+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Friday, April 15, 2011

Tips Tak Mahu Bersedih

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt... Apa khabar semuanya? Terima kasih kerana sudi mengunjungi teratak buruk saya. Moga-moga kita sama-sama peroleh manfaat darinya. InsyaAllah.



Lama betul saya tidak berkongsi di sini. Hati gelisah tatkala melihat ketidakmampuan diri. Rasa kesal kerana terlalu sedikit dalam memberi. Hadis yang ke-40 ada menyebut, 

"Apabila kamu berada pada waktu petang, jangan tangguh amalan baik sehingga tiba waktu pagi. Apabila kamu berada pada waktu pagi, jangan tangguh amalan baik sehingga tiba waktu petang. Gunakan waktu kamu masih sihat dengan melakukan amalan baik untuk menggantikan amalan yang kamu tidak mampu lakukan ketika kamu sakit. Gunakan waktu kamu masih hidup dengan melakukan amalan baik untuk menggantikan amalan yang kamu tidak mampu lakukan selepas kamu mati."


Biarpun mungkin nilainya lebih kecil dari sebiji zarah, saya cuba sekadar yang termampu. Kali ini saya ingin berkongsi, sedikit tips atau petua yang terkandung di dalam Al-Quran, bagaimana cara untuk mengelakkan diri kita dari kesedihan...

Antaranya, 

1) Percaya dan yakin, setiap apa yang berlaku semuanya adalah ketentuan dari Ilahi.

Allah berfirman;

"Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah."(Al-Hadiid 57:22

"(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri." (Al-Hadiid 57:23)


2) Percaya dan yakin dengan kalimah tauhid, "Lailahaillallah". Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah.

Firman Allah lagi,

"Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul (dengan pengakuan iman dan tauhidnya itu), maka tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita." (Al-Ahqaaf 46:13)


3) Beriman dengan bersungguh-sungguh. Antara rukun iman adalah, percaya kepada Allah, malaikat, kitab,  rasul, hari kiamat dan qada' dan qadar.

"Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman." (A-li'Imraan 3:139

Demikian sedikit sebanyak perkongsian untuk hari ini.  Jika ada sahabat yang ingin menambah dan berkongsi ilmu, sangatlah saya alu-alukan. 

Mohon ampun maaf atas segala salah dan silap. Jangan serik untuk menegur.. InsyaAllah, sama-sama kita ambil mana yang baik dan sama-samalah juga kita singkirkan mana yang buruk.

Wassalam.

4 comments:

Ani said...

tq kak as..berguna dikala ini nmpaknye :) miss u

Unknown said...

nice

AsNiza said...

salam wbt ani...

alhamdulillah, syukur kalau ia berguna utk ani.. rindu kamu juga sis... take care ya....

salam wbt kazen..

tQ.. alhamdulillah =)

hitammanis said...

alhamdulillah,
bila terleka ada yg menegur,
bila tersasar, ada yg memimpin,
bila tersungkur, ada yg memaut,
bila terlena, ada yg mengejut.

terima kasih di atas penulisan itu.