Dan jika kita mencintai Allah, bacalah Al-Quran
Bacalah Al-Quran berserta maknanya. Tadabbur dan
cubalah untuk mengamalkannya. Tak usah terburu-buru, yang penting
penghayatannya. Khatam keseluruhannya. Sekurang-kurangnya sekali seumur
hidup. Semoga kita bertambah mengenali siapakah Pencipta kita dan semoga bertambah-tambah rasa cinta kita kepada Allah swt.
Kerana kita hidup tidak lama. Suatu hari nanti kita pasti mati juga. Saat itu, cinta kita sesama manusia sudah menjadi tidak signifikan. Apatah lagi cinta pada harta benda dan pangkat. Waktu itu, kita semua perjuangkan diri sendiri, menjadi sangat mementingkan diri sendiri. Nafsi. Nafsi. Sendiri. Sendiri.
Cuma Allah swt yang boleh menyelamatkan kita dari azab seksa. Hanya Dia yang berkuasa, yang Memiliki Hari Pembalasan. Dia boleh saja menempatkan kita ke syurga atau ke neraka berdasarkan amalan kita ketika di dunia. Dan Rasulullah saw juga akan memberikan syafaatnya, sesuai dengan amalan kita ketika hidup. Apakah kita layak mendapat syafaatnya?
Allahummasolliala saiyidina Muhammad. Waalaali saiyidina Muhammad.
No comments:
Post a Comment