Bismillahirrahmanirrahim..
Ini kali pertama saya menulis entri blog menggunakan hand phone. Subhanallah. Benarlah. Dalam hidup ini, banyak yang luar biasa. Kadang-kadang, lansung kita tidak pernah terfikir tentangnya pada hari ini, tapi pada hari esok ia menjadi realiti. Maha suci Allah.
Malam tadi, saya ada meletakkan status di facebook. Saya tulis, 'kadang2 kita harus menoleh ke belakang.' Puncanya, seorang teman lama bertanya khabar sekaligus mengimbau kembali segala kenangan saya dulu kala. Seperti yang pernah saya coretkan sebelum ini. Saya bukanlah baik sangat. Saya bukanlah maksum dan pernah juga memilih lorong yang salah.. Saya malu dengan diri sendiri. Saya insaf.
Rentetan daripada status tersebut, seorang sahabat meninggalkan komentar. Katanya, 'without the past there is no present, without the present, there is no future.'
Sungguh. Dia benar. Kita hari ini adalah kerana apa yang telah kita kerjakan pada hari semalam. Dan apa yang kita lakukan pada hari ini, insyaAllah, menjadi penentu samada kita berjaya atau gagal pada esok hari.
Hidup bukan seperti dam ular. Baling dadu berserah kemudian mengatur langkah mengikut saja kehendak dadu. Sampai masa langkah terhenti. Untung nasib bertemu tangga, dapatlah segera lompat beberapa kotak. Malang nasib bertemu kepala ular, kena ngap turun semula ke bawah.
Hidup tak boleh begitu. Dalam yakin pada qada' dan qadar, harus juga usaha dan panjatkan doa pada Ilahi. Lambang kehambaan kita yang punya Tuan.
Biar susah atau sehitam mana pun masa silammu, hidup mesti diteruskan. Langkah harus diayun. Jangan berhenti.
Ada satu lagi ungkapan menarik ingin saya kongsi.."sometimes, we have to forget some people in our past. The reason is, they are not belong to our future"
Teruskan melangkah. Jangan jemu. Jangan berputus asa. Kerana Allah sentiasa ada bersama dengan hamba-hambaNya.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment