+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Saturday, July 16, 2011

Antara Dua




Sejak kecil kita makan nasi - sampai sekarang pun masih makan nasi. Jarang pula makan nasi putih semata-mata nasih tanpa lauk dan sayur. Harusnya ada sampingan barulah kelazatannya bertambah-tambah.

Sejak kecil kita solat lima waktu - sampai sekarang pun masih solat lima waktu? Apakah terasa kenikmatannya tanpa solat sunat yang lain?

Ayuh, upgrade amal. Kepada yang masih meninggalkan solat tanpa sekelumit rasa. Awas. Periksa diri sendiri. Muhasabahlah kita.. Apakah kita layak ke syurga ataupun ke neraka?

Di neraka tiada air yang akan menghilangkan haus. Yang ada cuma darah, nanah yang busuk. Cairan yang panas mendidih.

Hidup di dunia cuma sementara. Mati itu pasti. Dan kehidupan selepas mati cuma antara dua. Syurga ataupun neraka.

Apakah dengan amalan kita hari ini kita layak ke syurga? Dan sekiranya kita tidak ke syurga, di manakah tempat kita seterusnya??

Seksa Allah amat pedih. Neraka Allah amat dasyat.

Moga dilindungi Allah.

1 comment:

cik arija said...

kalau mati skrg ni, mmg tak layak langsung pn nk masuk syurga allah...tp, tak mampu juga nak tahan seksa allah..antara dua T_T