+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Thursday, July 26, 2012

Tuhan, Satukanlah Kami Di Syurga

Tuhan.

Telah banyak Kau berbuat baik padaku.
Aku hamba-Mu yang hina.
Segala keperluanku Engkau penuhi.
Biarpun tanpa lafaz di bibir.
Biarpun cuma terbuku di dalam dada.
Biarpun tanpa pengetahuanku.
Tapi Engkau Maha Tahu.

Terlalu banyak nikmat yang Kau anugerahi.
Tanpa sedikit pun kekurangan.
Akulah insan yang paling bahagia.
Tatkala aku dekat dengan-Mu.
Berbicara hanya dengan-Mu.
Biarpun ku tahu Kau tahu segalanya.

Namun aku..
Tak pernah jemu merintih di hadapan-Mu.
Terlalu banyak ingin ku luahkan.
Terlalu banyak ingin ku pinta.
Bukan kerana aku tidak bersyukur.
Bukan kerana aku tidak redha.
Tapi kerana aku hamba-Mu.
Dan Kaulah Tuhanku.
Tempat bergantung semua pengharapan.
Hanya kepadaMu jualah aku berserah diri.

Tuhan..
Telah banyak nikmat yang Kau berikan padaku.
Tiada lagi alasan untukku tidak bersyukur pada-Mu.
Telah banyak doaku yang Kau makbulkan.
Tiada lagi alasan untukku menjauh dari-Mu.

Tapi Tuhan..
Aku akan terus merintih dan meminta.
Selagi hayatku ada.
Kerana masih ada yang aku perlukan.
Yang paling utama atas segalanya.
Yakni syurga-Mu.

Izinkan aku, Tuhan.
Menjadi penghuni syurga-Mu..

Izinkan aku, Tuhan.
Bertemu dengan kekasih-Mu.
Muhammad s.a.w.

Izinkan aku, Tuhan.
Bersama keluargaku di syurga-Mu.
Juga bersama mereka yang mencintaiku.
Juga bersama mereka yang aku cintai.
Satukanlah kami di syurga-Mu.

Permudahkanlah jalan bagi kami.
Menuju syurga-Mu.

Oh Tuhan.

2 comments:

Unknown said...

Syair yang sangat bagus.

Ya ALLAH, satukan hamba di syurga Mu dengan almarhumah istri hamba yang telah Engkau panggil lebih dulu dalam keadaan mati syahid dan putra putri hamba. Amin.

visit back ya ke http://apitaik.blogspot.com

AsNiza said...

Al fatihah utk arwah.. Moga rohnya dicu uri rahmat.. Terima kasih utk link. InsyaAllah. Akan berziarah ke sana pula :)