+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Wednesday, March 18, 2015

Mushroom Soup Ala Pizza Hut





Sup Cendawan

Assalamualaikum, lama tak kongsi resipi masak-masak. Macam biasa, saya rajin masak resipi yang simple dan bahan-bahan sedia ada di dapur saja. Kali ini, cara-cara nak masak sup cendawan. Mudah. Cepat. Lazat insyaAllah.



Cara memasak:

Mula-mula. Cairkan 3 sudu butter.
Masukkan cendawan yang dah dicincang halus. Resipi asal yang saya rujuk guna cendawan butang. Tapi. Maaflah. Saya selalu derhaka pada resipi. Saya guna cendawan shiratakei aje, lebihan masak sup. Sekitar 15 kuntum. Tumis smpai nampak creamy. Resipi tu ckp creamy tapi saya pun tak tau creamy tu macam mana. Haha. Cincai je.. Api jangan besar.. Biar nampak macam dah masak...


Pastu masukkan susu full cream milk/susu segar kira2 1 liter. Masukkan sedikit air, bergantung pada tahap kepekatan sup yang kita nak. Saya msukkan sikit-sikit. Kira-kira 2 cawan air. Kemudian, masukkan 2 kiub ayam/serbuk perasa ayam. Masukkan sedikit garam. Cairkan tepung gandum. Resipi tu kata 2 cawan tapi rasanya too much. Just about setengah cawan tepung pun ok. Masukkn dalam periuk tadi sedikit demi sedikit sambil kacau. Agak-agak kalau cair sangat masukkan lagi tepung, atau kalau pekat masukkan air sikit. Gitu ajelah..

 Reneh sup tersebut sambil kacau dan oh ya, jangan lupa masukkan serbuk lada hitam. Kalau ada anak-anak, jangan letak banyak sangat takut pedas. Okeh. Dah masak boleh lah makan..

Mudah saja, kan? Selamat mencuba :)