Dalam gelap pekat malam
Dunia bagai musuhku
Melata tak siapa peduli
Langkah terus ku atur
Biarpun tanpa arah tiada tujuan
Entah di mana destinasi diri
Tanpa cahaya aku penasaran
Aku masih berkelana
Mencari suatu kepastian
Ke mana arah harus ku tuju
Aku kesesatan siapa peduli?
Oh!
Mengapa aku begini?
Siapa sebenarnya aku?
Untuk apa aku di sini?
Oh Tuhan!
Tak mampu aku gambarkan
Bagaimanakah aku tanpa-Mu
Oh Tuhan!
Sungguh aku bersyukur
Kerana aku ada Kamu
Biarpun seluruh dunia membenci
Aku tahu.
Aku punya Kamu.
Aku tak pernah sendiri
Kerana aku punya Kamu.
Tuhanku.
"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur." (An-Nahl : 78)
No comments:
Post a Comment