+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Sunday, July 15, 2012

Ko Tak Apa Paling Berdosa?


Jawapannya adalah ko tak solat.. hehe..

Adik, abang, kakak... Janganlah selambe je tak solat. Berdosa tau.. Takutlah pada Allah. Allah dah standby syurga dan neraka. Takkan kita nak masuk neraka. Bodoh betul lah.. Ada yang best kita nak pilih yang tak best. Kena api sikit pun kita tak sanggup dah.. Ini kan pula masuk neraka. Azab Allah sgt pedih, tahu..

Kalu kita tak solat, tak ada beza lah kita ni dgn org kafir. Rukun Islam selepas mengucap kan solat. Kalu yang solat ni pun
kita cincai2 je, macam mana dengan yang lain2. Tahu tak? Kat akhirat nanti amalan pertama yang akan Allah tengok dan bagi markah adalah solat. Kalau solat bagus barulah Allah tengok amalan-amalan lain..

Tapi kan.. Kalau kita tak solat. Kalau solat kita Allah tak terima. Allah reject-awal. Sia-sia amalan kita yang lain-lain. Allah tak pandang dah.. Silap haribulan kena campak neraka terus. Naauzubillah.

Nampak tak. Adik, kakak, abang betapa besarnya nilai solat ni? Bukan benda main-main. Bukan benda mudah. Suka hati kita nak solat atau tidak. Solat tu penting. Wajib dibuat. Untuk kebaikan kita dunia dan akhirat jugak.

Allah dah bagi kita macam-macam. Ada 2 kaki. 2 tangan. 2 telinga. 2 mata. Kenapa kita eksyen sangat tak mahu rukuk, sujud sembah Allah? Kalau Allah tak bagi semua tu. Boleh bayang tak mcm mana susahnya hidup kita? Kenapa tak mahu syukur? Kenapa tak mahu solat? Solatlah.. Bukan susah pun..

Ingat hidup ni untuk gapo? Enjoy?? Sedarlah.. Paling lama hidup orang zaman sekarang umur 80 tahun jah. Ramai huk mati tak sempat umur 60 tahun pun. Kalu miskin ko. Tak cukup makan ko. Takdok saing ko. Takpolah.. Lepas mati habislah semua itu.

Huk lagi penting. Lepas mati tuh lagu mano? Gapo kito ado nok bowok gi sano? Kat akhirat kita hidup kekal tak mati2 dah. Kalu byk dosa atas dunia. Nyesal lepas mati tak guno dh. Takleh wat gapo doh.. Kena seksa hari2. Kat akhirat tak mati sapa bila2 dh. Sehari kat akhirat sama mcm ribu tahun kat dunia. Kalu kena seksa seribu tahun kat akhirat. Kira la wei.. Brapo tahun keno sekso.. Sanggup ko?

Solat berapo minit jah. Payah sangat ko?? Kalu Allah suruh malas buat. Tak payah la hidup kat bumi huk Allah buat. Tak payah la bernafas guno oksigen huk Allah buat. Tak payah la makan rezeki huk Allah bagi. Tak payoh la sayang anak bini suami huk Allah kurniakan. Agah sangat. Macam lah semua yang kita ada loni kita buat sendiri belako..

Tok reti buleh blaja. Banyak dosa buleh bertaubat. Selagi masih hidup, mohon ampun dari Allah. Bersungguh2lah buat apa yang Allah suruh. Bersungguh2lah tinggalkan apa yg Allah larang. Walaupun kita tak nampak Allah. Allah sokmo nampak kita. Allah catit semua huk kita buat. Takutlah pada Allah.

Semoga kita bertemu lagi di syurga. 

♥♥♥♥♥♥♥♥♡♡♡♡♡♥♡♡♡♡♥♥♥♥♥♥

2 comments:

Unknown said...

baik terima kasih sbb ingtkan :)

AsNiza said...

Sama2 :)