+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Wednesday, July 27, 2011

Jom Sertai Forum SaffMuslim.Com

SaffMuslim.Com Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan



Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt..

Semoga semuanya sentiasa di bawah naungan kasih limpah rahmat Ilahi hendaknya, InsyaAllah.. Tinggal lagi beberapa hari ya, tak lama lagi, insyaAllah kita akan bertemu dengan 'kekasih' yang kita rindui, jika usia kita dan bumi ini masih panjang, insyaAllah.. Bulan penuh keberkatan, bulan Ramadhan yang dirindui..

Biasanya, bulan Ramadhan ni, ramai orang berlumba-lumba untuk berbuat amal kebaikan dan kebajikan, masing-masing seolah-olah berlumba-lumba untuk mengumpul pahala. Alhamdulillah. Nampaknya, kian ramai yang mengerti anugerah dan nikmat yang Allah kurniakan sepanjang bulan penuh keberkatan itu. Alhamdulillah.

Sempena Ramadhan yang bakal tiba juga, suka saya mengajak sahabat-sahabat yang dikasihi Allah luangkan sedikit masa untuk mendekati dan mengenali forum SaffMuslim. Biarpun usianya baru setahun jagung, namun syukur alhamdulillah, dengan sokongan sahabat-sahabat yang dikasihi Allah, biarpun terpaksa merangkak dari bawah, SaffMuslim masih tetap mampu bertahan dan makin mendapat sambutan. Alhamdulillah.

Namun begitu, memandangkan antara sebab SaffMuslim ditubuhkan adalah untuk perkongsian ummah, jadi adalah lebih bermakna sekiranya SaffMuslim dapat dimanfaatkan oleh lebih ramai sahabat Muslimin dan Muslimah, lebih ramai, lebih meriah. Kan? ;)

Bak kata pepatah yang pernah saya baca suatu ketika dulu.

Jika Ali ada sebiji epal, ingin bertukar epal dengan Amin. Maka masing-masing memilik satu epal. Tapi, jika Ali ada satu idea/pandangan, ingin bertukar idea/pandangan dengan Amin. Masing-masing akan memiliki dua idea/pandangan. Itu baru Ali dan Amin. Bayangkan betapa banyak idea yang kita ada jika lebih ramai yang ikut sama berkongsi.. Jom sama-samalah kita renung-renungkan.

Ilmu yang bermanfaat - hanya bermanfaat kepada orang lain bilamana ia dikongsikan.. Tak gitu?

Ayuh sertai kami di Forum.SaffMuslim.Com. Ajak dan perkenalkan pada sahabat-sahabat yang lain juga. Mungkin kita sekarang lebih gemar memanfaatkan internet untuk chatting atau melayari facebook, apa salahnya luangkan sedikit masa untuk berukhwah dan berkongsi pandangan dengan sahabat-sahabat forum pula. 

Mungkin pandangan/idea yang kita rasakan kecil dan tidak bermakna - besar maknanya kepada adik-adik / sahabat user yang lain, dapat membantu mereka meringankan beban menyelesaikan permasalahan, siapa tahu, kan? Dan tentunya, Allah tidak pernah tidur dan Maha Mengetahui, setiap segala yang kita lakukan, ada ganjaran dari sisi-Nya. 

Jom, manfaatkan segala ruang yang ada sebaik yang mungkin untuk mendapat redha Allah. Ayuh sucikan hati, bersihkan niat. Rapat-rapat dan lurus-luruskan saff.

Selamat berforum =)

2 comments:

ahya_ijja said...

Assalamualaikum kak Asniza.. InshaAllah saya akan turut serta mengimarahkan saffmuslim. Terima kasih atas jemputan..

AsNiza said...

w'salam wbt..

sama2 kasih ijja, jom sama2 meriahkan saffmuslim, jom =)