+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Saturday, September 8, 2012

Macam-Macam Gangnam

Bismillahirrohmanirrohim..

Semoga semuanya sihat walafiat, di bawah naungan kasih limpah rahmat Ilahi. Saya doakan agar dengan bertambahnya usia kita, maka bertambahlah bekalan amalan kita untuk di bawa ke alam akhirat yang kekal abadi, insyaAllah. Amin...

Sempena esok cuti, hari ini kita santai-santai ya. Memandangkan kebelakangan ini, satu dunia 'demam Gangnam Style', maka, sukalah kiranya saya mengambil kesempatan kali ini untuk berceloteh sepatah dua kata, sembang-sembang kosong sekadar luahan pendapat seorang 'saya'.

Suatu hari, anak buah saya Ashraf buka cerita,

"Mak Ngah, tahu tak sekarang ni satu dunia demam Gangnam Style. Tahu tak macam mana orang demam? Macam ni. Masa tu kan, orang tu menyanyi Gangnam Style kat atas pentas, pastu, dia ludah kena orang-orang kat bawah. Sape yang kena air liur dia tu pun demam laa.. Lepas tu berjangkit satu dunia pun demam jugak.."

Entah dari mana dia dengar 'cerita' itu, saya tak tahu. Atau cerita tu sekadar teori rekaan seorang budak yang berusia 8 tahun? Ah, logiklah kalau dia nak mereka-reka cerita, merapu mengarut, dia kan baru 8 tahun, sekadar bergurau menceriakan suasana. Teori yang kelakar! Hehe..

Namun, ada yang lebih kelakar daripada itu. Jangan tak tahu. Sekarang ini, di FB tersebar pelbagai lagi teori berkenaan dengan Gangnam Style nie.. Macam-macam Gangnam!



Oh, sebelum pergi lebih lanjut.. Elok saya jelaskan sedikit sebanyak apa benda Gangnam Style ni. Begini, Gangnam Style adalah tajuk sebuah lagu yang dinyanyikan oleh seorang penyanyi korea, PSY gelaran diberi. Bukan seperti artis-artis Korea yang biasa kita tengok, PSY ni rupanya tidaklah kacak mana. Dia mendapat perhatian seluruh dunia apabila video lagunya itu, yang disiarkan di Youtube pada tarikh 25 Julai 2012, dilihat sebanyak juta-juta kali oleh pengguna youtube. Hingga ke hari ini, 8 September 2012, jam 9.25 malam waktu Malaysia, jeng jeng jeng... sila lihat statistik di bawah :

Hebat!! Kan???

Di internet, surat khabar dan di mana-mana jua. Sudah banyak orang bercerita dan bersembang tentang Gangnam Style ni. Maka, saya tak berminat untuk mengulang benda yang sama. Lagi pula, saya bukanlah peminat fanatik Gangnam Style, bukanlah membabi buta terikut-ikut dengan Gangnam Style. Dan saya juga bukanlah 'extreme' sangat sampai ke tahap menjatuhkan hukum haram kepada lagu itu. But well, kalau nak diikutkan, memang banyak pun lagu-lagu lain yang haram, Gangnam Style tidak terkecuali, cuma yang hairannya, kenapa lagu-lagu dan artis-artis lain mereka tutup mata, tapi tidak pada lagu yang satu ini. Apakah kerana adanya unsur-unsur dengki, busuk hati, menular dalam diri - tak suka melihat kejayaan orang lain?

Entahlah. Orang kita memang pelik-pelik.

Kalau pun prihatin, sensitif - tak suka melihat aurat wanita - hingga sampai ke tahap bertanya ustaz perihal Gangnam Style ni.. Kenapa ketika artis-artis Melayu yang kononnya Muslim menyanyi berjoget berpakaian serba singkat dan sendat - mereka tak kata apa? Walhal, tahap mudarat lebih banyak datangnya daripada artis kita itu sendiri. Menjadi agent firnah kepada agama, menunjukkan contoh yang tidak baik kepada masyarakat di luar sana dan menjadi ikut-ikutan yang salah.

Dan yang paling menyedihkan lagi. Satu lagi penyakit 'moden' orang kita ni adalah - kreatif mencipta teori. Kalau Ashraf dengan teorinya begitu, di FB, orang yang lebih dewasa pula begini;

Astaghfirullahalazim.... 'Hebat' bukan? Hebat dalam mengarut dan merapu. Hebat dalam mencipta dan mereka cerita. Hebat dalam menyebar fitnah. Hebat dalam menyalahkan orang lain. Hebat dalam khalayan yang entah apa-apa. Haih.. Kalau begini cara kita, agaknya, sampai bila kita boleh maju? Tak pandai menari, salahkan papan. Diri sendiri yang ada banyak kelemahan, kenapalah pulak Gangnam Style yang disalahkan? Insaflah..

Daripada kita menyusahkan diri, mengusutkan otak memikirkan pelbagai teori. Baiklah kita memikirkan jalan bagaimana caranya untuk memantapkan lagi akidah orang-orang kita. Baiklah kiranya kita mencari jalan untuk perelokkan ibadat orang-orang kita, akhlak orang-orang kita. Daripada kita menunding jari kepada orang lain, jauh lebih baik sekiranya kita memeriksa kelemahan diri, muhasabah dan koreksi diri sendiri.

Saya percaya, jika akidah kita mantap, akhlak kita baik - biar ribut taufan sekalipun datang melanda - kita tidak akan goyah. Apalah sangat Gangnam Style, atau Poco-poco, atau shuffle, atau breakdance, atau apa pun jua - sedikit pun kita tidak akan terkesan jika pendirian kita teguh, iman kita kukuh.

Ayuh. Berhentilah merepek. Berhentilah mencari salah orang lain. Carilah jalan untuk pertingkatkan kebolehan dan kemampuan diri sendiri. Ingat, ketika sebatang jari kita menunding kepada orang lain, 4 lagi jari sedang menunding ke arah diri sendiri.

Jaga diri, jaga iman. Moga dicintai Allah selalu. Wassalam.

 

3 comments:

Izzuddin Shah said...

saya langsung tak tengok lagi video tu, tak tau la macam mana aksinya.

AsNiza said...

Tk tengok pn takpe.. Tkde yg luar biasa pn. Sama mcm lagu2 lain juga. Cuma bezanya lagu ni lebih digemari byk org. Cpt saja trsebar n mndapat prhatian jutaan manusia seluruh dunia.. ;)

AsNiza said...

Tk tengok pn takpe.. Tkde yg luar biasa pn. Sama mcm lagu2 lain juga. Cuma bezanya lagu ni lebih digemari byk org. Cpt saja trsebar n mndapat prhatian jutaan manusia seluruh dunia.. ;)