Bismillahirrahmanirrahim..
InsyaAllah, kali ini kita sama-sama tadabur Surah As Syuara, ayat 36 hingga ayat 42 ya.
Sebagai permulaanya, pada ayat ke 36 Allah swt mulakannya dengan 'begin with end in mind'. Apa hasilnya, diceritakan terlebih dahulu. Kemudian selepas itu barulah diceritakan bagaimana cara untuk mendapatkannya. Siapa yang berhak mendapatkannya.
Dalam Surah As Syuaara, ayat ke 36, Allah swt berfirman;
"Oleh itu, apa jua yang diberikan kepada kamu, maka ia hanyalah nikmat kesenangan hidup di dunia ini sahaja, dan (sebaliknya) apa yang ada di sisi Allah (dari pahala hari akhirat) adalah lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhannya;"
Dapat apa?
Nikmat kesenangan dari Allah swt yang lebih baik dan lebih kekal di akhirat.
Seterusnya, siapa dan bagaimana nak dapat habuan itu?
1- Orang yang beriman dan;
2- Orang yang berserah bulat-bulat kepada Tuhannya dan;
3- Orang yang menjauhi dosa besar dan;
4- ORANG YANG APABILA MARAH SEGERA BERI MAAF dan;
5- Orang yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya dan;
6- Orang yang mendirikan sembahyang dengan sempurna dan;
7- Orang yang urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka dan;
8- Orang yang mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepadanya
9- Orang yang apabila ditimpa sesuatu perbuatan secara zalim, mereka hanya bertindak membela diri (sepadan dan tidak melampaui batas).
Seterusnya mula dari ayat 40, ceritanya tentang apa yang perlu dilakukan apabila dizalimi. Apa akibatnya pada orang yang menzalimi.
"Dan (jika kamu hendak membalas maka) balasan sesuatu kejahatan ialah kejahatan yang bersamaan dengannya; dalam pada itu sesiapa yang memaafkan (kejahatan orang) dan berbuat baik (kepadanya), maka pahalanya tetap dijamin oleh Allah (dengan diberi balasan yang sebaik-baiknya). Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berlaku zalim.
"Dan sesungguhnya orang yang bertindak membela diri setelah ia dizalimi, maka mereka yang demikian keadaannya, tidak ada sebarang jalan hendak menyalahkan mereka."
"Sesungguhnya jalan (untuk menyalahkan) hanyalah terhadap orang-orang yang melakukan kezaliman kepada manusia dan bermaharajalela di muka bumi dengan tiada sebarang alasan yang benar. Mereka itulah orang-orang yang beroleh azab seksa yang tidak berperi sakitnya."
Ayat ke-43, Allah swt sekali lagi mengingatkan, barangsiapa yang bersabar dan memaafkan, sungguh yang demikian itu termasuk perbuatan yang mulia.
"Dalam pada itu (ingatlah), orang yang bersabar dan memaafkan (kesalahan orang terhadapnya), sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya)."
Wallahualam.
1 comment:
tersurat tersirat..semuanya ketentuan allah.. terbaik lah blog ini.
kelapangan singgah lah blog kami mungkin anda suka akannya
Post a Comment