+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Wednesday, September 28, 2011

Tajuknya, Dengarlah....


 Mendengar tanpa suara?


Tahukah anda, dalam dunia ini sebenarnya banyak 'benda' atau 'perkara' yang sangat tinggi nilainya tapi tidak memerlukan wang untuk mendapatkannya?

Tahukah anda, dalam dunia ini kita tidak semestinya mendapat segala apa jua yang kita inginkan?

Tahukah anda, yang baik pada pendapat kita tak semestinya baik untuk kita dan begitulah sebaliknya, yang buruk pada pandangan kita tak semestinya buruk untuk kita.

Inilah sebahagian daripada rencah kehidupan yang telah kita lalui, sedang kita lalui dan mungkin akan kita tempuhi pada masa hadapan. Andai Allah mengizinkan. Dalam hidup ada suka dan ada duka. Ada susah dan ada senang, ada masanya di atas dan ada masanya kita di bawah. Dan tahukah kita, selagi mana kita yakin bahawa segala janji Allah adalah pasti, biar sepahit manapun realiti kehidupan, pasti kita mampu menelannya dengan tabah dan redha.

Wah! Lama betul saya tidak menconteng sepatah dua kata di ruangan blog ini ya.. Bukan sekadar sunyi, malah sempat berhabuk dan bersawang nampaknya teratak buruk saya ini. Maaflah.. Allah ciptakan saya sebagai sebaik-baik makhluk, sayangnya saya sendiri tidak memanfaatkan anugerah yang Allah berikan ini sebaik yang mungkin, maka, muncullah pelbagai alasan dari diri ini yang mengekang dan menjerat diri sendiri. Mohon ampun maaf atas segala kekurangan dan kekhilafan diri saya ini.

Baik. Untuk kali ini suka saya berkongsi tentang sesuatu yang biasa kita lalui sehari-harian. Malahan, orang yang pekak atau tuli juga boleh melakukannya iaitu, 'mendengar'. Ada orang 'mendengar' melalui telinga, ada orang 'mendengar' menggunakan mata, ada orang juga boleh mendengar melalui hati. Dan ada juga orang yang tidak pekak dan tidak tuli, tapi tidak mempunyai kebolehan untuk 'mendengar' dengan baik. Misteri ya?

Allah ciptakan manusia normal mempunyai dua telinga dan satu mulut. Dua jika dibandingkan dengan satu, seharusnya 'dua' mempunyai kesan, peranan dan pengaruh yang lebih besar. Logiknya begitu, kan? Jom, cuba periksa diri kita, kita pula bagaimana?

Tahukah anda, kita lebih banyak bercakap dengan diri sendiri berbanding dengan orang lain? Menurut Ustaz Mohd Pahrol Juoi begitulah.Orang yang waras dapat mengawal dialog dalam dirinya dengan baik, maka sebab itulah bila seseorang itu hilang kewarasannya, dia suka bercakap sendirian. (Eheh, saya juga ada masanya bercakap sendirian! ;p)

Kata Ustaz lagi, oleh kerana kita banyak bercakap dengan diri sendiri, (diri kita adalah pendengar yang paling setia) oleh itu, elakkanlah berkata yang negatif dan berburuk sangka terhadap diri sendiri. Jangan pemistik dan memeandang rendah kepada keupayaan diri. Jangan menghadkan potensi diri dengan pra-sangka-prasangka yang menjatuhkan. Pemikiran dan dialog yang negatif ibarat perbuatan mensabotaj diri sendiri dan perlu dijauhi.

Kawan-kawan, saya ada satu persoalan. Andai di kalangan sahabat kita, ada seorang sahabat namanya A yang suka bercerita tentang dirinya sendiri tidak kira keadaan samada kita sedang penat, sibuk, bersedih, bergembira atau kesuntukan masa, kegemarannya suka bercerita dan suka orang lain mendengar ceritanya. Manakala, ada lagi seorang sahabat namanya B, bercakap bila perlu dan lebih banyak mendengar daripada bercerita. Antara A dan B, yang manakah akan lebih anda senangi? Kita ada jawapannya. Kan?

Baik. Sebelum berundur, suka saya kongsikan adab-adab mendengar yang sesuai untuk kita sama-sama amalkan.

1. Diam.
2. Mendengar dengan bersungguh-sungguh dengan menumpukan hati dan fikiran kepada si pencerita.
3. Tidak menyampuk atau memotong percakapan dengan sengaja.
4. Menghadapkan wajah pada pembicara dan tidak memalingkan wajah darinya sepanjang sesuai dengan syariat (bukan berbicara dengan lawan jenis)
5. Menjaga cerita dan amanah dengan baik. Tidak membuka aib sahabat kepada orang lain.

Dan lain-lain. Wallahua'alam.

Sebelum berundur.

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai." (Al-A'raaf 7:179)

Hingga bertemu lagi, ayuh, kita jadikan Al-Quran sebagai 'halwa telinga' yang terbaik..

"Dan apabila mereka mendengar Al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah (Muhammad, s.a.w), engkau melihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan apa yang mereka ketahui (melalui Kitab mereka) dari kebenaran (Al-Quran), sambil mereka berkata: "Wahai Tuhan kami, kami beriman (kepada Nabi Muhammad dan Kitab Suci Al-Quran), oleh itu tetapkanlah kami bersama-sama orang-orang yang menjadi saksi (yang mengakui kebenaran Nabi Muhammad s.a.w). "(Al-Maaidah 5:83

Wassalam wbt..


2 comments:

LadyBird said...

kak.. andai kata lady diberi pilihan.. lady suka orang yang lebih diam sifatnya..

kalau yng suka bercerita apa saja tu rsnye lebih menyukarkan kita untuk menjadi pendengar setia..

semua kerja tak menjadi andai si dia menjadi peneman di hari-hari..

Anonymous said...

sy lbih suke yg p'diam sbb sifat sy yg bgtu.

tpi ade jg org xsuke sift mcm ni.huhuhuk