+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Friday, January 27, 2012

No Problem

Aiseyman! Increment sikit la tahun ni, bonus pun tak banyak.

No problem. Bukankah Allah ada berfirman, Dia beri rezeki yang tidak disangka-sangka kepada sesiapa yang Dia mahu. Syukurlah dengan apa yang ada.

Alamak! Accident la pulak, melayang duit kena repair kereta.

No problem. Bukankah Allah dah kata, tiap yang berlaku, pasti akan berlaku hanya dengan keizinanNya. Redha ajalah dengan musibah yang terjadi.

Aduhai. Bila nak kahwin ni, semua kawan dah naik pelamin, dah beranak pinak.

No problem. Bukankah Allah ciptakan makhlukNya berpasang-pasang. Kalau ada jodoh, sampai masanya bertemu juga. Kalaupun di dunia ini tiada, bukankah kat akhirat sana kita hidup semula? Moga-moga jodoh di sana lebih baik.

Amboi. Jahatnya manusia. Sedapnya mengata, mengutuk, aniaya aku!

No problem. Bukankah Allah dah pesan, sabar dan memaafkan itu jauh lebih baik. Ganjarannya jauh lebih besar. Allah kan maha adil, serahkan semuanya pada Allah untuk menghakimi.

Aduh. Sakitnya penyakit aku ni.

No problem. Baguslah sakit, gugur dosa-dosa kecil. Amalan bukannya banyak jadi biarlah dosa pun tiada. Senang masuk syurga nanti.

Iskk. Beratnya dugaan dan ujian hidup aku.

No problem. Bukankah Allah dah kata, Dia bagi ujian hanya pada hambaNya yang mampu, jadi, tentu kau mampu pikul ujian tu ok..

4 comments:

Anonymous said...

Semuga kita sentiasa bersyukur dgn apa yg ada, insyaAllah
~ ZAH

Anonymous said...

Rasa syukur itu hendaklah IKHLAS..,bukn dgn cara ini..seolah-olah kita takbur dan hendak mempertontonkan ketakwaan kita kpada orang...Cukup lah Allah yg menilainya...Hendaklah kita brsederhana serta merendah diri dlm islam.....

AsNiza said...

salam wbt..

astagfirullahalazim.. tuan/puan anonymous.. silalah berfikir dahulu sebelum menuduh orang. moga Allah campakkan rasa ihsan ke dalam jiwa tuan/puan. moga Allah campakkan rasa takut kepadaNya.

tuan/puan.. kalau semua org tidak menulis, tidak bercakap semata2 kerana ingin 'bersederhana dan merendah diri dalam islam', maka, siapa yang akan menyampaikan ilmu, sunnah dan hadis nabi? kalimah2 Allah?

silalah berguru dan perbanyakkan menuntut ilmu sebelum membuat apa2 penilaian. moga Allah mengasihi tuan/puan dan selamatkan tuan/puan daripada api neraka.

amin..

suhana_nur said...

ya, apa salahnya bersikap positif. tak semestinya bila kita mahu berfikiran positif, kita seolah2 tidak ikhlas. siapakah yang layak mengajar seseorang erti ikhlas sedang ikhlas itukan rahsianya Allah?