+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Friday, March 13, 2015

Risau Mak Ayah

Fitrah. 

Mak ayah sentiasa risau tentang anak-anaknya.
Ketika masih bayi. Risau.
Ketika kanak-kanak. Risau.
Ketika remaja. Risau.
Setelah dewasa. Pun risau juga.

Sampai bila-bila pun, kerana kasih.
Mak ayah sentiasa akan risau dan bimbangkan anak-anaknya.
Tak pernah kurang.
Sentiasa melimpah-limpah.



Mak, ayah.
Kasih itu anugerah dari Ilahi.
Perasaan itu hadiah dari Dia.

Mak, ayah.

Jagalah anak-anak dengan sebaik-baiknya.
Beri ilmu. Beri didikan agama. Ajar tentang akhlak. Ajar tentang kehidupan. 
Yang paling penting sekali, ajar anak2 supaya kenal siapa Tuhannya.
Ajar anak2 supaya sentiasa ingat bahawa hidup di dunia hanya sementara, 
mati itulah yang kekal abadi.
Sejak anak masih kecil, dan selalulah mengingatkan anak-anak, agar tidak lupa.

Mak, ayah.

Kemampuan kita terbatas tapi Allah tidak. 
Dia tak pernah tidur. Dia sentiasa ada.
Jangan risau anak2 tak sebijak anak orang lain. 
Jangan risau keputusan anak2 tak secermelang anak2 orang lain. 
Jangan risau anak2 tak kerja hebat sehebat anak2 orang lain. 
Jangan risau anak2 tak bernikah beranak pinak seperti anak2 orang lain...

Tapi risaulah kalau anak tak jaga solat.
Risaulah kalau anak jauh dengan Tuhan.

Kerana, mak ayah.

Dunia ni cuma sementara.

Sakit macam mana pun. Pasti berakhir juga.
Miskin macam mana pun. Pasti berakhir juga.
Susah macam mana pun. Pasti berakhir juga.
Apabila datang mati.

Dan ketahuilah, mak ayah.

Yang di bawa setelah mati adalah amalan.

No comments: