+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Thursday, December 6, 2012

Surah Kahfi vs 4 Kisah vs Fitnah Dajjal


 


 Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah, Jumaat datang lagi. Seiring dengan kehadirannya, kita biasanya digalakkan untuk membaca Surah Kahfi. Mungkin sudah ramai antara kita yang tahu tentang manfaatnya.. Alhamdulillah. Pun begitu, suka saya kongsikan sekali lagi, sekadar peringatan buat diri saya sendiri dan moga-moga, sahabat pengunjung juga dapat mengutip manfaat darinya, amin...

Bak kata atuk dan nenek kita, tak kenal maka tak cinta. Betul kan? Hehe.. Baik, sebelum pergi lebih lanjut, suka saya berceloteh sedikit sebanyak tentang pengenalan surah ini.

 

Pengenalan Surah:


 


Empat Kisah:
 
Di dalam Surah Kahfi, ada diceritakan mengenai empat kisah iaitu, pertama, bermula dengan kisah sekumpulan pemuda yang digelar pemuda Kahfi yang melarikan diri demi menyelamatkan agama mereka. Mereka berlindung di dalam gua demi menyelamatkan akidah mereka lalu berdoa kepada Allah swt, berserah diri sepenuhnya kepada Allah taala.  Allah menyelamatkan mereka dengan menidurkan mereka selama tiga ratus tahun dan sembilan hari.

Seterusnya kisah dua orang pemilik kebun yang dikurniakan kekayaan. Salah seorang daripadanya mulai takbur dengan kekayaannya dan yakin harta yang kononnya diperolehi berkat usahanya itu tidak akan dimusnahkan. Namun Allah 'perbetulkannya' dengan membinasakan kebunnya itu. Manakala sahabatnya yang mukmin, yang percaya semuanya datang dari Allah, mendapat kekayaan yang melipah ruah.

Seterusnya kisah Nabi Musa bersama seorang hamba Allah yakni Nabi Khidr. Musa berjanji akan bersabar dengan Khidr sebagai syarat Musa dapat mengembara bersama Khidr untuk mengetahui ilmu yang dimiliki oleh Khidr. Ilmu yang Allah anugerahkan kepada hambaNya yang benar-benar terpilih, dan sudahnya, Musa terpaksa akur dengan permintaan Khidr agar tidak lagi mengikutinya setelah 'melanggar' janji yang telah termeterai.

Dan seterusnya sebagai penutup kisah, Surah Kahfi ini disempurnakan  dengan kisah seorang hamba Allah yang dikenali sebagai Zulkarnain. Zulkarnain mempunyai kekuasaan yang sangat besar dan luas. Namun, dia tidak menyalahgunakan kuasa yang dimilikinya itu, malah, berserah diri hanya kepada Allah swt.


Kelebihan Surah:

Berikut adalah antara hadis yang menceritakan tentang kepentingan Surah Al-Kahfi. Dan manfaatnya yang terbesar adalah, terselamat dari fitnah Dajjal.

 
Allah dan RasulNYA telah ajar cara untuk mengatasi fitnah dajjal. Antaranya ialah dengan menghafal 10 ayat pertama surah al-Kahfi seperti yang direkodkan oleh Imam Muslim dalam sohehnya, nombor 809 yang bermaksud:

Dari Abu Darda' r.a Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Siapa yang menghafal 10 ayat pertama dari surah al-Kahfi terpelihara daripada dajjal."


Dan satu lagi hadis dari kitab Al-Dhurr Al-manthur oleh al-Suyuti (5:355) yang bermaksud:


"Sesiapa yang membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, ianya dihindari dari dosa besar selama 8 hari, dari setiap fitnah yang muncul. Dan sesungguhnya apabila munculnya dajjal, terpeliharalah darinya." - saifulislam.com



Apa kaitan Surah Kahfi dengan Fitnah Dajjal dan Empat Kisah? 

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah.. Untuk mengetahui dengan lebih mendalam, apa 'rahsia' di sebalik kaitan Surah ini dengan fitnah Dajjal, insyaAllah, saya sarankan sahabat yang dikasihi Allah agar dapatlah kiranya menonton video di bawah ini.. Mulakan dengan bismillah...


Semoga bermanfaat insyaAllah. Moga kita semua, terselamat daripada segala fitnah. Amin..

 
(Disclaimer : Hadis dan gambar yang saya kongsikan ini, bukan hak milik saya, malah, saya copy dari web-web lain, antaranya saifulislam.com. dan fattabioni)




No comments: