+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Saturday, September 15, 2012

Hidup Di Dunia

Takdir hidup, perjalanan yang harus ditempuhi oleh setiap orang berbeza-beza. Itulah uniknya kita. Tidak serupa. Mungkin ramai yang dilahirkan dalam kemewahan, tapi tiada siapa yang mampu menjamin bahawa kemewahannya akan berkekalan selamanya. Mungkin ramai yang cemerlang dalam pengajian, namun tiada siapa yang menjamin bahawa kejayaan mereka akan terus berpanjangan. 

 
Hidup ini begitulah. Misteri. Ada bijak pandai yang mengatakan bahawa hidup ini umpama roda. Sentiasa berputar. Kadang-kala kita berada di atas, ada masanya juga kita akan merasa duduk di bawah. Dipijak-pijak. Dihimpit. Ditindih. 

Ada pula bijak pandai yang lain berkata bahawa hidup ini umpama lautan luas. Sukar diduga. Ada ketika pasang, ada ketika akan surut pula. Tidak akan kekal lama. Semuanya hanya sementara, dating bersilih ganti. 

Ada pula yang kata, hidup ini ibarat bahtera yang berlayar di lautan. Perlukan layar, juga nakhoda. Juga anak kapal. Juga peta. Jika tidak, kapal akan hanyut atau karam. Dan banyak lagi.. 

Walau apa pun. Yang penting dan pasti. Hidup ini tiada yang kekal abadi. Pasti akan berakhir juga bila sampai waktunya. Setiap yang bernyawa, pasti akan merasai mati. Begitulah firman Allah swt. Tidak kira kita sempat merasa tua atau pun tidak. Tidak kira kita ini sakit kronik atau tidak. Bila tiba masanya, tidak lambat atau cepat sesaat pun, kita pasti akan mati.

Janganlah kita ini, 'tidur' ketika hidup, apabila sudah mati baru 'terjaga'. Sementara masih hidup, manfaatkanlah ia sebaik yang mungkin. Jangan kita sia-siakan. Jangan nanti apabila jasad telah berpisah dengan nyawa barulah kita menyesal kerana ketika hidup, kita tidak berusaha untuk mengumpul amal kebaikan sebanyak yang mungkin. Waktu itu, semuanya sudah terlambat..

"Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan: dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?" (Al-An'aam 6:32) 

"Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan; dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat)". (Al-'Ankabuut 29:64) 

"(Ingatlah) bahawa kehidupan dunia (yang tidak berdasarkan iman dan taqwa) hanyalah ibarat permainan dan hiburan; dan jika kamu beriman serta bertaqwa, Allah akan memberikan kamu pahala amal kamu, dan Ia tidak meminta kepada kamu harta benda kamu (melainkan untuk memberikan kamu barang yang lebih baik daripadanya)." (Muhammad 47:36) 

---------------------------------

Teman, ingatkan aku andai aku terlupa. Sedarkan aku andai aku terlena. Tunjukkan aku jalan andai aku tersesat. Pimpinlah aku andai aku terjatuh. Terangi aku andai aku kegelapan.  Perbetulkan aku andai aku tersilap.


3 comments:

Nur Aisyah Lee said...

entry yang sangat berguna untuk saya. Thanks for sharing ^__^

AsNiza said...

Alhamdulillah Aisyah. Thnx sudi baca :)

AsNiza said...

Alhamdulillah Aisyah. Thnx sudi baca :)