+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Sunday, July 4, 2010

Sakit Cinta

"Assalamualaikum wbt.." Merdu suaranya menyapa aku, mendoakan kesejahteraan buatku. Dia terus menyusun langkah menghampiriku. Aku menatapnya sambil tersenyum. "Wa'alaikum salam wbt..." Jawabku pula, turut mendoakan kesejahteraan buatnya. Dia juga senyum.


"Duduklah..dekat dengan aku, jangan menjauh," Aku menjemputnya duduk di sebelahku. Di taman itu cuma aku dan dia duduk di bangku itu, bangku cokelat di bawah pohon angsana yang tumbuh rendang. Di taman itu, kanak-kanak sedang berkejaran, ada yang mengejar dan ada yang dikejar. Suara mereka memeriahkan suasana petang, namun seperti selalunya, bila aku dan dia bersama, dunia ini bagai milik kami. Bila aku dan dia bersama, alam ini bagaikan sunyi tanpa suara, tanpa siapa, yang ada cuma aku dan dia.


"Kau hebat, selalu ada bila aku memerlukanmu," Aku memujinya ikhlas. Kagum dengan kesediaan dan kesetiaannya yang sentiasa ada untuk aku.


"Itu sudah tentu, bukankah aku adalah kau?" Luhur jiwanya terpantul dari setiap baris kata yang terucap dari bibirnya. Dan aku tahu, dia benar. Dia mengukir senyuman.


"Kau masih fikirkan soal cinta itu, ya?" Dia mengajukan soalan padaku. Aku menundukkan pandanganku, tidak mampu membalas renungan matanya yang sarat dengan seribu satu makna. Aku tewas. Namun aku juga tahu bahawa aku tidak mungkin dapat menipunya. Kerana dia rasa apa yang aku rasa. Lantas, aku anggukkan kepalaku lemah. "Ya..." Sepatah kata terlontar dari lidahku. Kemudian aku kembali senyap.


"Apa lagi yang mengganggu fikiranmu? Apa kau masih belum cukup dewasa untuk mengenal erti dan makna cinta? Apakah pengalaman hidup yang kau tempuhi selama ini masih belum cukup untuk mengajarmu?" Dia bertanya lagi padaku. Kaget barangkali melihat aku kebingungan.


Ah! Bukan dia tidak tahu bahawa aku pernah bercinta dengan makhluk bergelar adam bertahun-tahun lamanya. Bukan dia tidak tahu betapa perit dan sengsaranya aku akibat percintaan itu. Bukan dia tidak tahu, aku sudah banyak belajar dari peristiwa silam itu. Dan mungkin kerana dia tahu, tentulah dia hairan melihat aku yang kebingungan kali ini. Dia berhak. Aku tahu.


"Maafkan aku... I just hopeless... " Hanya itu yang mampu aku ucapkan.


"No need to say sorry for nothing. It's not your fault. I know that love is always unexpected. And sometimes when it comes to you, you never know until you feel the pain. By the way.. How do you feel now? Worse or better? What should i do to help you, to wash away your pain.. You know that i love you.. Tell me.. " Bertalu-talu butir bicaranya menerjah gegendang telingaku. Sungguh dia risaukan aku.


Aku sekadar mampu tersenyum, mengunci bibir. Kolam mataku mula bergenang airmata. Jadi berkaca-kaca, menanti saat mahu tumpah.


"I dont know too, it's happen too fast." Akhirnya aku mampu bersuara, suaraku tersekat-sekat. Seiring dengan itu juga, airmataku mengalir begitu laju dari kedua kelopak mataku. Bagai air terjun dari puncak gunung yang tinggi. Mengalir membasahi kedua belah pipiku.


"Semua orang mahukan cinta, aku juga, tapi kenapa bila aku jatuh cinta, di dalam dadaku merasa sakit? Bagai ada sesuatu yang menghiris, di sini." Dalam tangisan aku bertanya padanya, sambil tanganku menekan di bahagian dadaku. Tempat di mana sakit itu terasa. Dia tekun mendengar. Setiap patah dan baris ucapanku diteliti olehnya.


"Apa kau lupa, putiknya cinta adalah rindu. Kalau putik sudahpun menyakitkan, apatah lagi bila ia kembang dan tentunya bertambah sakit bila ia layu, kau tahu kan?" Dia meminta kepastian dariku. Aku angggukkan kepala lemah.


"Makin dalam kita menyintai, makin dalam sakit yang kita rasa akibat dilukai oleh insan yang kita cintai, rasanya benar-benar sakit.. darahnya tidak kelihatan, tapi di dalam sini aku parah," Aku menyambung.


"Aku tahu itu semua tapi aku tidak tahu, kenapa cinta tetap juga hadir dan kenapa, cinta itu selalunya menyakitkan aku," Sambung aku lagi dalam linangan air mata.


"Tentu sekali sakit, kerana kau curahkan cinta kau pada orang yang tidak sepatutnya. Kau jatuh cinta bukan pada waktu yang tepat. Bukan pada dia yang berhak. Sejauh mana pula kau mencintainya? Bukankah Allah yang paling layak mendapat cinta kita? Beristighfar. " Ujarnya pula. Aku tekuni ucapannya dan cuba untuk menyemat rapi setiap kata-katanya kemas dalam ingatanku, agar aku tidak lupa lagi.


"Bersabarlah. Kau berhak dicintai dan mencintai, Allah pernah berfirman bahawasanya Dia menciptakan kita berpasang-pasang. Mungkin kini bukan masanya yang tepat, tapi esok atau lusa, mungkin cinta itu menjadi milikmu, dan hanya Dia yang lebih tahu. Cinta itu sakit mungkin kerana tiada redha Allah. Tunggulah. Moga cinta bahagia akan datang, cinta yang diberkati-Nya. InsyaAllah. Ia pasti menjadi milikmu. Bila Allah mengizinkannya.. " Panjang lebar dia menutur kata. 

Namun hanya kata-kata itu yang benar-benar terpahat kukuh di ingatanku. Menjadi penawar, pengubat rasa sakit. Jiwaku terasa kian lapang. Aku panjatkan syukur kepada Ilahi kerana hadirkan dia dalam hidupku. Alhamdulillah.


Aku diam seketika. Sepi. Daun-daun kering berwarna kuning terbang melayang ditiup angin. Tekun aku menghayati alunan liuk lentoknya. Indah suasana petang itu. Semuanya ciptaan Ilahi. Ada aku dan dia di situ juga hanya dengan keizinan-Nya. Aku dan dia, cuma seorang hamba kepada Dia yang Maha Pencipta.


Setelah beberapa detik membisu. Akhirnya aku bersuara.


"Mungkin kau benar, sekarang bukan masanya yang tepat. Aku akan teruskan hidup ini, walaupun tanpa cinta itu. Biar cinta Allah terus subur. Biar cinta Allah terus membaja hati ini agar ia tidak mati. Agar tidak sakit lagi.. Aku tidak mahu sakit lagi kerana cinta, " Aku menyapu airmata yang masih bersisa di pipi. Biar kering. Semoga tidak basah lagi.


Aku bingkas, berdiri, menarik nafas dalam-dalam kemudian menghembuskannya semula. Berkali-kali aku ucapkan terima kasih padanya kerana telah berjaya memujuk hatiku yang lara sebentar tadi. Dia cuma tersenyum bahagia. Senang melihat aku kembali ceria. Aku juga cinta dia dan sesungguhnya cinta aku padanya tidak pernah mendatangkan rasa sakit. Sungguh rasa cinta itu misteri. Kadang membahagiakan, kadang menyakitkan. Namun aku bersyukur kerana dia sentiasa ada, untuk mengingatkan aku tentang hakikat cinta yang sebenar.

Ya, hakikat cinta yang sebenar, yakni cinta sepatutnya membahagiakan, andai ia menyakitkan, maka lepaskanlah ia pergi.






15 comments:

suhana_nur said...

Andai ia menyakitkan, lepaskan lah ia pergi.

I've done that.
haha.

Good story k.as. Keep up the good works!!

Anonymous said...

penuh dgn pengajaran.good!.. ni kisah benr ke?hehe

Anonymous said...

mohon share di blog.syukran:)

Anonymous said...

mohon share utk pengajaran semua :)

Anonymous said...

mohon share jgak..best entry ni..sya2 skali tsentuh..syukran~

AsNiza said...

salam wbt..

terima kasih pd semua yg sudi singgah dan baca cerpen nie. =)

kpd azrina n anony.. silakan berkongsi, moga sama2 peroleh manfaat darinya, insyaAllah..

Anonymous said...

saya pun nak share ye..

نور said...

saya pun mhon share jgk..ye..terima kasih...=)

Unknown said...

akak nak share bleh x..

Fiza Chan..! said...

mohon share ya aakak..
tenkiu...

AsNiza said...

salam wbt..

maaf! maaf sgt2 lambat reply di sini.. asif..

kepada kengkawan yg nak share - saya alu-alukan.. jgn lupa link ke blog ini ya.. jzkk =)

Cik HaRiZa said...

"Makin dalam kita menyintai, makin dalam sakit yang kita rasa akibat dilukai oleh insan yang kita cintai, rasanya benar-benar sakit.. darahnya tidak kelihatan, tapi di dalam sini aku parah," Aku menyambung.

"Aku tahu itu semua tapi aku tidak tahu, kenapa cinta tetap juga hadir dan kenapa, cinta itu selalunya menyakitkan aku,"

bila baca ayat2 ni, terasa benar2 terkena pada diri sendiri...semoga cinta ALLAH sentiasa dlm hati agar cinta sebegini tak lagi datang menyakiti...amiin :)

zaqqia said...

salam.. terima kasih ... setelah sy membaca tentang `sakit cinta`.. sy mula berfikir tntg mslh yg sy hadapi skrg.. alhamdullillah.. sedikit sebanyak ia memberi nasihat yg amat berguna sy rasakan.. terutama untuk ayat yg terakhir tu... ` andai ia menyakitkan, lepaskan lah ia pergi..... izinkan sy mggunakan ayat tersebut di blog sy nt...

Anonymous said...

touching my heart...

durrahnur said...

salam alaik ukhti,cerpen yg sgt menarik..mabruk!

membacanya,terkesan dihati,sebab terkena batang hidung sendiri..tp,lots of lesson i got here..n i wish i can let it go away..terkesan dgn kata2 terakhir entri..

"andai ia menyakitkan,lepaskanlah ia pergi"...

Please wash away this pain ya Allah..