Jika Tuhanku bertanya kepadaku..
"Tidak malukah engkau bermaksiat pada-Ku??? Kau sembunyikan dosamu pada makhluk-Ku, dan datang pada-Ku dengan penuh dosa"
Bagaimana aku nak jawab, duhai diriku yang malang? Dan siapalah yang dapat menyelamatkan aku? Aku terus menyogok jiwaku, dengan impian dan harapan dari semasa ke semasa.. Dan aku melupakan apa yang bakal dihadapi selepas mati... Dan apa yang akan berlaku selepas aku dikafankan..
Seolah-olah aku ini telah dijamin hidup untuk selama-lamanya.. Seakan mati tidak akan menemuiku..
Dan telah datang padaku, sakaratul maut yang ngeri! Nah! Siapa sekarang yang mampu melindungi aku?? Aku melihat pada wajah-wajah.. Apakah ada daripada mereka yang akan menyelamatkan aku?? Akan aku disoal, apa yang telah aku lakukan di dunia untuk menyelamatkan diri ini?
Maka, bagaimana akanku jawab setelah aku mengabaikan urusan agamaku..
Celakalah aku! Apakah aku tidak mendengar ayat-ayat Allah yang menyeruku??
Apakah aku tidak mendengar apa yang diceritakan di dalam Surah Qaaf dan Yaasin?? Apakah aku tidak mendengar tentang hari dikumpulkan manusia, hari perhimpunan dan hari ad-deen (qiyaamah)?? Apakah aku tidak mendengar panggilan ajal maut, menyeru dan menjemputku??
"Maka Ya Rabb.. Seorang hamba datang bertaubat, siapa yang dapat melindunginya? Melainkan Tuhan yang Maha Luas Pengampunan-Nya.. Dan yang membimbingku kepada kebenaran. Aku telah datang pada-Mu, maka, kasihanilah daku..... Dan beratkanlah timbangan (kebaikan) ku.. Dan ringankan (percepatkan) hisabku kerana Engkaulah yang terbaik dalam penghisaban..".

"Amin Ya Rabbal Alamin..."
No comments:
Post a Comment