Penat ODOJ (one day ine juzuk) ni, seriously penat. Mana idopnyer, sehari kena baca kira-kira 20 muka surat Al Quran, setiap hari. Bukan sikit tuh, banyakk.. Udahlah bukan benda wajib, tak buat tak dosa pun..
Memang penat. Memang rasa tak cukup masa. Rasa taknak lagi dah, surrender..
Tapi, jika kita ikhlas baca Quran kerana Allah taala, jika kita luangkan masa untuk baca Quran bukannya baca Quran ketika masa terluang, jika kita plan jadual mengaji baik-baik, jika kita tak baca Quran last minit, InsyaAllah.. Keberkatan waktu itu kita dapat, Allah cukupkan dan lapangkan waktu untuk kita, jangan risau.
Janji Allah - ada tercatit dalam Al Quran..
Jika kita buat baik, Allah balas berganda-ganda kebaikan itu.
Baca Quran baik tak? Satu ayat banyak pahala, apatah lagi sepuluh ayat, apatah lagi satu muka surat, apatah lagi satu juzuk apatah lagi khatam satu Al Quran masyaAllah...
Jangan pernah rasa cukup dalam beribadah...
Jangan pernah berasa amalan kita dah banyak dah memadai untuk dijadikan bekal ke alam akhirat sana...
Kita tak tahu amalan mana yang Allah terima.. Kita tak tahu amalan mana yang dapat selamatkan kita daripada azab neraka. Kita tak tahu amalan mana yang melayakkan kita masuk ke syurga..
Pesan emak saya, biar terlebih, jangan terkurang.
Wallahualam.
#odoj
#cintaquran
4 comments:
ingatan utk diri..yg selalu rasa cukup..:(
Salam kak...saya ingin bertanya kenapa laman web saffmukmin tak boleh bukak lagi? jika masalah kewangan minta bantuan bekas pengikut ILUVISLAM untuk menderma sedikit..bagi laman web saffmukmin beroperasi...
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
Sama2 kita berusaha kumpul bekal untuk selamat di sana :)
Post a Comment