+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Friday, March 13, 2015

Sikap Terpuji Pemandu di Malaysia - Tahniah (Lah sangat)

Rakyat Malaysia terkenal dengan sikap-sikap terpuji terutamanya ketika memandu kereta, antaranya sikap-sikap pemandu Malaysia yang wajar dipuji adalah;

A) Pemalu dan Perahsia

Pemandu di Malaysia sangat perahsia dan pemalu, malu nak nyalakan lampu signal bimbang pemandu lain nampak dan tahu keretanya mahu membelok atau menukar laluan.

B) Berkeyakinan tinggi

Berasa sangat yakin bahawa kereta2 lain mampu menekan brek atau mengelak tanpa berlaku sebarang perlanggaran apabila keretanya tiba2 menukar laluan tanpa menyalakan lampu signal terlebih dahulu.


C) Optimis

Sekiranya berlaku kemalangan akibat daripada tindakannya yang menukar laluan tanpa lampu signal, keretanya dan dirinya serta orang sekeliling pasti terselamat tanpa sebarang kecederaan atau kerosakan.

D) Berjimat Cermat

Sangat berjimat cermat dan tidak suka membazir, kerana bimbang sekiranya dengan menyalakan lampu signal akan menyebabkan ada kos/cas tambahan. Atau, untuk mengelakkan suiz lampu signal cepat haus sekiranya kerap digunakan. (Haha. Ada ke?)

E) Sukakan Cabaran

Seronok dan rasa sangat mencabar sekiranya berlaku kemalangan akibat daripada sikapnya yang tidak menyalakan lampu signal.

F) Pemurah/Tolong menolong
Sangat pemurah dan berasa gembira sekiranya tokey kedai ketuk kereta atau tokey towtruck atau para tokey workshop dapat keuntungan yang banyak apabila berlaku kemalangan akibat tidak menyalakan lampu signal.

G) Doakanlah,  moga kita (baca:saya) bukan dalam golongan yang di atas.


No comments: