+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Thursday, January 12, 2012

Berlari Sebelum Bertatih

 Bismillahirrahmanirrahim..

Tiada manusia yang tahu semuanya sebaik sahaja ia dilahirkan ke muka bumi. Allah swt berfirman;

"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatu pun; dan dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur." (Surah Al-Nahl 16:78)

Manusia normal, biasanya tidak akan pandai begitu sahaja dalam sekelip mata tanpa berusaha. Untuk menjadi orang yang pandai, kita perlu belajar. Kalau asalnya kita cuma tahu meniarap, beransur-ansur kita belajar merangkak, bertatih, berjalan dan seterusnya berlari. Maknanya. Ada peringkat-peringkat yang perlu kita lepasi. (Dan saya tidak nafikan, ada juga bayi yang terus berlari tanpa belajar merangkak, semua itu dengan izin Allah swt, tiada yang mustahil)
 
Allah s.w.t. berfirman,

"Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatit semuanya). "

(Surah Al-Insyiqaaq : Ayat 6)
Maka, selagi kita hidup. Selagi itulah kita perlu berusaha, berpenat lelah dan bersusah payah. Dunia bukanlah tempat untuk kita berpoya-poya atau beristirehat. Masih lagi bukan masanya yang tepat untuk kita 'honeymoon'. Setiap masa, ada sahaja 'tugas' yang perlu kita lakukan. Belajar dan terus belajar. Tambah ilmu lagi dan lagi. Begitu juga amalan yang akan dibawa untuk menemui Tuhan. InsyaAllah.

Sekadar muhasabah diri sendiri.

2010, saya bermula dengan "0" di tempat kerja sekarang apabila bertukar bidang 180 darjah, daripada bidang Oil & Gas Engineering kepada Glove Manufacturing. Totally changed. Totally different. Tanpa sebarang asas pengetahuan tentang sarung tangan, bidang pemprosesan, quality assurance dan sewaktu dengannya, saya mengorak langkah dengan begitu laju di bawah bimbingan bos yang saya hormati. Yang tidak pernah jemu mendidik. Mr. Ooi. 

2010 benar-benar tahun yang sangat sibuk bagi kami. Keseluruhan kilang dan lebih spesifik lagi, department kami yang baru saja di tubuhkan beberapa bulan. (Pecahan dari QA). Sungguh banyak audit yang perlu diladeni, banyak artwork yang perlu direview, juga customer requirement yang perlu disiapkan. Tidak dilupakan risk management, pest control, internal audit dan validation juga lain-lain. Saya tidak sempat menekuni ilmu satu persatu - disogok dengan ilmu baru setiap hari. Tak banyak yang sempat melekat dalam kepala apabila disuap dengan ilmu yang banyak pada suatu masa. Saya agak kepenatan tapi Alhamdulillah, usaha ini rasa 'terbayar' dan 'berbaloi' dengan bonus yang dihadiahkan oleh pihak pengurusan.

2011, atas tujuan untuk centralize dan standardize kesemua company under glove division, beberapa perubahan telah dilakukan oleh top management. Beberapa job scope saya juga antara yang 'dikebas' untuk diselaraskan. Berkurang dua tugas. External audit juga tidak banyak tahun ini. Alhamdulillah, 'kelapangan' masa yang ada ini dimanfaatkan oleh bos saya untuk mengatur training buat saya dan rakan-rakan. 

Training demi training - (sudah berlari baru belajar bertatih dengan cara yang betul) - Alhamdulillah. Banyak yang saya belajar (dan belum saya belajar). Juga kesempatan yang ada saya manfaatkan untuk betul-betul memahami segala standard dan regulation yang selama ini memang dah lama saya guna.. hehe... Sangat banyak. Ada ASTM standard, ada ISO standard, ada EN Standard, ada AS/NZS standard. Untuk setiap test method, juga masing-masing ada standard sebagai guideline. Tidak ketinggalan directives dan requirement bagi setiap negara dan customer yang perlu 'masuk kepala'. Wah. Banyak!

Hari-hari perlu belajar! Setiap kali belajar ilmu baru, terasa seolah-olah makin banyak benda yang saya tidak tahu. Harus usaha lagi dan lagi, tidak boleh berhenti dan mudah berasa puas. Bukan masalah besar andai kita berlari sebelum bertatih, (tidak mengikut turutan). Apa yang penting adalah, keep on moving, don't stop. Dan, kalau terjatuh, cepat-cepat bangun. Don't give up!

Now. 2012, here i come. Pengalaman dah ada, ilmu pun dah ad Alhamdulillah. Moga-moga, saya jadi pekerja yang lebih baik dan dapat menyumbang lebih banyak bakti kepada syarikat. Dan juga, moga hadir ihsan dan ikhlas dalam diri ini, agar setiap apa yang saya lakukan - menjadi ibadah kepada Allah dan boleh dibawa sebagai bekalan ketika bertemu dengan-Nya nanti. InsyaAllah. Amin. Mohon doa sahabat-sahabat ya. Jzkk =)

No comments: