+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22
Showing posts with label Masalah Remaja. Show all posts
Showing posts with label Masalah Remaja. Show all posts

Wednesday, May 23, 2018

Bukan Senang Mahu Senang

Fakta berdasarkan pengalaman hidup sendiri.

1. Kelas corot biasanya pelajar dari keluarga miskin
2. Mak ayah seolah2 tidak faham bahawa pendidikan boleh ubah nasib keluarga.

Dua fakta ni sangat tepat, berdasarkan pengalaman hidup saya sendiri, juga mereka di sekitar saya.

Wednesday, November 4, 2015

Tips Apabila Putus Cinta



Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt. Semoga semuanya sentiasa di bawah naungan kasih dan limpah rahmat Ilahi..... Izinkan saya berkongsi di sini, sedikit pandangan peribadi, tentang cara-cara menangani masalah akibat putus cinta. InsyaAllah, mudah-mudahan bermanfaat buat kita. Dengan izin Allah swt.

Masih berkisar kepada permasalahan cinta. Melengkapkan trilogi cintan-cintun, kali ini saya ingin bincangkan pula perihal putus cinta.

Dalam Islam, perceraian dibenarkan andaikata sebuah perkahwinan itu sudah tiada jalan lain untuk diselamatkan, andaikata meneruskan perkahwinan mendatangkan lebih banyak mudarat. Penceraian dibenarkan, bagi memberi peluang kepada kedua-dua pihak samada suami atau isteri untuk memulakan hidup baru dengan cara yang tersendiri.

Mulakan hidup baru. Bekas suami dengan jalannya sendiri dan bekas isteri pula dengan hidupnya sendiri, di samping beberapa syarat lain yang perlu dipenuhi.

Jika pernikahan yakni ikatan yang sah juga boleh diputuskan, apatah lagi dengan 'couple'.

Seandainya salah seorang dari pasangan menyedari, dengan bercouple, makin menjauhkan diri dari Allah, makin membuatkan diri lupa kepada Allah, menambahkan lagi dosa dan maksiat, membuat hidup makin tidak keruan, membuat jiwa dan perasaan makin terseksa, mengakibatkan prestasi dalam pekerjaan atau pelajaran kian merosot, maka jalan terbaik adalah berpisah. Putuskan hubungan dengan si dia.

Seandainya si dia tidak bersungguh-sungguh dalam perhubungan, tidak menghargai dan tidak mempunyai perancangan untuk melansungkan pernikahan. Andainya saban malam melakukan istikharah, masih juga tidak mendapat sebarang petunjuk atau tanda, maka bulatkan tekad, putuskanlah hubungan dengan si dia.

Bina hidup baru, mulakan hidup baru. Andainya si dia pergi meninggalkan kita, mengkhianati cinta kita, lepaskanlah dia pergi dengan berlapang dada. Ingat, dunia masih belum berakhir andai hidup tanpa dia.

Putus Cinta.


Friday, March 13, 2015

Risau Mak Ayah

Fitrah. 

Mak ayah sentiasa risau tentang anak-anaknya.
Ketika masih bayi. Risau.
Ketika kanak-kanak. Risau.
Ketika remaja. Risau.
Setelah dewasa. Pun risau juga.

Sampai bila-bila pun, kerana kasih.
Mak ayah sentiasa akan risau dan bimbangkan anak-anaknya.
Tak pernah kurang.
Sentiasa melimpah-limpah.

Friday, November 28, 2014

Jauhilah Diri dan Keluarga dari Azab Api Neraka.




Antara keistimewaan orang Melayu adalah mereka kaya dengan bahasa. Suka cakap berkias, berlapik. Berpantun, berbidalan. Berbunga-bunga dalam menyusun kata. Barangkali, orang Melayu dulu-dulu faham benar, bahawasanya orang Melayu, sangat lembut hatinya, mudah terasa, mudah tersinggung.

Apakah keadaan itu masih lagi sama hingga sekarang? Pada zaman milineum ini, orang Melayu juga tidak ketinggalan 'berevolusi' seiring dengan kemajuan sains dan teknologi. Bukan sahaja tidak lagi berbahasa bunga-bunga, malah, makin ramai yang jadi kian tidak beradab!

Lihat saja komen-komen pembaca di laman sosial contohnya di Facebook. Bahasanya? MasyaAllah. Mencarut. Memaki hamun. Seakan perkara biasa. Mana salah dan mana silapnya? Apa dah jadi, apa nak jadi?

Bagaimana kita hari ini, begini, dan bagaimana pula anak cucu kita esok dan lusa? Jika sekarang sudah begini, bagaimana pula keadaan pada hari-hari mendatang?


Monday, September 16, 2013

Tips Elak Diganggu Lelaki Buaya



Tanpa sebarang keperluan yang mendesak, Islam menuntut agar para muslimah meluangkan masa di rumah. Tidak keluar rumah jika tanpa mahram atau tanpa teman atau sekadar kerana suka-suka. Namun. Kadang-kadang, tidak dapat tidak, keadaan tetap memaksa kita keluar rumah sendirian tanpa teman. Pun begitu, ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi.


Bagi seorang perempuan terutamanya anak gadis. Adalah suatu yang merimaskan, apabila kita diganggu oleh orang lelaki ketika sedang bersendirian. Samada dengan usikan nakal, bersiul, jelingan mata dan sebagainya, bagi muslimah yang ingin menjaga diri, perkara sebegitu pastinya ingin dielakkan.


Baik, bagaimana caranya untuk mengelakkan diri kita terus diganggu oleh lelaki-lelaki gatal di luar sana? Sebaik-baiknya adalah mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh syariat Islam. Kali ini, suka saya berkongsi sedikit sebanyak tips yang boleh kita guna pakai..  Moga bermanfaat, InsyaAllah..

Monday, March 25, 2013

Solat Menyelesaikan Masalah?


"Banyaknya masalah saya. Apa yang patut saya buat?"

"Solat!"

"Solat dapat menyelesaikan semua masalah? Tak percayalah. Kalau betul solat boleh selesaikan semua masalah, kenapa orang yang solat juga ada masalah?"

Friday, February 15, 2013

Seloka PMS

Orang perempuan memang pelik.
Mood bergelora ada turun naik.
Kejap marah kejap baik.
Kejap nak pergi kejap nak balik.

Ada orang hilang selera,
Makan apa rasa tawar saja,
Ada orang sensitif sentiasa,
Pantang diusik mengalir air mata.

 Ada pula suka marah-marah,
 Silap sikit dia naik darah,
Ada pula tak nak keluar rumah,
Nak mandi pun dia rasa payah.

Ada pula bertukar perangai,
Shopping sakan poket pun barai,
Suka bermekap perfume bagai,
Hari biasa bedak pun tak pakai,

Ada lagi. yang. lebih. parah,
Senggugut. datang. nak. tidur. payah,
Sakit. berguling. tak. tentu. arah,
Jatuh. pengsan. pun. ada. yang. pernah.

Orang lelaki fahamlah seadanya,
Kami begini bukan sengaja,
 Sebulan sekali gelombang melanda,
Jadi begini kami tak pinta.

Penyakit ini PMS namanya,
Perubahan hormon fitrah wanita,
Ciptaan unik Sang Maha Esa,
Menyambung zuriat spesies manusia.

Saturday, February 9, 2013

Setia Hujung Nyawa : Mesej Negatif

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt.. Semoga sentiasa dirahmati. :-) Pertama sekali, maaf saya susun sepuluh jari andai post kali ini mengguris hati sesiapa... Saya tidak memandang negatif kepada peminat setia Setia Hujung Nyawa... Tak wajar kita fikir yang tak elok kerana kita tak tahu apa yang ada dalam fikiran orang lain.. Mata lebah, walaupun dalam timbunan sampah tetap mencari bunga dan madu. Mata kalau lalat pula walaupun di taman bunga tetap akan mencari najis.. Pendek kata, kalau orang yang tahu mengutip ibrah, InsyaAllah walau cerita apa pun yang ditonton, tetap tidak perbuatan sia-sia. =)

Sedikit 'review' untuk cerita Setia Hujung Nyawa (SHN) Saya tak tengok full episod, ini sekadar pandangan saya yang tak seberapa. Pada saya, cerita ini cuma ada satu mesej/contoh positif barangkali. Isteri mesti taat pada suami.. Yup.. El memang isteri yang taat pada kebanyakan masa dan wajar dicontohi. . Selebihnya adalah contoh yang negatif.

Thursday, January 31, 2013

Contoh yang Baik


Ketika membeli barang keperluan di pusat membeli-belah, selalunya saya akan cuba mengelak daripada melalui bahagian kecantikan/komestik jika tiada apa-apa keperluan yang ingin dibeli. Bukan apa. Saya kadang-kadang 'penat' mahu melayan celoteh kakak-kakak promoter yang sibuk mempromosikan produk-produk mereka. Ehehehe.


Thursday, November 15, 2012

Hijrah Mudah, Istiqamah Payah?

Petang itu petang yang nyaman. Bumi masih lagi basah disimbah hujan, aku suka bau-bauan selepas hujan. Aku juga suka menghirup udara selepas hujan. Terasa segar. Manakan tidak, hujan yang lebat tadi bukan saja membawa rahmat ke seluruh alam, namun juga membawa pergi segala kotoran yang bertebaran di udara. Aku juga suka, kerana semuanya itu dari Allah.

Buku Biar Bidadari Mencemburui Dirimu karya Salim A. Fillah aku tutup rapat, lalu aku meribanya. Aku menjeling ke arah dia yang sedang duduk di sisi aku. Jauh benar dia mengelamun. Aku senyum. Ah, aku tahu dia. Kalau begitu gayanya, pasti ada sesuatu yang sedang mengganggu fikirannya saat itu.

"Hey... Lama betul kau tenung langit tu, bimbang pula aku. Takut-takut nanti langit runtuh gara-gara kau!" Aku cuba berseloroh. Dia tersentak lantas melontarkan jelingan tajam pada aku. Huhu. Tajam betul.

"Okey-okey. I'm sorry. Now, tell me. Apa yang sedang kau fikir ni?" Aku berlagak serius, cuba mengorek rahsia.

"Aku ada soalan. Kau rasa hijrah ni mudah ke?" Setelah diam sejenak, akhirnya dia bersuara.

Aku anggukkan kepala, kemudian menggelengkannya pula.

"Mudah, apabila hidayah Allah datang, dan kita benar-benar bersedia untuknya. Apa saja yang dilakukan kerana Allah taala, biarpun susah akan terasa mudah. Namun... "

Aku diam seketika. Dia menumpukan perhatiannya penuh kepada aku.

"Mujahadah bukan mudah. Kalaulah betul mudah, dah ramai orang buat, sudah tentu ramai yang masuk syurga dan tak ramai yang masuk neraka kelak.."

Dia menganggukkan kepalanya tanda setuju.

"Kau betul, hijrah daripada keadaan yang tidak baik, kepada keadaan yang lebih baik, hijrah daripada sikap jahiliah kepada sikap seorang muslim sejati itu bukan mudah... Perlukan kekuatan dan sokongan dari orang sekeliling juga.. Tapi, kau tahu tak, apa yang lebih susah daripada itu?" Tambah satu lagi soalan dari bibirnya mengetuk kotak fikiranku.

Aku membisu. Soalannya itu bukannya memerlukan jawapan daripada aku, aku tahu. Lalu aku kembali bertanya.

"Apa yang lebih susah daripada hijrah?"




Smartphone Sangat Berbaloi-baloi. Jom Hijrah!


Bismillahirrahmanirrahim..

 Assalamualaikum wbt, apa khabar sahabat yang dikasihi Allah? Salam Maal Hijrah saya ucapkan kepada semua. Moganya, sahabat-sahabat pengunjung blogger saya ini, benar-benar mengambil iktibar dan ibrah daripada peristiwa sejarah Hijirah Rasulullah saw dan para sahabat dari Kota Mekah ke Kota Madinah. 

Saya ini, walau berkali-kali mendengar cerita hijrah mereka, alhamdulillah tak pernah jemu. Dan sentiasa ingin mendengar dan membaca tentangnya. Moga-moga sahabat saya juga begitu. Sedikit selingan;



Semoga bermanfaat insyaAllah. Baik, sebenarnya, saya bukan mahu bercerita tentang peristiwa hijrah itu dalam entri ini (lain kali insyaAllah). Di sini, kali ini, saya ingin sembang-sembang tentang penghijrahan daripada handphone ke Smartphone atau juga dikenali sebagai telefon pintar. =)

Thursday, October 18, 2012

Kita Hidup Untuk Apa?


Kita hidup sampai bila? Apakah kita akan hidup selama-lamanya? Tidak! Ini kerana Allah telah berfirman, “Setiap yang hidup pasti akan merasai mati.”

Seterusnya, ke manakah destinasi kita yang selanjutnya selepas mati?

Apakah selepas kita mati, kita akan selamanya di dalam kubur? Di makan cacing menjadi tanah?


Atau sekadar berehat, tidur di dalam tanah yang sempit lagi gelap itu?

Tentunya tidak! Bila tiba masanya, kita akan dibangkitkan semula. Setiap amalan kita samada baik atau buruk, semuanya akan dihitung.

Tuesday, October 9, 2012

Facebook Oh Facebook

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt..

Kita santai-santai ya. Memandangkan majoriti daripada kita semua mempunyai akaun Facebook, kali ini kita sembang-sembang tentang 'Like'. Tentang Dosa-dosa di Facebook.

Sejujurnya saya cukup pelik dengan sesetengah situasi, di mana, status yang 'pelik-pelik' mendapat Like yang tinggi. 

Contohnya, status seorang sahabat yang tengah bengang - Like
Like untuk apa? Seronok tengok kawan kita tengah bengang, tengah marah?
Atau status yang berbentuk peribadi, contohnya, i miss my cayunk - Like
Atau status yang memberitahu perkara yang tidak signifikan, contohnya, saya tengah kemas rumah - Like


Saturday, September 8, 2012

Macam-Macam Gangnam

Bismillahirrohmanirrohim..

Semoga semuanya sihat walafiat, di bawah naungan kasih limpah rahmat Ilahi. Saya doakan agar dengan bertambahnya usia kita, maka bertambahlah bekalan amalan kita untuk di bawa ke alam akhirat yang kekal abadi, insyaAllah. Amin...

Sempena esok cuti, hari ini kita santai-santai ya. Memandangkan kebelakangan ini, satu dunia 'demam Gangnam Style', maka, sukalah kiranya saya mengambil kesempatan kali ini untuk berceloteh sepatah dua kata, sembang-sembang kosong sekadar luahan pendapat seorang 'saya'.

Suatu hari, anak buah saya Ashraf buka cerita,

"Mak Ngah, tahu tak sekarang ni satu dunia demam Gangnam Style. Tahu tak macam mana orang demam? Macam ni. Masa tu kan, orang tu menyanyi Gangnam Style kat atas pentas, pastu, dia ludah kena orang-orang kat bawah. Sape yang kena air liur dia tu pun demam laa.. Lepas tu berjangkit satu dunia pun demam jugak.."

Entah dari mana dia dengar 'cerita' itu, saya tak tahu. Atau cerita tu sekadar teori rekaan seorang budak yang berusia 8 tahun? Ah, logiklah kalau dia nak mereka-reka cerita, merapu mengarut, dia kan baru 8 tahun, sekadar bergurau menceriakan suasana. Teori yang kelakar! Hehe..

Namun, ada yang lebih kelakar daripada itu. Jangan tak tahu. Sekarang ini, di FB tersebar pelbagai lagi teori berkenaan dengan Gangnam Style nie.. Macam-macam Gangnam!