+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Wednesday, December 26, 2012

Kucing Gemuk vs Kucing Kurus



Suatu hari, ketika saya sedang makan. Seekor kucing gemok datang mengendeng. Duduk atas kerusi jenguk kepala atas meja minta makanan. Saya bagi makanan. Selamba saja dia makan atas kerusi itu dah habis minta lagi dan lagi.


Datang pula kucing kecil. Mengiaw dari jauh. Tidak berani datang dekat, tapi mahu. Kucing itu kurus. Pastinya ia lapar, fikir saya. Saya bagi kucing itu makanan, dia gonggong kemudian cepat-cepat bawa lari makanan itu menyorok dalam rimbunan pokok bunga. Dia makan di situ.

Datang seorang anak kecil ke meja saya. Umurnya kira-kira 5 tahun. Peramah orangnya.

"Kakak. Kakak bagi kucing tu makan apa?" Dia bertanya sambil tunjuk kepada kucing gemok yang tersadai kekenyangan. Mungkiin dari tadi dia sudah perhatikan saya dengan kucing-kucing itu.

"Makan ni." Kata saya sambil tunjuk makanan atas meja saya.

"Kakak. Nak bagi dia makan lagi." Pinta budak itu.

"Tak payah la.. Yang ni dah kenyang. Kita bagi yang kecik tu". Kata saya pula sambil menunjuk jari kepada kucing kecil yang agak jauh sedang makan takut-takut.

"Kucing tu jahat, kan?" Kata budak itu tiba-tiba.

"Taklah. Kucing tu baik banyak. Kucing besar ni baik sikit je. Yang kecik tu takut kat yang besar ni. Sebab tu dia duk jauh. Makan sikit. Kurus." Kata saya.

-----


Sebenarnya waktu itu saya teringat Ashraf. Kira-kira umurnya 6, dia pernah bagi saya tahu satu rahsia.

"Makngah. Kucing ni jahat. Kucing tu baik." Kata Ashraf suatu hari sambil menunding jarinya pada dua ekor kucing.

"Kenapa pulak?" Saya bertanya.

"Yalaa.. Kucing ni besar gemok mesti dia jahat, curi makanan kucing tu sebab tu kucing tu kurus."Jelas Ammar Ashraf..
  
Logiknya, apa pendapat kalian? Anyway. Benarlah. Kucing dan anak kecil juga cikgu terbaik buat kita muhasabah diri. :)

Kucing gemuk bertambah gemuk. Kucing kurus bertambah kurus. 

Orang kaya bertambah kaya. Orang miskin bertambah miskin.

Yuk. Jangan jadi seperti kucing.. Ikut saranan Islam. Dalam setiap rezeki kita.. Ada hak orang lain. Keluarkanlah zakat. Berinfaklah. Semoga dirahmati Allah. InsyaAllah.




---------------------------

Dan. Saya juga termotivasi.

"When the through get tough, only the tough get through."
Benarlah, hidup di dunia ini tiada yang mudah. Banyak ujian dan pancaroba, hanya yang kuat dan berani yang akan dapat terus bertahan. Jika kita lemah dan takut-takut, kita akan selalu ditindas dan selamanya akan berada di bawah. Perlu berani dan usaha untuk mengubah nasib sendiri kerana Allah juga berfirman bahawa Dia tidak ubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka sendiri yang berusaha untuk mengubahnya.

Dan jika kita 'kucing'. Semoga kita tidak jadi kucing kurus yang selamanya kurus. Semoga kita jadi kucing gemuk yang tidak terlalu 'gemuk', tidak makan seorang-seorang, tidak tamak. Tapi kucing yang berani dan kental, juga baik hati. Kucing gemuk yang melindungi kucing-kucing kurus, kucing yang tidak bergantung kepada kucing lain untuk meneruskan hidup.. Kucing gemuk yang survival.

Cukuplah Allah sebagai penolong.

1 comment:

LadyBird said...

Kucing kurus jahat.. hehe..