Alhamdulillah. Jumaat datang lagi. Sempena hari yang penuh berkat di bulan penuh keberkatan ini, suka saya kongsikan sedikit cerita pendek. Kisah ini saya dengar dari radio ikim.fm, dalam rancangan Mukmin Profesional beberapa hari lalu..
Begini ceritanya..
Pada suatu masa dahulu, ada sepasang suami dan isteri. Mereka hidup dalam rukun dan damai. Mereka bukanlah keluarga yang senang. Mereka tidaklah kaya raya. Suatu hari. Ada seorang hamba Allah menghadiahkan mereka seekor kambing. Lalu Sang Isteri membahagi bahagikan daging daging kambing tersebut kemudian menyedekahkan kesemuanya kepada orang yang lebih memerlukan.
Jadi, yang tinggal untuk santapan mereka suami isteri cuma sebatang kaki kambing..
Melihat hanya sebatang kaki kambing sebagai juadah, lalu Sang Suami berkata.. "Alhamdulillah. Semua yang telah kita sedekahkan itulah milik kita, kecuali kaki yang kita makan ini.."
Menurut ustaz jemputan dalam rancangan itu, Sang Isteri yang dimaksudkan adalah Saidatina Aisyah r.a dan Sang Suami adalah Nabi Muhammad saw.
Baik.
Jom. Sedekah jom!
Ayuh, kumpul bekalan banyak2. Sedekah banyak2. Kerana apa yang kita keluarkan kerana Allah itu pasti menjadi milik kita dan apa yang ada di dalam poket ataupun bank simpananan, belum tentu lagi menjadi milik kita..
Allah berfirman..
"Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu; dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan." (Al-Baqarah 2:271)
Kemudian, Allah juga berfirman..
"(Menolak peminta-peminta sedekah) dengan perkataan yang baik dan memaafkan (kesilapan mereka) adalah lebih baik daripada sedekah (pemberian) yang diiringi (dengan perbuatan atau perkataan yang) menyakitkan hati. Dan (ingatlah), Allah Maha Kaya, lagi Maha Penyabar. (Al-Baqarah 2:263) "
Walauapapun, ayuh hulurkan tangan, ringankan beban. Jangan terpengaruh dengan bisikan syaitan yang menakut nakutkan kita dengan kemiskinan bilamana kita ingin bersedekah..
Sesungguhnya, bukan sedikit ganjaran orang yang memberi kerana mengharapkan keredhaan Allah.. Ganjarannya berlipat kali ganda..
"Dan (ketahuilah bahawa) sesuatu pemberian atau tambahan yang kamu berikan, supaya bertambah kembangnya dalam pusingan harta manusia maka ia tidak sekali-kali akan kembang di sisi Allah (tidak mendatangkan kebaikan). Dan sebaliknya sesuatu pemberian sedekah yang kamu berikan dengan tujuan mengharapkan keredaan Allah semata-mata, maka mereka yang melakukannya itulah orang-orang yang beroleh pahala berganda-ganda." (Ar-Ruum 30:39)
"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya." (Al-Baqarah 2:261 )
Makanya, apa tunggu lagi. Jom bersedekah jom! Moga mendapat keberkatan.
Makanya, apa tunggu lagi. Jom bersedekah jom! Moga mendapat keberkatan.
Wallahua'alam.
No comments:
Post a Comment