+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Wednesday, July 25, 2012

Home Made Popiah =)

Bismillahrirrohmanirrohim..

Assalamualaikum wbt.. Apa khabar iman kita hari ini? Moga sihat sejahtera hendaknya, ya.. Alhamdulillah, hidup lagi kita hingga ke saat ini. Di bulan penuh rahmat dan penuh keberkatan ini, syukur kerana Allah masih lagi pinjamkan jasad dan nyawa kita hingga kita sempat sampai ke bulan Ramadhan Kareem. Alhamdulillah.

Baik. Mungkin ada di kalangan kita, merancang untuk mengajak teman-teman, jiran tetangga atau saudara mara berbuka puasa di rumah. Baguslah, besar ganjarannya menyediakan makanan untuk orang yang berbuka puasa. Dan mungkin juga kalian terfikir-fikir, apa juadah yang ingin dihidangkan kepada para tetamu. Yang mudah, cepat, murah dan banyak. =)



InsyaAllah, suka saya kongsikan satu resipi, cara-cara nak buat popiah. Maaf, saya tak tahu apa nama popiah ni, saya panggil popiah besar je. Hehe.. Kalau kat bazar ramadhan, biasanya popiah ni dijual dengan harga RM2 untuk 5 ketul saja. Hurmm. Dah tu pulak, isi dalamnya kosong, tauge saja.. Tak puas hati kan? Apatah lagi untuk dihidangkan kepada para tetamu, kalau boleh, kita mahukan yang terbaik, betul tak?

Okey. Mari kita cuba resipi ini.. Jom!

Inti popiah, di hiris halus atau di sagat.

Sengkuang - Sebiji
Carrot - Sebatang
Daun Kucai - Seikat 
Taugeh - Satu mangkuk besar
Isi ayam bahagian dada di potong kecil
Tauhu di potong kecil - 4 ketul

Bawang merah untuk menumis

(Sayur-sayur ni terserah kepada kita, suka sayur apa banyak mana. Biasanya kat pasar Ramadhan letak Taugeh dan carrot je, mungkin sebab ianya murah ;p. Ada orang letak isi udang, pun sedap juga =) )

Seterusnya, cara nak masak;

Mula-mula, tumis bawang sehingga naik bau. Kemudian masukkan ayam, seterusnya tauhu. Kacau sehingga masak, tak perlu garing. Selepas itu, masukkan carrot yang sudah di hiris halus. Kemudiannya masukkan sengkuang, daun kucai dan akhir sekali taugeh. Taugeh tak perlu masak lama sangat, kalau terlebih masak tak berapa sedap. Oh, jangan lupa masukkan secubit garam dan kalau ada serbuk perisa ayam pun boleh masukkan. Ikut citarasa masing-masing, tapi, lebih baik tawar daripada masin. Pendek kata, jangan letak garam banyak sangat.. Popiah kalau tawar, ada rasa sikit2 dah cukup dah, sebab nanti kita akan makan dengan cili sos, kan?

Okey. Setelah semuanya dah masak. Jangan terlebih masak ya.. Angkat dan toskan airnya.. Biarkan ia sejuk seketika. Apabila sayur campur tadi dah sejuk, boleh mulakan aktiviti menggulung.. Macam mana nak gulung? Hehehe.. Terserah kepada kreativiti masing-masing.. Pastikan, pilih kulit popiah yang betul. Yang besar tu.. Kulit popiah pula jangan biarkan terdedah, nanti ia keras, susah nak gulung sebab akan mudah pecah. Untuk dijadikan gam, saya biasanya gulakan telur..

Bila dah selesai gulung, boleh goreng. Goreng bila nak makan sebab kalau lama sangat nanti tak rangup lagi.. Kalau nak makan sikit-sikit, goreng sikit-sikit. Yang belum digoreng masukkan dalam tupperware simpan dalam peti. Bila nak makan baru goreng =(

Maaf, tak ada gambar... Apapun selamat mencuba. Kalau dah menjadi nanti, jangan lupa jemput saya ya! Wassalam.

No comments: