+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Friday, July 8, 2011

Nikmat Dan Syukur

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt..

Maaf lama tak berkongsi sepatah dua kata di laman blog ini.. Kali ini, suka saya kongsikan, satu lagi kisah yang saya dengar dari radio ikim.fm. Tentang apa ya?



Kisah tentang seorang ibu dan seorang anak.

Jujurnya, saya tidak dengar ceramah motivasi pagi itu dari awal. Lambat on radio, dan bila on, ustaz tu sudah mula bercerita tentang kisah ibu dan anak tersebut. Kata ustaz tersebut, kisah ini dikongsikan sendiri oleh wanita tersebut.. Wanita itu bercerita, bagaimana dia bernikah - susah dapat anak - kemudian gembira dapat tahu mengandung - teliti dan kemas orangnya hinggakan persiapan utk anak yg belum lahir hingga umur setahun semuanya siap disediakan dengan teratur - takdir Allah, anak itu membesar - jadi seorang yang sangat nakal dan suka menyepahkan rumah.. Suka koyakkan buku dan surat khabar dan sepah-sepahkan di ruang tamu rumah, bila perabot dan peralatan dikemas, si anak akan sepah-sepahkannya dalam sekelip mata sahaja, rumah jadi tunggang langgang.

Cabaran bagi si ibu yang pengemas bila dapat anak yg bersikap kontra dengannya - suka sepah2kan umah.. Baru saja kemas, anak dah sepah2kan.. kadang2 kesabaran hilang juga..Namun, penghujung cerita, suatu hari, kawan lama si ibu telefon, ckp nk dtg rumah. Si ibu sibuk mengemas rumah, kemudian masuk ke dapur utk sediakan makanan utk tetamu.. Bila dah habis masak.. pergi ruang tamu tengok rumah bersepah semula.. darah menyirap dan dia marah tiba-tiba..

Si ibu yang dah naik marah ni, dapatkan anaknya, kemudian lempang anaknya hingga tercampak si anak. Takut dengan tindakan si ibu, si anak lari keluar dari rumah.. Si ibu yang masih tak reda marahnya, terus kejar si anak.. Lompat pagar segala.. Tiba-tiba bunyi kuat dan mukanya terasa basah...

Dunia bagai mahu runtuh bila si ibu dapati anaknya yang dilanggar oleh kereta.. Mukanya basah di simbah darah si anak.. Cepat2 dia dapatkan anaknya, peluk dan dokong masuk dalam kereta untuk di bawah ke hospital..

Sepanjang memandu, si ibu memang tak fikir lain, hanya berdoa.. "Ya Allah, panjangkanlah umur anak aku. Agar aku dapat jadi ibu yang baik untuknya.."

Si ibu terus memandu menuju ke hospital. Hon kereta ditekan sepanjang jalan meminta ruang a...gar keretanya diberikan laluan. Dan akhirnya mereka sampai ke hospital..

Setelah sekian lama menunggu doktor bertugas berusaha menyelamatkan anaknya, akhirnya penantiannya tamat juga.. Doktor bertugas keluar, dan memberitahu kepada si ibu, bahawa anaknya tidak dapat diselamatkan lagi. Hancur luluh hati seorang ibu.

Malamnya, bila balik ke rumah, si ibu pergi ke tong sampah, kutip segala kertas yang anak dia dah koyak-koyakkan lalu si ibu tabur cebisan2 kertas itu memenuhi ruang rumah - seperti apa yang telah dilakukan oleh anaknya ketika hayatnya ada.. Sungguh si ibu benar2 menyesal dan sangat merindui anaknya.. Dan waktu itu baru dia sedar, nikmat Allah yang Allah berikan padanya sebenarnya banyak, tapi dia saja yang tak pernah mensyukuri segala pemberian Allah kepadanya..

Di akhir kisah itupenceramah itu memetik kata wanita itu (si ibu yang bercerita kepada penceramah) "nikmat datang sekali-sekala, tapi syukur kena selalu."

Ulasan dan kesimpulan dari seorang sahabat pula, katanya.. 

Penceramah tu kongsikan cerita seorang ibu. Di akhirnya, dia memetik kata wanita itu, "nikmat datang sekali-sekala, tapi syukur kena selalu."

Bukan niatnya nak kata Allah SWT bagi nikmat sekali-sekala, tapi hakikatnya manusia yang sekali-sek...ala tersedar ada nikmat depan mata. Jadi, disebabkan begitu keadaan ramai manusia, disarankan agar kita sentiasa bersyukur, supaya nikmat yang sentiasa ada tanpa kita sedar pun dapat kita mensyukurinya.

~Kena sendiri dengar cerita tu dari awal sampai habis, baru boleh faham KONTEKS nasihat yang dibawa. Letihlah kalau segala benda hendak digeneralisasikan. ;-)
  
 

Kita bagaimana? Jom. Moga dapat sama-sama mengambil ibrah dari kisah tersebut. Dan moga kita sentiasa mensyukuri dan menghargai setiap apa jua yang Allah kurniakan kepada kita. InsyaAllah 

Wassalam.

2 comments:

PEAH said...

kebahagiaan bermula dgn ucapan ALHAMDULILLAH apabila kita memanjatkan kesyukuran..


http://ladysyafiah.blogspot.com/2011/07/dreams.html

AsNiza said...

segalanya alhamdulillah, terima kasih Tuhan, untuk segalanya =)