Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Rakyat Malaysia terkenal dengan sikap-sikap terpuji terutamanya ketika memandu kereta, antaranya sikap-sikap pemandu Malaysia yang wajar dipuji adalah;
A) Pemalu dan Perahsia
Pemandu di Malaysia sangat perahsia dan pemalu, malu nak nyalakan lampu signal bimbang pemandu lain nampak dan tahu keretanya mahu membelok atau menukar laluan.
B) Berkeyakinan tinggi
Berasa sangat yakin bahawa kereta2 lain mampu menekan brek atau mengelak tanpa berlaku sebarang perlanggaran apabila keretanya tiba2 menukar laluan tanpa menyalakan lampu signal terlebih dahulu.
2014 telah berlalu meninggalkan kita. Tahun baru sudah datang, 2015 kini sudah lebih seminggu bersama kita. Namun. Maaflah 2015. Bukan seperti tahun-tahun sudah, tahun baru kali ini bagai tiada erti. Tidak diraikan seperti selalu. Bukan bermakna kami tak suka. Bukan bererti kami benci.
Cuma, tahun 2014 terlalu perit bagi kami. Terlalu pedih. Terlalu banyak kisah duka, bertambah luka ketika dipenghujungnya, sehingga tak mampu untuk kami bermadah indah, berucap kata, berimpian berazam. Maaflah 2015.
Jangan berkecil hati. Insya Allah, bersamamu dan tahun-tahun akan datang, kami akan terus tabah, terus berjuang. Benar kami ditimba musibah, diuji dengan ujian yang sangat berat. Biarlah tahun ini menyimpan semuanya kemas. Jangan sampai kami tercalar hingga rebah lagi. Moganya Allah kurniakan kami ganjaran kebaikan atas musibah yang kami lalui. Moga kami akan segera bangkit. Melompat lagi lebih tinggi.. Insya Allah.
Antara keistimewaan orang Melayu adalah mereka kaya dengan bahasa. Suka cakap berkias, berlapik. Berpantun, berbidalan. Berbunga-bunga dalam menyusun kata. Barangkali, orang Melayu dulu-dulu faham benar, bahawasanya orang Melayu, sangat lembut hatinya, mudah terasa, mudah tersinggung.
Apakah keadaan itu masih lagi sama hingga sekarang? Pada zaman milineum ini, orang Melayu juga tidak ketinggalan 'berevolusi' seiring dengan kemajuan sains dan teknologi. Bukan sahaja tidak lagi berbahasa bunga-bunga, malah, makin ramai yang jadi kian tidak beradab!
Lihat saja komen-komen pembaca di laman sosial contohnya di Facebook. Bahasanya? MasyaAllah. Mencarut. Memaki hamun. Seakan perkara biasa. Mana salah dan mana silapnya? Apa dah jadi, apa nak jadi?
Bagaimana kita hari ini, begini, dan bagaimana pula anak cucu kita esok dan lusa? Jika sekarang sudah begini, bagaimana pula keadaan pada hari-hari mendatang?
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wbt.. Apa khabar sahabat? Semoga sentiasa di bawah naungan kasih, limpah rahmat Ilahi. Senyum pahit, ya, baru-baru ini, kerajaan kita mengumumkan kenaikan harga minyak. Tersenyum, terasa kelat. Beginilah kehidupan, ada-ada sahaja ujian dan pancaroba. Bersabarlah duhai hati. Bertabahlah! Alhamdulillah. Saya graduan Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Sumber Asli. Cewwahh.. Kiranya, saya tahu, sumber asli seperti minyak suatu hari nanti akan habis, atau, setidak-tidaknya pasti berkurang. Kenaikan harga minyak adalah suatu yang bukan mustahil. Ia pasti terjadi namun persoalannya, kenapa sekarang? Kenapa tidak sekurang-kurangnya setahun sebelum pilihanraya? Jika sekarang harganya begini, bagaimana pula 5 tahun akan datang, atau 10 tahun kemudian dan bayangkan, berapa harga minyak yang terpaksa dibayar oleh anak cucu kita?
Bismillahirramanirrahim... Apa kahabar semuanya? Moga sentiasa di bawah naungan kasih limpah rahmat Ilahi. Tenang dan dipermudahkan urusan oleh Allah swt, walau di mana jua kalian berada. Saya jarang update blog, sering pula update status di FB. Ada pro dan con di sini. Saya akui. Apa pun, segala kelemahan dan kekurangan dari diri saya ini, saya susun sepuluh jari mohon ampun maaf ya... InsyaAllah, saya cuba untuk 'kompile' status saya dari FB - pindah ke blog ini, mana2 yang saya rasa bermanfaat insyaAllah... Kali ini, suka (Atau duka sebenarnya) saya kongsikan, 'kisah kapal yang bocor' yang pernah saya kongsi di FB.. Luahan rasa 'kekecewaan' saya terhadap mereka yang rigid, takut untuk berhijrah, takut untuk membuat keputusan hanya kerana andaian-andaian yang belum pasti. Inilah, kisah penumpang 'kapal' yang sangat setia.
Assalamualaikum wbt. Semoga sahabat sekalian sentiasa di bawah naungan kasih limpah rahmat Ilahi. Dikurniakan kesihatan dan kebaikan walau di mana jua kalian berada.
Baru-baru ini, parlimen sudah dibubarkan, 'sempena genap 4 tahun' YAB Dato' Seri Najib memegang amanah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke - 6. Akhirnya. Terjawab sudah teka-teki yang sekian lama bermain-main dalam fikiran banyak orang. Dengan izin Allah swt jua adanya. Alhamdulillah.
Baik. Sementara bumi masih berputar. Siang dan malam masih bertukar ganti. Nyawa masih dikandung jasad - hidup kita harus diteruskan. Melangkah harus ke hadapan. Putus asa jangan sekali. Mengaku kalah sebelum berjuang juga jangan. Berusaha selagi yang termampu, moga Allah memakbulkan segala doa dan impian.
Assalamualaikum wbt.. Semoga sentiasa dirahmati. :-)
Pertama sekali, maaf saya susun sepuluh jari andai post kali ini mengguris hati sesiapa... Saya tidak memandang negatif kepada peminat setia Setia Hujung Nyawa... Tak wajar kita fikir yang tak elok kerana kita tak tahu apa yang ada dalam fikiran orang lain..
Mata lebah, walaupun dalam timbunan sampah tetap mencari bunga dan madu. Mata kalau lalat pula walaupun di taman bunga tetap akan mencari najis.. Pendek kata, kalau orang yang tahu mengutip ibrah, InsyaAllah walau cerita apa pun yang ditonton, tetap tidak perbuatan sia-sia. =)
Sedikit 'review' untuk cerita Setia Hujung Nyawa (SHN)
Saya tak tengok full episod, ini sekadar pandangan saya yang tak seberapa.
Pada saya, cerita ini cuma ada satu mesej/contoh positif barangkali. Isteri mesti taat pada suami.. Yup.. El memang isteri yang taat pada kebanyakan masa dan wajar dicontohi. . Selebihnya adalah contoh yang negatif.
Assalamualaikum wbt, apa khabar sahabat yang dikasihi Allah? Salam Maal Hijrah saya ucapkan kepada semua. Moganya, sahabat-sahabat pengunjung blogger saya ini, benar-benar mengambil iktibar dan ibrah daripada peristiwa sejarah Hijirah Rasulullah saw dan para sahabat dari Kota Mekah ke Kota Madinah.
Saya ini, walau berkali-kali mendengar cerita hijrah mereka, alhamdulillah tak pernah jemu. Dan sentiasa ingin mendengar dan membaca tentangnya. Moga-moga sahabat saya juga begitu. Sedikit selingan;
Semoga bermanfaat insyaAllah. Baik, sebenarnya, saya bukan mahu bercerita tentang peristiwa hijrah itu dalam entri ini (lain kali insyaAllah). Di sini, kali ini, saya ingin sembang-sembang tentang penghijrahan daripada handphone ke Smartphone atau juga dikenali sebagai telefon pintar. =)
Semoga semuanya sihat walafiat, di bawah naungan kasih limpah rahmat Ilahi. Saya doakan agar dengan bertambahnya usia kita, maka bertambahlah bekalan amalan kita untuk di bawa ke alam akhirat yang kekal abadi, insyaAllah. Amin...
Sempena esok cuti, hari ini kita santai-santai ya. Memandangkan kebelakangan ini, satu dunia 'demam Gangnam Style', maka, sukalah kiranya saya mengambil kesempatan kali ini untuk berceloteh sepatah dua kata, sembang-sembang kosong sekadar luahan pendapat seorang 'saya'.
Suatu hari, anak buah saya Ashraf buka cerita,
"Mak Ngah, tahu tak sekarang ni satu dunia demam Gangnam Style. Tahu tak macam mana orang demam? Macam ni. Masa tu kan, orang tu menyanyi Gangnam Style kat atas pentas, pastu, dia ludah kena orang-orang kat bawah. Sape yang kena air liur dia tu pun demam laa.. Lepas tu berjangkit satu dunia pun demam jugak.."
Entah dari mana dia dengar 'cerita' itu, saya tak tahu. Atau cerita tu sekadar teori rekaan seorang budak yang berusia 8 tahun? Ah, logiklah kalau dia nak mereka-reka cerita, merapu mengarut, dia kan baru 8 tahun, sekadar bergurau menceriakan suasana. Teori yang kelakar! Hehe..
Namun, ada yang lebih kelakar daripada itu. Jangan tak tahu. Sekarang ini, di FB tersebar pelbagai lagi teori berkenaan dengan Gangnam Style nie.. Macam-macam Gangnam!
Kerap saya terbaca perkongsian status FB sahabat-sahabat saya yang bunyinya lebih kurang begini, "Tak sabar menanti PRU-13 berakhir. Sudah penat melihat tv dan membaca akhbar yang 'tidak normal' ".
Kalau setuju dengan status FB sahabat kita, biasanya kita terdetik dalam hati 'a-ah betullah!', kadang-kadang kita tekan 'like' atau 'share'. Kadangkala kita reply comment bila setuju atau pun tidak bagi melanjutkan lagi perbincangan.
Dipetik daripada akhbar harian Kosmo, bertarikh 25 hb April 2011. Tajuknya lebih kurang begini bunyinya - "3 orang dihukum penjara kerana merogol seorang pelajar." Benar. Bukan itu satu-satunya berita yang dipaparkan tentang kes rogol. Dalam muka surat lain pula, ada berita tentang bapa rogol anak, datuk merogol cucu dan macam-macam lagi kes rogol. Bukan saja gadis, atau wanita yang dirogol. Malahan orang tua yang berpangkat nenek dan bayi semuda 2 tahun juga dirogol!
Dimulai dengan menyebut nama ALlah dan memuji kebesaran-Nya. Alhamdulillah, kerana kita masih diberi keizinan oleh-Nya, untuk hidup, hingga ke saat ini. Dan pastinya, ajal maut, mati, hanya Dia yang Maha Mengetahui.
Kebelakangan ini, kita sering dihidangkan dengan berita-berita yang menyayat hati. Tentang kemalangan, kecelakaan. Tentang mati. Allah. Mati di mana-mana saja, 'penyebabnya' juga pelbagai, namun yang pasti, sebagai muslim yang beriman kepada-Nya, kita haruslah percaya, bahawa hanya Allah yang berkuasa atas segalanya. Kun fayakun. Maka jadilah.
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita kemalangan sebuah bas persiaran. Kemalangan ngeri dan itu bukanlah yang pertama. Namun, melihat angka kematian yang agak tinggi, yakni 27 orang (berdasarkan berita 22 Disember), ramai antara kita yang tersentak!
"Huish! Jangan naik bas lagi lah. Bahaya!"
"Owh, nasib baik orang Thailand"
"Alah, bukan orang Islam, biarlah."
"Berapa nombor plat? Ambik nombor ekor. Berjudi. Mana tahu dapat 'ong!'"
"Gagak hitam tu petanda ajal ya? Kalau macam tu, lainkali nampak gagak hitam lagi, mesti ada kemalangan lagi."
"Ya Allah, bila giliran aku pulak yang mati. Dah cukup ke amalan aku?"
............... Dan macam-macam lagi..
Apapun, marilah kita muhasabah diri kita. Periksa diri kita, periksa tahap keimanan kita. Apakah dalam kita bertutur, dalam kita berfikir, adakah Allah ada disetiap tutur bicara dan cetusan akal kita? Apakah kita sentiasa mengingati Allah?
Kita harus yakin dan percaya, ajal dan maut kita sudah ditentukan. Malaikat Izrail yang ditugaskan untuk mencabut nyawa kita, tidak pernah engkar perintah Tuhannya, sentiasa patuh pada suruhan Tuhan. Tidak kira, walau di mana kita berada, walau di atas pembaringan yang paling selesa sekalipun, jika Allah sudah tuliskan bahawa pada saat dan detik itu kita akan mati, maka matilah kita. Sesungguhnya, bukan bas atau kereta, motor atau basikal yang berkuasa untuk menarik nyawa kita. Namun, pada masa yang sama, berhati-hatilah sentiasa. Islam melarang kita melakukan perbuatan yang boleh memudaratkan diri kita sendiri.
Allah berfirman dalam Surah Al-Ankabut, ayat 57,
"Setiap yang bernyawa pasti merasa mati, dan kepada Allah kamu dikembalikan"
Islam atau pun tidak. Kita semuanya makhluk ciptaan Allah. Jika Allah mahu, Dia boleh saja ciptakan kita satu kaum, satu agama, kerana Dia Maha Berhak lagi Maha Berkuasa. Namun Allah juga lebih mengetahui atas segalanya. Setiap apa yang Dia ciptakan, tiada yang untuk sia-sia. Kita disarankan untuk saling mengasihi dan saling menghormati. Tidak kira samada dengan makhluk ciptaan yang lain seperti binatang dan tumbuhan, juga sesama manusia. Sedarlah bahawa kita cuma hamba. Allah sudah banyak berbuat baik kepada kita, maka, berbuat baiklah kita sesama makhluk. Moga bertambah-tambah kasih sayang Allah kepada kita. InsyaAllah.
Kisah gagak hitam.
Orang dulu-dulu percaya, jika ada binatang hitam seperti kucing, anjing dan mungkin gagak melintas di hadapan, elok jangan teruskan perjalanan, mungkin ajal dan bahaya menanti di hadapan. Astagfirullahalazim.
Beristighfarlah. Jauhi perkara-perkara syirik, tahyul atau khurafat. Bukankah hanya Allah yang maha mengetahui atas segalanya. Sungguh, perkara-perkara ghaib, mahupun perkara yang diluar batasan pemikiran kita, hanya Dia yang lebih tahu. Oleh itu, usahlah kita melampaui batas. Saling berandaian dan percaya kepada perkara-perkara yang tidak pasti, yang kita sendiri tidak tahu kesahihannya.
Allah berfirman dalam Surah Ar-Rum, ayat 28;
"Dia membuat perumpamaan bagimu dari dirimu sendiri. Apakah (kamu rela jika) ada di antara hamba sahaya yang kamu miliki, menjadi sekutu bagimu dalam (memiliki) rezeki yang telah Kami berikan kepadamu, sehingga kamu menjadi setara dengan mereka dalam hal ini, lalu kamu menjadi takut kepada mereka sebagaimana kamu takut kepada sesamamu? Demikianlah Kami jelaskan ayat-ayat itu bagi kaum yang mengerti."
Saya menyeru diri sendiri, dan sahabat sekalian agar tidak mudah percaya kepada perkara-perkara yang samar dan tidak pasti. Teguhkan keimanan dan keyakinan kita kepada Allah. Perbanyakkan amalan baik dan tinggalkan amalan buruk. Menjaga perbuatan dan lisan mungkin sukar, tapi sesungguhnya, menjaga hati dan minda ternyata jauh lebih sukar. Moga kita dipelihara oleh-Nya, terhindar dari sifat-sifat keji. Dan semoga, perbuatan dan lisan kita, dihitung sebagai amalan yang baik, tercatit sebagai pahala, kerana didorong oleh cetusan hati dan niat yang baik. InsyaAllah.
Mohon diri untuk berundur. Apa yang salah mohon diperbetulkan, dan sungguh, saya juga manusia biasa. Hanya Allah yang maha mengetahui atas segalanya.
Wallahua'alam.
"Tapi orang-orang yang zalim, mengikuti keinginannya tanpa ilmu pengetahuan, maka siapakah yang dapat memberi petunjuk kepada orang yang telah disesatkan Allah. Dan tidak ada seorang penolong pun bagi mereka. [Ar-Ruum, ayat 29]
"Salahkah aku menyintainya? Bukankah perasaan ini suci lahir dari hati yang ikhlas? Bukankah Tuhan yang menciptakan perasaan kasih dan sayang ini? Bukankah Dia yang meniupkan rasa cinta ke dalam jiwa ini? Apakah aku berdosa kerana membiarkan perasaan ini subur mewangi dalam sanubariku? Apakah aku bersalah kerana membaja dan membelai cinta ini? Sungguh. Aku mencintainya sepenuh jiwa dan ragaku. Biar lautan api sanggup aku redahi, biar seribu gunung dan lurah sanggup aku redahi."
Mungkin anda biasa mendengar dialog tersebut. Dan mungkin anda sendiri pernah merasai perasaan yang serupa. Lumrah manusia dicipta oleh-Nya sempurna, bersama akal dan naluri. Punya perasaan yang perlu dibelai dan dijaga. Ingin dicintai dan mencintai. Ingin dikasihi dan disayangi. Dan lumrahnya juga, hawa dicipta untuk adam. Jantan pasangannya betina. Sedangkan haiwan yang tiada akal juga berkemahuan kepada pasangan yang berlainan jantina, apatah lagi kita manusia yang dikurniakan akal dan iman. Seharusnya tahu memenuhi tuntutan nafsu dengan cara yang betul dan dibenarkan dalam Islam dan tidak melanggar normal kemanusiaan.
Hairannya. Biarpun sejarah (Kisah Nabi Luth) telah membuktikan bahawa hukuman dan seksaan terhadap kaum yang mempunyai keinginan (nafsu) terhadap kaum sejenis (gay atau lesbian) adalah amat dasyat, namun malangnya permasalahan ini tetap juga berpanjangan dan berlarutan tanpa tanda-tanda mahu berakhir. Lebih teruk dari itu, banyak juga pihak yang bangkit, memperjuangkan nasib golongan berkenaan, membenarkan pernikahan sesama jantina, membina kelab untuk kaum sejenis bersosial dan macam-macam lagi. Naauzubillahiminzalik.
Lanjutan daripada perbincangan di ruangan forum iluvislam.com.. Sebuah thread dibuka kononnya untuk mengutip undi, dan membuat kajian serta pemerhatian terhadap pengunjung forum, samada menyokong pernikahan sesama jantina ataupun tidak.
Jawapan saya, tentu sekali "TIDAK". Biarpun perkahwinan itu di kalangan non-muslim sekalipun.
Mengapa saya menentang pernikahan sesama jenis?
Pertama adalah kerana ianya melanggar norma kemanusiaan. Fitrah makhluk berjantina, jantan 'lawannya' betina. Lagipula salah satu sebab mengapa kita bernikah adalah kerana untuk mendapatkan zuriat, memanjangkan susur galur keturunan. Jikalau bernikah sesama jantan, bagaimana mungkin melahirkan zuriat? Lelaki tidak diciptakan untuk mengandung dan melahirkan anak.
Kedua, seks sesama jantina boleh menjadi faktor punca pelbagai penyakit terutamanya penyakit kelamin. Antara penyakit yang berpunca atau berjangkit melalui hubungan songsang ini adalah HIV.
Ketiga, dan yang paling penting, kerana saya adalah seorang Islam yang percaya dan yakin kepada Allah, Al-Quran, Malaikat, Rasul, Hari Kiamat dan Qada' dan Qadar.
Setiap suruhan dan larangan-Nya tentulah bersebab. Dalam Al-Quran telah tertulis, bagaimana kisah Nabi Luth bersama kaumnya;
"Dan (ingatlah kisah) Luth, ketika ia berkata kepada kaumnya: "Mengapa kamu mengerjakan perbuatan keji itu sedang kamu melihat(nya). Mengapa kamu mendatangi laki-laki untuk (memenuhi) nafsu(mu), bukan mendatangi wanita? Sebenarnya kamu adalah kaum yang tidak dapat mengetahui (akibat perbuatanmu)." (QS. an-Naml: 54-55)
Dan sesungguhnya balasan Allah itu amat pedih terhadap mereka yang ingkar..
"Maka tatkala datang azab Kami, Kami jadikan negeri kaum Luth itu yang di atas ke bawah (Kami balikkan), dan Kami hujani mereka dengan batu dari tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi, yang diberi tanda oleh Tuhanmu, dan seksaan itu tiadalah jauh dari orang- orang yang lalim. " (QS. Hud: 82-83)
Selanjutnya, boleh dalami kisah Nabi Luth dalam Al-Quran yang terdapat pada 85 ayat dalam 12 surah diantaranya surah "Al-Anbiyaa" ayat 74 dan 75 , surah "Asy-Syu'ara" ayat 160 sehingga ayat 175 , surah "Hud" ayat 77 sehingga ayat 83 , surah "Al- Qamar" ayat 33 sehingga 39 dan surah "At-Tahrim" ayat 10 yang mengisahkan isteri Nabi Luth yang mengkhianati suaminya.
Dan dalam al quran juga tertulis.. dalam Surah Ar-Ruum, Ayat 21..
"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir."
Oleh yang demikian, sekali lagi saya menegaskan, bahawasanya saya tidak mungkin sekali-kali akan menyokong pernikahan sesama sejenis. Amalkan hidup sihat. Say NO To Gay Marriage! Jom!
Musykil. Bulan Ramadhan yang mulia, kita mengharapkan keampunan dan keberkatan, namun malangnya di dada akhbar, kaca televisyen, kita 'dijamukan' dengan berita yang menyedihkan lagi menyesakkan dada. Bayi di buang. Lelaki mengamuk bunuh isteri. Ayah kandung simbah asid ke atas anak-anak dan isteri. Macam-macam lagi. Mengapa?
Bukan keampunan yang dicari, tapi dosa yang ditambah. Kenapa?
Bukan berniat mengutuk, menghina kaum berlainan jenis. Tidak! Cuma saya hairan dan tertanya-tanya, kenapa begitu mudah mereka hilang sabar, hilang keimanan, hilang akal lalu menyebabkan mereka bertindak di luar batasan?
Pernah suatu ketika, pengasas rumah perlindungan bagi gadis-gadis terlanjur berkata ketika tampil dalam rancangan Semanis Kurma. Katanya, kebanyakan kes gadis terlanjur berpunca daripada pihak lelaki. Orang lelaki cenderung 'bercita-cita', berangan, berimpian, berhasrat untuk menyetubuhi gadis. Sesama mereka bila bersembang, bangga menceritakan kerja-kerja terkutuk. Ligat pula merancang cara untuk 'mengenakan' gadis yang diimpikan. Akhirnya, bila dipujuk rayu, dijanjikan harapan palsu, gadis-gadis tersebut tewas dan sanggup menyerahkan apa sahaja.
Bukankah seharusnya, lelaki sebagai pembela dan pelindung wanita? Tapi mengapa kini mereka yang jadi pemusnah?
Hasilnya, ramai yang mengandung luar nikah, ramai juga yang mengambil jalan mudah dengan menggugurkan kandungan. Dan ada yang bertindak lebih kejam dengan membuang anaknya di merata-rata. Jika pada zaman jahiliah mereka sekadar membunuh anak perempuan, tapi kita lebih jahil dari itu kerana membuang anak tidak kira jantina. Astagfirullah.
Sekali lagi, saya tidak terniat untuk menyalahkan pihak lelaki secara total. Cuma, saya berharap, agar pihak lelaki, yang kononnya dianugerahkan 9 akal, yang punyai kekuatan fizikal dan mental, sebagai pelindung dan pemimpin para wanita, tolonglah, kasihanilah kami. Sayangilah kami seperti yang seharusnya.
Dan pesanan kepada diri sendiri, juga wanita sekalian.
Kita ibarat kertas putih yang nipis. Bila-bila masa sahaja kita akan renyuk atau koyak. Bila-bila masa sahaja kita akan kotor diconteng atau disalut lumpur. Jaga diri baik-baik.
Yang terkoyak boleh dicantum dengan 'selotape' tapi ketahuilah, sempurnanya sudah tiada.
Yang terconteng boleh dipadam dengan 'liquid' paper tapi ketahuilah, kotornya tetap ada di situ.
Moga Allah memberi kita kekuatan seperti Sumayyah, atau Asiah, atau Rabiatul Adawiyah. Moga Allah melorongkan kita ke pintu syurga. Dan semoga, syurga menjadi destinasi kita.
Saya kira, saya antara insan yang bertuah, dilahirkan pada awal tahun 80-an, sempat 'menikmati' dan melalui sendiri pengalaman 'diperintah' oleh tiga orang Perdana Menteri yang berbeza. Saya juga berasa bahawa saya adalah bertuah, kerana membesar dengan persekitaran yang membantu saya mencambahkan pemikiran, bergaul dengan mereka yang luas cara berfikir, dilahirkan dan membesar di bumi bertuah Kelantan Darul Naim, pastinya saya yakin, sayalah antara insan yang bertuah.
Dulu-dulu tidak seperti kini. Saya mula belajar mengenal komputer ketika saya di tingkatan empat, belajar bagaimana mahu 'Start', kemudian bagaimana pula mahu 'Shut down'. Hanya perkara-perkara asas yang kami pelajari. Cara-cara menggunakan Microsoft Word dan Excel. Itu saja. Takut-takut mahu mencuba walau berulang kali cikgu komputer menegur, "Jangan takut, komputer tu takkan meletup!", namun saya tetap juga begitu. Buta internet.
Sumber ilmu dan maklumat ketika saya membesar dulu-dulu, banyak berpandukan pada buku. Saya memang suka membaca. Tidak kira apa jua bahan. Alhamdulillah. Selain itu, TV dan radio serta 'wartawan bergerak' menjadi sumber maklumat kami. Untung rakan-rakan saya juga kebanyakannya gemar membaca, mengorek ilmu dan mengkaji. Ada masa lapang kami 'berdiskusi' dan 'berdebat'. Masing-masing punya hujah masing-masing. Seronok!
Ketika di sekolah menengah rendah, waktu itu, negara kita dipimpin oleh Dr Mahathir Muhammad, dan Timbalannya adalah Anwar Ibrahim. Saya kira, saat itu adalah antara waktu kegemilangan politik negara kita.
Saya juga masih ingat dunia dan negara kita telah mengalami kegawatan/kemelesetan ekonomi pada tahun 1997, kerana tahun itu saya menduduki peperiksaan PMR. Saya tak akan lupa kerana sebelum peperiksaan, pihak sekolah pernah menjanjikan kami ganjaran wang ringgit kepada pelajar yang mendapat 8A. Alhamdulillah saya antara yang mendapat 8A, namun kerana alasan kegawatan, ganjaran tersebut tidak menjadi milik kami.
Waktu itu, hanya setakat itu kesan kegawatan ekonomi memberi impak kepada seorang remaja seperti saya. Tiada ganjaran wang ringgit walaupun mendapat 8A kerana kegawatan ekonomi. Dan ketika di sekolah menengah rendah, saya antara peminat yang sangat mengagumi Dr Mahathir Muhammad. Futuristik. Berani. Berkeyakinan. Bijak. Petah berbicara. Segalanya tentang dia benar-benar mencuri perhatian saya. Dia idola saya. Saya penyokong kerajaan.
Masa terus berjalan. Saya juga makin dewasa barangkali.
Naik tingkatan empat, saya bersekolah di sebuah sekolah berasrama. MRSM. Kala itu, saya sudah jarang menonton tv, melihat berita. Cuma mendengar berita sipi-sipi dan membaca surat khabar perdana, namun anehnya, saya lupa bagaimana, perasaan kasih dan hormat kepada Perdana Menteri dan kerajaan kian pudar. Makin pudar. Tanpa internet. Tanpa blog. Tanpa emel berantai, keyakinan saya terhadap Dr Mahathir kian hilang. Antara penyebab utama adalah 'kes liwat' Anwar Ibrahim (DSAI).
Makin dibongkar 'kesalahan' DSAI dikaca tv, makin berkurangan hormat saya kepada pemerintah Malaysia pada waktu itu. Namun pada masa yang sama, saya turut 'mengecam' DSAI kerana pada saya, beliau penyebab bangsa Melayu berpecah. Reformasi sana-sini. Saya bencikan perpecahan itu walaupun pada masa yang sama, hati kecil saya menafikan dia bersalah terhadap tuduhan liwat tersebut.
Masa berjalan lagi. Yang di atas terus di atas. Yang berkuasa tetap berkuasa.
Saya kemudiannya masuk ke alam universiti. Di sini saya mula kenal internet. Tapi cuma sekadar untuk chatting dan saling berbalas emel. Lebih dari itu, saya masih kekok.
Ketika di universiti. Saya punya seorang teman baik yang sangat suka melihat saya marah. Entah apa 'hebatnya' saya ketika marah, tapi dia memang sering memancing kemarahan saya. Sengaja.
Walaupun waktu itu saya bukanlah tergolong dalam golongan yang suka berpolitik, malahan sering memandang remeh, tapi sikap dia yang suka membuat saya marah kadang-kadang memaksa saya untuk bersikap ambil tahu.
Mana tidak, mentang-mentang dia orang Johor (Kubu BN?) dan saya pula orang Kelantan (satu-satunya negeri pembangkang pada waktu itu), sering sahaja dia menggunakan PAS, Kelantan dan Nik Aziz (TGNA) sebagai modal untuk memancing kemarahan saya. Asal ada saja peluang, pasti dimanfaatkan untuk mengenakan saya. Saya pula bukanlah orang yang suka mengalah, selalunya berbalas hujah, berperang mulut dan berdebat. Untuk itu, saya harus perbanyakkan bahan bacaan, agar saya punya lebih banyak modal untuk membela Kelantan dan PAS dan seterusnya tidak kalah ketika berdebat.
Anehnya lagi, waktu itu saya sebenarnya tidak cenderung ke arah mana-mana parti politik. Bagi saya, BN atau PAS sebenarnya sama sahaja. Namun untuk menang, saya harus memberi hujah yang sepatutnya, demi pertahankan PAS dan Kelantan. Kelakar saja. Bila kalah berdebat, kadang-kadang muncung merajuk. Ada waktunya pula berkejar-kejaran mahu melepaskan kemarahan. Mungkin sebab itu dia suka membuat saya marah.
Walaupun keyakinan saya terhadap Dr Mahathir kian tipis, namun pada waktu itu, saya masih menganggap dia pemimpin terbaik di Malaysia. Selain dia, tiada yang mampu. Walaupun waktu itu Timbalannya adalah Abdullah Badawi, namun perbezaan keduanya sangat ketara dan saya cenderung mengatakan bahawa Abdullah Badawi tidak mampu memimpin tanpa bantuan Dr Mahathir.
Sembang-sembang kosong, saya pernah berharap agar Dr Mahathir 'turun takhta' dan melepaskan jawatannya kepada timbalannya sementara rakyat masih lagi mengenang jasa-jasanya. Berundur selangkah untuk memberi ruang kepada yang lebih muda, namun pada masa sama turut bergandingan dan membantu pemimpin yang baru untuk meneruskan teraju negara. Sementara masih ada yang sayang. Berundurlah.
======================
Cerita saya masih panjang. Namun saya terpaksa berhenti sampai di sini dulu. InsyaAllah jika diizinkan Tuhan saya akan kembali menyambung kisah ini lagi.