+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Wednesday, July 11, 2012

Caramel aka Kek Gula Hangus

Assalamualaikum wbt...

InsyaAllah, jika Alllah izinkan, tak lama lagi kita akan menjalani ibadah puasa. Jika berminat untuk masak-masak, boleh cuba pelbagai resipi untuk dijadikan sebagai juada berbuka puasa, kan? Kali ini, suka saya berkongsi resipi ringkas - cara-cara membuat kek gula hangus atau ada juga orang memanggilnya 'caramel'. Mana-mana pun bolehlah.. Yang penting, cara memasak adalah mudah, ringkas, cepat dan apabila dimakan, rasanya sedap. =)




Kepada sesiapa yang tak tahu bagaimana rupa caramel atau kek gula hangus, haa.. boleh rujuk gambar di atas. Amacam? Menyelerakan, betul tak? Hehe..

Biasanya kalau beli kat Pasar Ramadhan, sepotong kek macam ni, harganya lebih kurang RM3.00. Itupun rasanya tak berapa kena dengan selera - mungkin sudah dicampur tepung. Mahu lebih puas hati, elok kita cuba sendiri. Dapat juga merasa air tangan sendiri, kan? 

Okey. 

Peralatan yang perlu ada adalah loyang dan kukusan. Bahan-bahan yang digunakan adalah;

5 biji telur
1 tin susu cair
1/5 tin susu pekat
3 sudu gula untuk dimasukkan dalam bancuhan
1 dan 1/2 cawan gula untuk 'dihanguskan'
sedikit perisa essen vanilla

Cara-cara memasak;

Masukkan telur, susu cair, susu pekat, perisa vanilla dan 3 sudu gula ke dalam blender. (Jika mahu lebih manis, boleh tambahkan lagi susu pekat atau gula - ikut citarasa masing-masing). Kemudian blend sehingga sebati dan agak kembang.

Panaskan air dalam kukusan.

Sementara itu, panaskan loyang dan cairkan gula (hangus).. Apabila semua gula telah larut, masukkan sebatian dari blender ke dalam loyang tersebut.

Seterusnya, kukus adunan tersebut sehingga betul-betul masak. Hm. Macam mana nak tahu dah masak ke belum ye? Saya pun kurang arif, mungkin boleh cuba, cucuk sudu ke dalam adunan, kalau dah tak melekat tu, insyaAllah dah masak. Atau boleh juga cubit sedikit kemudian rasa. hehe..

Apabila dah yakin benar-benar masak.. Terlangkupkan loyang tersebut ke atas bekas yang lebih besar.. Maka jadilah ia seperti gambar di bawah..


Okey, selamat mencuba. Jangan risau kalau kali pertama tak berapa menjadi, boleh cuba lagi kemudian hari ya.. Selamat menjalani ibadah berpuasa. Wassalam.

4 comments:

★ saya sayang ALLAH★ said...

woww . sedapnyee . thanks ::))

AsNiza said...

Hehe.. Dh cuba ke? Ok tk? Nnt bleh buat buka puasa :)

AsNiza said...

Hehe.. Dh cuba ke? Ok tk? Nnt bleh buat buka puasa :)

AsNiza said...

Hehe.. Dh cuba ke? Ok tk? Nnt bleh buat buka puasa :)