. Namun sebaliknya bagi Konohamaru. Dia kesal kerana dilahirkan sebagai cucu ketua kampung. Padanya, tiada orang melihat dia sebagai dia - Konohamaru. Semua orang memandangnya sebagai seorang cucu kepada lelaki yang hebat. Dia memberontak ingin 'diiktiraf' sebagai dirinya sendiri. Atas usahanya sendiri. Kerana kehebatannya sendiri. Bukan cucu Hokage. Dia berusaha keras untuk mendapat pengiktirafan itu. Well done Konohamaru! Hehe..

Sasuke - watak yang paling banyak mengalami konflik dalaman. Hehe. Dia merasakan hidupnya paling sengsara, paling derita kerana dulu dia pernah bahagia, pernah memiliki segala-galanya namun sekelip mata semuanya musnah. Abang yang paling dia kasihi - membunuh seluruh clan mereka termasuk ibu bapa mereka sendiri. Dia hidup dengan api dendam yang membara. Dia hidup kerana dendam. Dia berusaha keras untuk membalas dendam - dendam kepada orang yang pernah dia kasihi iaitu abangnya sendiri. Dia juga hilang kepercayaan kepada orang lain dan menolak persahabatan.

Dan lain-lain. Oleh itu, jangan sekali-kali kita memperkecilkan atau meremeh-remehkan orang lain. Jangan menghina atau merendah-rendahkan kemampuan mereka. Mungkin bagi kita ia bukanlah apa-apa, tapi bagi mereka segala-galanya. Maka, berwaspadalah selalu, jangan sampai menyinggung perasaan orang lain. Ingat, mereka juga 'hero' seperti kita. =)

4) Hargailah orang-orang di sekeliling kita. Hargailah nilai sebuah persahabatan. Banyakkan memberi dalam bersahabat, jangan harapkan balasan. Contohnya Naruto. Biarpun Sasuke bertukar sikap, menyertai Orochimaru yang jahat, menjauhkan diri malah memusuhi Naruto. Namun, demi mengenangkan persahabatan mereka yang pernah terbina, dia berusaha keras untuk mengembalikan Sasuke ke pangkal jalan. Naruto tidak berputus asa dan tidak pula membenci Sasuke.
Naruto juga amat menghargai semua guru, rakan dan sesiapa yang ditemuinya. Naruto juga sering melihat dan nampak sisi positif pada setiap orang yang dikenalinya. Hinggakan, secara diam, dan terang-terangan, ramai yang mengagumi semangat gigih dan semangat setiakawan yang ada padanya.

5) Jangan mementingkan diri sendiri. Dalam cerita Naruto ini, banyak watak yang sanggup berkorban apa sahaja demi mempertahankan orang yang mereka kasihi. Contohnya bapa Naruto sendiri, Hokage ke-empat, berkorban demi menyelamatkan seluruh kampung Konoha. Begitu juga Hokage-Hokage yang lain. Abang Sasuke juga, biarpun dianggap sebagai musuh dan dibenci, dia sebenarnya sanggup melakukan apa sahaja untuk adiknya itu. 

Dan banyak lagi ibrah yang dapat saya kutip daripada cerita Naruto ini sebenarnya. Namun rasanya, cukuplah sampai di sini sahaja perkongsian daripada saya. Saya pun banyak yang ingat-ingat lupa. Hehe. Kawan-kawan lain yang pernah menonton anime ini juga mungkin lebih tahu. Al-maklumlah, saya menonton cerita ini hingga tahun 2006 saja, hingga episod 156, lebih kurang 5 tahun yang lepas. Rasanya, saya dah jauh ketinggalan. Kan?

Walau apapun, berhibur tiada yang salah andai kita tahu batasannya. Dan penting juga agar kita memanfaatkan masa kita untuk menonton itu sebaik yang mungkin. Bukan sekadar berhibur kosong, tapi, cubalah untuk mengutip sebanyak yang mungkin manfaat darinya. Seperti di awal entri ini saya ada kata. Jangan hanya menonton dengan mata di kepala, tapi, tontonlah juga dengan menggunakan mata di dalam hati. InsyaAllah, banyak kebaikannya.

Cukup dulu untuk kali ini. Salah silap, lebih kurang, saya susun sepuluh jari mohon ampun maaf. Wassalam.











6 comments:

ziraziz said...

..betul, dalam berhibur byk teladan yg blh d ambil dlm citer naruto..

Sy pn dh lama mnggalkan kegilaan terhadap naruto.. ;D

AsNiza said...

huhu.. zira pun ada tgk gak ek.. ye la, masa mula2 kuar cite ni kita student lg.. sempat la nak melayan.. sekarang ni dh keje, payah la sikit kan... :)

Kazen said...

huhu stiap cerita mmg ade nilai yg di selitkan cuma kita saja tahu dan tak tahu itu...je pandai pilihlah apa yg ingin kita lihat

naim said...

sekarang 5 negara bersekutu sedang berperang dengan kabuto.. :D

Naim minat Dosu dari negara Bunyi.? sebab?

teknik dia. haha

AsNiza said...

Betul tu Kazen.. cerita yg biasa2 pun, kalau kita lihat secara 'luar biasa' insyaAllah ia pun akan jadi luar biasa! =)

Wah.. Naim masih follow smpai sekarang ke? mantap ler.... akak dah lama lost! huhu

AsNiza said...

Betul tu Kazen.. cerita yg biasa2 pun, kalau kita lihat secara 'luar biasa' insyaAllah ia pun akan jadi luar biasa! =)

Wah.. Naim masih follow smpai sekarang ke? mantap ler.... akak dah lama lost! huhu