+ Dengan nama Allah +
Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22
Pages
Wednesday, November 30, 2011
Monday, November 28, 2011
Tak Tahu
Aku tahu
Malam ini kau takkan pulang
Tapi aku tidak tahu
Mengapa pintu rumah
Sering aku tatap
Aku tahu
Kau takkan panggil aku
Tapi aku tidak tahu
Mengapa telinga ini
Terngiang-ngiang suaramu
Apakah ini rindu?
Aku tidak tahu
Yang ku tahu
Aku perlu kamu.
Friday, November 25, 2011
Rindu Buat Seorang Lelaki
Bismillahirrahmanirrahim..
Selawat dan salam buat Nabi junjungan, Muhammad saw...
Syukur atas segala anugerah dan nikmat yang telah Allah kurniakan. Alhamdulillah.
Kali ini, bukan pertama kali saya bercerita tentang ayah di ruangan ini. Antaranya, 'Cerita Tentang Ayah', Kalau Bukan Kerana Sayang, Insan Pertama dan Kedua yang Menyintaiku, Tiga Tahun, Sebab Apa Saya TakNak Hidup Miskin, Lelaki yang Aku Cintai, 'Yang Aku Rindu Sudah Kembali, Jangan Baca, Entri Ini Hanya Untuk Dia, dan banyak lagi..
Sungguh, saya sayang ayah! Tiada kata-kata mahupun ungkapan yang boleh saya lafazkan atau titipkan untuk menggambarkan betapa saya benar-benar sayangkan ayah. Moga Allah masukkan kami ke syurga bersama hamba-hamba yang soleh, dan semoga, saya dapat bertemu dan bersama dengan ayah lagi.. Ayah yang saya rindui.
Thursday, November 24, 2011
Pesanan Buat yang Tersayang
"Yang tersayang..
Yang teristimewa, kau cuma satu, tiada pengganti. Biarpun dalam berjuta, mencari yang sama serupamu tentunya 99% mustahil.
Subscribe to:
Posts (Atom)

