+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Wednesday, April 20, 2011

Seperti Malam

Hari ini saya ke tempat kerja seperti biasa. Tiada yang luar biasa. Beginilah rutin hidup seharian saya semenjak bertugas di bidang perindustrian ini. Sedar atau tidak, 17 Mei nanti, genaplah setahun saya mencari rezeki di sini. Susah saya bekerja 5 hari setengah setiap minggu, susah lagi mereka yang lansung tidak mempunyai pekerjaan. Maka, dengan itu, saya terus memujuk hati supaya lebih banyak bersyukur.


Friday, April 15, 2011

Tips Tak Mahu Bersedih

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt... Apa khabar semuanya? Terima kasih kerana sudi mengunjungi teratak buruk saya. Moga-moga kita sama-sama peroleh manfaat darinya. InsyaAllah.



Lama betul saya tidak berkongsi di sini. Hati gelisah tatkala melihat ketidakmampuan diri. Rasa kesal kerana terlalu sedikit dalam memberi. Hadis yang ke-40 ada menyebut, 

"Apabila kamu berada pada waktu petang, jangan tangguh amalan baik sehingga tiba waktu pagi. Apabila kamu berada pada waktu pagi, jangan tangguh amalan baik sehingga tiba waktu petang. Gunakan waktu kamu masih sihat dengan melakukan amalan baik untuk menggantikan amalan yang kamu tidak mampu lakukan ketika kamu sakit. Gunakan waktu kamu masih hidup dengan melakukan amalan baik untuk menggantikan amalan yang kamu tidak mampu lakukan selepas kamu mati."

Tuesday, April 12, 2011

Mencari Mahmudah

Langit hitam kembali cerah. Burung-burung yang seketika tadi berhenti berteduh, kini kembali meneruskan perjuangan. Dedaunan hijau kelihatan berkilat-kilat, segar setelah disirami hujan beberapa ketika.  Suara katak bersahutan, berpesta di dalam lopak air barangkali. Semuanya bagaikan menyanyi girang apabila mendung berarak lalu, memberi ruang buat sang mentari menyinari alam.

Ya! Semuanya gembira, kecuali aku.

Demi Masa

Bismillah

A001
Demi Masa! (Al-'Asr 103:1) | | English Translation

A002
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - (Al-'Asr 103:2) | | English Translation

A003
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Al-'Asr 103:3)

Thursday, April 7, 2011

Daging Goreng untuk Ayah

Seingat saya, kali terakhir saya 'bertemu dengan ayah' adalah kira-kira lima tahun yang lepas.  Sejak itu, wajah itu seakan-akan merajuk, tidak lagi mengunjungi diri ini.

Saya masih ingat. Dalam pertemuan yang terakhir itu, saya menangis teresak-esak sambil memeluk ayah erat. Entah airmata apa yang mengalir saat itu, namun yang pasti, saya benar-benar gembira kerana dapat bersua muka dengan ayah lagi. Sungguh, saya kerinduan yang amat. 

Saya bahagia melihat ayah ada di hadapan mata. Bahagia yang sukar untuk dilafazkan dengan kata-kata kerana dapat bertemu semula dengan ayah. yang disangkakan telah meninggalkan dunia fana ini buat selama-lamanya. Sungguh. Hati ini berbunga riang kerana dapat menatap wajah ayah untuk sekali lagi. 

Perasaan itu sungguh indah. Benar-benar indah. Bagai sang pemuja permata yang bertemu semula dengan permatanya yang disangkakan telah hilang.

Namun. Dalam kebahagiaan itu, lagak saya bagaikan sang anak kecil yang benar-benar merindui si ayah, tidak lupa saya bertanya pada ayah.  Berulang kali.