+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Thursday, July 5, 2012

Buruk dan Perit itu Mungkin Baik untuk Kita

Allah berfirman dalam Surah Al-Inshirah;


"Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,"

 
"(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan."


Buruk pada pandangan kita barangkali baik untuk kita. Sungguh. Hanya Allah yang mengetahui segalanya.

Saya sendiri. Sekian lama 'tak berminat' dengan kerja di tempat lama. Tapi, tidak berani untuk keluar dari zon selesa. Biarlah ke tempat kerja bagai memaksa diri. Biarlah gaji cuma cukup-cukup makan. Saya enggan menukar tempat kerja. Dulu. Saya setia di situ.


Hinggalah tiba ke suatu masa. Bos 'memaksa' saya meletakkan jawatan, walaupun kecewa dan sedih. Saya tinggalkan tempat itu dan meneruskan kehidupan sebagai seorang penganggur. Menganggur.


Ketika dalam 'fasa menganggur' selama kira-kira 45 hari. Saya diuji lagi. Seorang insan yang dulunya bersungguh-sungguh mencuri hati ini, menaburkan janji-janji manis tiba-tiba 'menarik diri'. Ah. Lucu. Barangkali keluarganya bimbang saya akan menumpang kesenangan si dia setelah bernikah. Wallahualam.


Sedih. Tapi saya kan super woman. Hehe. Tak lama kemudian. Saya mendapat panggilan utk interview. Telah 3 tahun tidak menghadiri interview. Gemuruh. Namun. Interview pertama ini alhamdulillah Allah mudahkan. Rupanya-rupanya memang rezeki saya di sini.


Syukur yang tidak terhingga. Saya bukan sekadar bebas daripada 'Jawatan Penanggur'. Tapi tawaran gaji di tempat baru ini juga jauh lebih tinggi. Subhanallah. Alhamdulillah.
Allahuakbar. Berkat doa ibu barangkali.. Terima kasih Allah. Terima kasih ibu atas doanya.

Rupa-rupanya baru saya sedar. Mahu lebih maju perlu BERHIJRAH. Walaupun mulanya sedih dan susah namun Alhamdulillah. Rezeki kita telah Allah tulis dan tetapkan. Kalau dah memang rezeki kita, insyaAllah akan jadi milik kita juga.
Bila tiba masanya yang telah Allah janjikan.

Memanglah teruk rasanya bergelar penganggur. Tapi rupa-rupanya. Kerana teruk perasaan itu jugalah saya bertemu jodoh dengan pekerjaan baru di sini. Jika dulu di tempat kerja lama. Cukup bulan gaji habis namun Alhamdulillah. Setelah bertukar kerja, belum genap 2 tahun di sini, saya dapat menunaikan umrah hasil wang simpanan sendiri dengan izin Allah. Malah,balik dari umrah ada lagi rezeki untuk beli Galaxy Note. Hehe.


Jadi. Suka saya memesan dan mengingatkan diri sndiri dan rakan-rakan sekalian.. Ketika susah, jangan berputus asa pada janji-janji Allah. 

Qulhuallahuahad. Allahussomad.. Allahlah tempat kita menggantung semua harapan. Minta dan pohonlah apa jua daripadaNya. Kemudian redhalah dgn apa jua ketentuanNya. Kerana, sesuatu yang buruk itu mungkin baik utk kita. Wallahualam.

No comments: