+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Monday, September 16, 2013

Tips Elak Diganggu Lelaki Buaya



Tanpa sebarang keperluan yang mendesak, Islam menuntut agar para muslimah meluangkan masa di rumah. Tidak keluar rumah jika tanpa mahram atau tanpa teman atau sekadar kerana suka-suka. Namun. Kadang-kadang, tidak dapat tidak, keadaan tetap memaksa kita keluar rumah sendirian tanpa teman. Pun begitu, ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi.


Bagi seorang perempuan terutamanya anak gadis. Adalah suatu yang merimaskan, apabila kita diganggu oleh orang lelaki ketika sedang bersendirian. Samada dengan usikan nakal, bersiul, jelingan mata dan sebagainya, bagi muslimah yang ingin menjaga diri, perkara sebegitu pastinya ingin dielakkan.


Baik, bagaimana caranya untuk mengelakkan diri kita terus diganggu oleh lelaki-lelaki gatal di luar sana? Sebaik-baiknya adalah mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh syariat Islam. Kali ini, suka saya berkongsi sedikit sebanyak tips yang boleh kita guna pakai..  Moga bermanfaat, InsyaAllah..



Jangan 'telanjang' di luar rumah.


Sesuai dengan hadis Nabi, telanjang tak semestinya tak memakai sebarang pakaian. Memakai baju yang nipis, ketat dan tidak menutup aurat pun tak jauh bezanya dengan telanjang.

Sebelum keluar rumah, tengok cermin betul-betul. Bukan untuk pakai mekap tebal, tapi, tengok pakaian kita, audit diri. Adakah kita menutup aurat kita dengan sempurna? Adakah perhiasan yang kita pakai tidak terlalu menarik perhatian? Warna baju kita adakah terlalu terang atau mungkin terlalu nipis? Bila dah puas hati dengan penampilan diri, okey. Teruskan ke langkah seterusnya.


Fakta. Orang lelaki jarang mengusik muslimah yang bertudung labuh, malah, mereka lebih menghormati muslimah yang berpenampilan begitu. Tips mudah untuk memastikan kita benar-benar menutup aurat dengan sempurna adalah, bolehkah kita terus solat dengan menggunakan pakaian kita sekarang, tanpa telekung solat. Kalau masih memerlukan pakaian tambahan lain seperti stoking, atau sarung lengan, maknanya, kita masih belum sempurna menutup aurat.


Jangan berhias melampaui batas


Agama Islam sukakan keindahan dan kecantikan. Ini adalah fitrah. Allah swt berfirman dalam surah Al-A'raaf, ayat yang ke-31, yang bermaksud:

"Wahai anak-anak Adam, pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadah (atau mengerjakan solat), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau, sesungguhnya Allah tidak suka akan orang yang melampaui batas."


Galakan untuk berhias ini bukan sahaja untuk kaum lelaki, bahkan juga untuk kaum wanita. Akan tetapi, perhiasan kaum wanita hanya terhad kepada golongan tertentu. Mereka tidak boleh berhias dan mempamerkan perhiasan mereka pada khalayak ramai seperti firman Allah dalam surah An-Nuur, ayat 31 yang bermaksud :


"…….. dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan;."

Tapi. Pakai cincin di jari yang betul sedikit sebanyak boleh membantu kita mengelak diri daripada diganggu. Mungkin kita betul-betul single, belum bertunang apatah lagi bernikah. Tapi, tak salah kalau kita pakai cincin, untuk mengelakkan diri daripada diganggu. Biasanya juga, orang kita tak usik isteri orang. Hehe..



Jangan 'berbunyi' ketika berjalan.


Elakkan memakai kasut tinggi yang menghasilkan bunyi apabila kita melangkah. Tup tap tup tap! 100 meter orang dah dengar. Ini tentu sedikit sebanyak menarik perhatian para lelaki. Selain itu, perhiasan yang menghasilkan bunyi seperti gelang kaki yang berloceng juga tidak seharusnya dipakai. Sesuai dengan tuntutan syariat Islam.


".... dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya.” (An-Nur : 31)


Jangan berbau wangi ketika di luar rumah.


Jangan berbau terlalu wangi. Lumrah orang perempuan, suka wangi-wangi. Suka cantik-cantik. Tapi ingat, Islam juga melarang muslimah memakai bau-bauan (minyak wangi) dan menarik perhatian lelaki bukan muhrim. 

Haram bagi wanita memakai minyak wangi atau alat-alat solek yang berbau wangi di luar rumah berdasarkan hadis berikut,

"Seorang wanita yang memakai bau-bauan dan melintasi satu kaum (orang banyak) maka dia itu adalah perempuan zina" (Abu Dawud, Tirmidzi)

Nabi s.a.w bersabda "Siapa saja perempuan yang memakai minyak wangi kemudian keluar ke masjid nescaya tidak diterima solatnya sehingga ia mandi dahulu (membersihkan dirinya dari wangi-wangian tersebut)." (Sahih riwayat Ibnu Majah dari jalan Abu Hurairah)

Abu Hurairah menceritakan bahawa dia pernah bertemu dengan seorang wanita sedang pulang daripada masjid dan ia berbau wangiannya, lalu beliau menegur "Wahai hamba Allah, apakah kamu pulang dari masjid. Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa Allah s.w.t tidak akan menerima solat wanita yang memakai bau-bauan ke masjid sehingga dia pulang dan mandi......" (Abu Daud, An-Nasaie, Ibnu Majah dan Al-Baihaqi)


Abu Musa meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda, "Setiap mata itu berzina (apabila memandang dengan nafsu wanita yang asing). Dan seorang wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melalui sesuatu majlis, maka ia adalah demikian, demikian...(penzina)" (Riwayat Tirmidzi)


Jangan melayan.

Kalau dah jaga adab-adab seperti yang digariskan oleh islam, tapi tetap juga diganggu.. Hmm..

Sebagaimana kaum lelaki disarankan agar menundukkan pandangan, orang perempuan pun serupa juga. Kalau pun ada lelaki yang mengusik, tundukkan pandangan, tak perlu bagi response. Biasanya, lagi kita marah, lagilah mereka suka. Ataupun, bila kita melayan, makin mereka naik minyak. Sebaiknya, abaikan saja usikan nakal. 

Boleh juga pura-pura sibuk seperti membaca mesej pada henfon atau membaca buku/quran yang di bawa. Diam-diam dalam hati berdoa pada Allah, minta agar kita tidak menjadi fitnah, tidak menjadi busur panah syaitan untuk menggugat keimanan para lelaki. Bermohonlah perlindungan daripada Allah swt kerana sesungguhnya, hanya Dia sebaik-baik tempat bermohon.

Wanita adalah hiasan dunia.. Sebaik-baik hiasan adalah wanita solehah. Moga kita tergolong di dalamnya.

Wallahua'alam.






3 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum. Suka entry yang ini. :)

Hai kak As.
Rindu. Haha.
(taip semut2 comel di google search sebab rindu).

Dan avatar tu, kupu2 tu, memang kak As tak pernah ubah dah eh?
Haha.

SaffMuslim macam mana dah kak? Sejak saya tak dapat log in, dah lama saya tak visit SaffMuslim. :/

- Naurah Alwani, (kalau masih ingat) :D

AsNiza said...

Wslm wbt Naurah..

Harusssslah tak lupa (mestila ingat).. Hehe.. Thanks sudi jejak kasih ke blog akak. I appreciate.. :")

Haah ni..Tak tukar2.. Kot2 nnt akak dh tkde org jumpa rama2 tu bleh ingt n doakan akak kn. amin..

Yg saffmuslim tu.. Akak pn dh lama tk masuk :'(

Tengkubutang said...

Hai.. done follow sini no. 846
Klu sudi jom lea follow teman lik yea..
Leh kita kunjung mengunjung oasni..
Salam kenal yea.. heee..

http://tengkubutang.blogspot.com/