Bismillahirrohmanirrohim...
Alhamdulillah.. Rezeki dari Allah.. Sabtu lepas saya telah membuat keputusan untuk membeli 'hadiah' untuk diri saya sendiri.. Maka, saya telah selamat membeli sebuah smartphone-Samsung Galaxy Note. Alhamdulillah.
Jujurnya.. Saya bukanlah orang yang 'celik IT', apatah lagi 'gila teknologi'.. Guna sekadar yang perlu. Kiranya, keputusan untuk membeli Notes ini.. Sebenarnya saya sendiri pun macam tak percaya.. Apapun, keputusan telah dibuat dan saya harus mara ke hadapan. InsyaAllah saya akan optimumkan penggunaannya sehingga ke tahap yang maksima. Manfaatkannya ke arah kebaikan, bukan sahaja untuk diri saya sendiri.. Tapi juga untuk ummah, insyaallah.. Doakan, ya?
Pisau boleh membunuh, tapi sekiranya digunakan dengan baik, ia juga boleh menyelamatkan nyawa.
Baik. Memandangkan saya masih lagi dalam fasa belajar, sedang cuba-cuba.. Entri kali ini mungkin sekadar mukaddimah sahaja, serba ringkas saja ya.. Sekadar perkongsian ringkas.. Apa yang dapat saya petik daripada video ceramah Dr. Asri. Katanya..
"Kita berdoa meminta daripada Allah isteri yang cantik. Kemudiannya kita bernikah tapi isteri kita tidak secantik yang kita idamkan. Kita kata Allah tak makbulkan doa kita. Walhal Allah Maha Mengetahui.. Dia tahu bahawa yang cantik itu tidak baik untuk kita. Dia tahu kita perlukan kebahagiaan, kasih sayang. Dia beri apa yang kita perlukan, bukan apa yang kita mahu.."