+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Tuesday, July 3, 2012

Raikan Setiap Hari yang Hadir

Bismillahirrohmanirrohim..

Assalamualaikum wbt.. Semoga kita sentiasa di bawah naungan kasih dan limpah rahmat Ilahi. Amin. Pertama sekali, saya menyusun sepuluh jari, mohon ampun maaf kerana kebelakangan ini teratak buruk ini benar-benar terabai. Lama benar saya tidak menconteng apa-apa di ruangan ini. Faktor utama adalah kerana masalah internet yang menjadi penghalang. Dan selebihnya, puncanya adalah kelemahan dan kekurangan saya sendiri yang tidak dapat disangkal lagi.

Hari demi hari terus berlalu. Sekarang kita sudah melalui hampir daripada separuh bulan Syaaban. Lagi dua hari adalah Nisfu Syaaban. InsyaAllah, jika diizinkan Allah, jika panjang umur kita, kurang tiga minggu daripada sekarang kita akan menyambut ketibaan Ramadhan Al-Mubarak. Ramadhan yang dirindui, Ramadhan yang dinanti-nantikan oleh kita semua. 


Bagaimana persiapan dan persediaan kita untuk menghadapi Ramadhan yang hadir cuma sekali dalam setahun ini? Berikut, suka saya kongsikan beberapa tips - di ambil daripada perkongsian sahabat di Facebook..

Macam mana kawan-kawan? Dah buat berapa peratus? Tak mengapa... Tiada istilah terlewat untuk melakukan kebaikan. Mulakan daripada sekarang, jom! Jangan bertangguh-tangguh lagi. Siapa yang tahu, mungkin, Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang terakhir buat kita. Ajal kita mungkin akan datang sebelum hadirnya Ramadhan tahun hadapan, hanya Allah yang tahu.

Oleh itu, ayuhlah kita memanfaatkan setiap saat dan detik kita di bulan Ramadhan kelak dengan sebaik yang mungkin. Jangan kita mensia-siakannya. Kita raikan kehadirannya semaksimum mungkin. Moga inilah Ramadhan kita kali ini adalah lebih baik daripada sebelumnya. Dan andai kita dijemput menghadap Ilahi, tiada apa yang perlu kita kesalkan. InsyaAllah, mudah-mudahan.

Dan seterusnya. Alhamdulillah, 1 Julai yang lepas merupakan hari ulang tahun kelahiran saya. Syukur ke hadrat Ilahi kerana Dia masih izinkan saya bernafas dan bernyawa untuk setahun lagi. Kontrak pinjaman nyawa dan jasad ini masih lagi dipanjangkan oleh Dia yang Maha Kuasa. Juga membawa makna, usia saya kian pendek setahun lagi. Ajal kian menghampiri. Umur saya bertambah pendek, kian menghampiri garis penamat - mati.

Allah. Moga usia yang telah berlalu saya telah menempuhinya sebaik yang mungkin untuk melakukan kebaikan, mengumpul pahala menuju pertemuan dengan Allah. Dan yang lebih penting, semoga sisa baki usia yang masih tinggal, akan saya manfaatkan sebaik yang mungkin, untuk menambah amalan dan bekalan, membersihkan diri dari segala dosa, memohon ampunan daripada Allah swt, persiapkan diri saya ini untuk menghadapi kehidupan yang kekal abadi - alam akhirat. Mohon doa dari sahabat sekalian. Doakan saya, ya..Terima kasih,

Baik. Sebelum berundur, selamat maju jaya saya ucapkan kepada semua. Semoga panjang umur kita dan dapatlah kita bertemu Ramadhan sekali lagi. Mudah-mudahan, InsyaAllah. Jom, kita raikan setiap hari yang hadir dalam hidup kita. Syukurilah. Mudah-mudahan, hari ini adalah lebih baik daripada semalam dan esok lebih baik daripada hari ini. Begitulah seterusnya. InsyaAllah.




No comments: