Cinta..
Hakikatnya indah
Namun manusia sering menjadikannya jelik
Cinta..
Hakikatnya suci..
Namun manusia sering mengotorinya
Banyak orang bahagia kerana cinta
Tak sedikit orang menderita kerananya
Cinta sukar untuk ditafsirkan
Tanpa iman dan pedoman
Sering disalah ertikan.
Allah telah berfirman..
KataNya..
"Katakanlah jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta kekayaan yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan dari berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya dan Allah tidak memberi pertunjuk kepada orang-orang fasiq. (at-Taubah: 24)"
Maka..
Apakah hakikat cinta yang sebenarnya?
Cinta yang bagaimanakah
Bertakhta di hatimu
Jua hatiku?
No comments:
Post a Comment