Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Assalamualaikum wbt, apa khabar semuanya? Moga sihat-sihat belaka la ya.. InsyaAllah..... Dua entri sebelum ini istimewa sempena umrah dan ziarah ke Kota Suci Mekah, Alhamdulillah. Malam ni, saya terasa nak menconteng santai-santai.. Izinkan saya, ya?
Kali ini, topik yang ingin saya pilih - berdasarkan pengalaman saya sendiri - bagaimana cara mahu kurus?
Hari ini dalam sejarah (atau mungkin selama ini saya yang tidak peka..Wallahua'alam). Sambil membaca surat khabar secara online, saya terjumpa sesuatu yang 'unik', ingin saya kongsikan di sini..
Tajuk berita yang paling panjang (layak masuk Malaysian Book of Record, ^^)
"Satu program sebulan di semua 56 DUN, intipati Pintas rampas Selangor KUALA LUMPUR 26 Julai - Jentera penerangan UMNO Selangor diminta supaya mengadakan kempen penerangan sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan di setiap 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu bermula Ogos depan."
Believe it or not, itulah tajuk berita yang di ambil dari SINI.
Pendek kata, Malaysia Boleh, semuanya boleh belaka, macam-macam pun ada.. ^_^
Assalamualaikum wbt.. Kali ini saya di tag oleh Syawal, Asma dan Arisha.. tag yang serupa, maka demi tidak mengecewakan mereka, saya jawab yer tag tersebut..^_^
Tag itu berbunyi (dengar ke, hehe) :
1. Go to your photo files…Select the 6th photo folder. 2. Select the 6th photo in that folder. 3. Post that photo along with the story behind it. 4. Then challenge 6 blogging friends to do the same!
Jawapan:
Story behind the picture? ermm.. sape yg ambik gambar nie? 90% saya yakin, fotografer adalah Aiza sebab kami berenam selalunya sentiasa bersama. Gambar ini di ambil ketika saya tahun satu di UTM . Lokasi yang lebih terperinci adalah Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Sumber Asli.
Senibina fakulti ini sangat unik, hampir pembelajaran satu semester pun saya masih sesat, tak jumpa carik kelas. haha.. Selalu ikut member je, bila terpisah ngan member, ada hal lain etc, konfem menggagau carik bilik kuliah kat ner, tak jumpa.. sob3.. apa2 pun, saya sayang dan bangga dengan fakulti saya..fakulti hijau yang tersergam indah di atas bukit di UTM..=)
Okey, mari nak perkenalkan insan2 kaku di dalam gambar tersebut.. muda remaja belaka, masing-masing dari latar belakang berbeza, ada yang datang dari sekolah biasa, ada yang dari sekolah berasrama penuh dan ada yang dari MRSM. Di UTM kami ditemukan dan akhirnya menjadi sahabat baik.
Dari kiri hadapan: X, Bed, Diana
Dari kiri belakang: Ghan, Reen..
(Cerita terkini, Bed, Reen, dan Diana masing-masing sedang mengandung anak sulung, semoga semuanya selamat belaka..^_^)
Cerita sikit.. Pertama kali saya kenal/bersua dengan Diana adalah ketika hari pertama pendaftaran di UTM, dia adalah rakan sebilik saya selama dua semester, bilik kami adalah L13, 305. Gadis berasal dari Johor dan selalu sakit-sakit semasa minggu haluan siswa. Huhu.. kerana tunggu die, saya pernah kena ketuk ketampi di hadapan ramai orang.. dan hingga kini, she is still my best fren, kite sayang Diana..^_^
Kali pertama saya bersua dengan Ghan dan Bed adalah ketika minggu haluan siswa juga. Kami sama blok, sama aras, tapi tak pernah bersua. Ditakdirkan Tuhan, kami 'cuti' serentak, ketika sahabat lain sedang solat berjemaah di masjid, kami berkumpul di luar masjid. Sambil2 menanti, bertemu geng, kamcing pulak sampai sekarang.. Alhamdulillah..
Reen dan Aiza pula adalah rakan sekelas Ghan dan Diana. Kelas semester pertama di atur ikut abjab nama, saya H so kelas/seksyen satu. Ghan (Noraini), Diana (Nor Diana), Aiza (Noraiza) dan Reen (Norazreen) pula adalah sekelas so .. selalu sama2 lama2 kami jadi satu geng. Bed (Siti Zubaidah) pula kelas berbeza, yakni seksyen empat.. namun kerana kami satu blok, satu aras, mengeratkan lagi hubungan kami. Masuk sem dua, saya tukar kelas semua sama dengan mereka meninggalkan geng sekelas saya..(Sori to Nane, Fizan, Ayu, Juli dan Emy)..
Apa-apa pun, saya sayang semuanya.. dulu kini dan selamanya..^__^
Okey, selesai cerita di sebalik gambar tersebut.. sekarang giliran saya pulak kenakan orang, hehehe..
Mangsa seterusnya untuk menjawab tag ini adalah, jeng jeng jeng..:
Award dari Princess_Islam beserta dengan tag.. Award bertuah, sejauh manakah saya nie bertuah? Hmm.... Hanya Allah yang tahu, anyway, disebabkan saya mendapat pakej lengkap 2 in 1 beserta dengan tag, so saya jawab la yer tagnya..So, here we go..
Rules And Regulation:
Adalah baik sekiranya anda menulis 25 perkara yg org xtau semasa kecil anda. Dihujung entry, anda harus memilih 5 org utk ditag. Anda amat bertuah jika ditag saya sbb sy ingin tau lebey lanjut tentang zaman comel anda dulu..( Siapa yang bertuah nie? haha.. sabar neh~(^o^)
25 Perkara Yang Korang Tak Tahu.
1- Saya dilahirkan di rumah, bukan di hospital atau klinik atau atas kete oleh mak saya, bukan ayah saya atau nenek saya.
2- Saya ada seorang adik lelaki, jarak umur kami 405 hari, maka saya agak kurang kasih sayang, kurang zat kerana tidak mendapat susu ibu yang mencukupi, LOL~ minum Dumex jer.. ketika kecil kami sering dikatakan kembar sebabnya saiz lebih kurang sama tinggi. Saya pakai seluar die pakai seluar, tapi saya pakai skirt, die tetap jugak pakai seluar, hehehehe..
3- Masa kanak-kanak saya banyak diluangkan bersama arwah nenek di Pengkalan Kubor sebab mak lagi fokus kepada adik yang lebih muda setahun, (kurang kasih sayang mak,lol) saya rapat dengan arwah nenek, nenek meninggal ketika saya darjah dua.
4- Saya anak kedua, ada seorang kakak yang garang dan dua orang adik lelaki yang sangat nakal. Makanya, ketika kecil saya sering di buli oleh mereka, isk3.. Saya panggil kakak saya mak tiri, haha.. kami lagi takutkan die lebih dari emak atau ayah.. dia akan buat apa yang dia cakap, so kalau die suruh apa-apa, bila die kata " aku kira satu sampai tiga!" cepat2 kami laksanakan arahan coz bile sampai tiga tak buat lagi, abis la kena belasah, huhu.. ganazzzzz..
5- Saya pernah terjatuh tangga dan patah 3 batang gigi, hahaha!!! banyak darah woo..nangis tak ingat dunia, kakak cuak, huhu~ gua nangis panggil mak ayah macam dah nak mati, kekeke.. erm, satu lagi masalah masa kecik adalah hidung selalu berdarah, tak leh panas sikit, takleh sentuh kuat sikit, haih~~ kadang-kadang time tidur hidung berdarah tak sedar, jaga esok pagi muka dan baju penuh ngan darah dah kering.. muahaha.. bayangkan betapa mengerikan kalu korang terjaga dari tidur tengok saya di sebelah muka penuh darah... =))
6- Saya anak kesayangan arwah ayah. Arwah ayah tak pernah tangankan saya, cubit pun tidak. Erm, mak pun sama. Masa kecik, saya seorang anak yang baik... dengar cakap, tak suka menyusahkan mak ayah.. kalau mak panggil, even time saya tidurm confirm terjaga dan sahut panggilan mak.. comel kan saya.. lol~ kesimpulannya, pada zaman kecil-kecil (hingga kini) saya disenangi dan disayangi mereka yang menyayangi saya.. so sweeettt.. ^_^
7- Saya sangat lasak, tempat permainan saya di zaman kanak-kanak adalah infiniti, satu kampung, haha.. mandi sungai, panjat pokok, main lumpur kat sawah, berkhemah dalam ladang getah, main senapang kayu, lompat getah, teng teng, polis sentri, masak-masak, etc etc.. menggambarkan ciri-ciri kampung girl yang sejati, ^_^
8- Saya hampir lemas dua kali ketika mandi sungai.. Syukur umur panjang lagi.
9- Saya takut kalau terjaga dari tidur takde orang lain, saya nangis...kui3..
10- Saya bersemangat yang sangat tinggi. Suka belajar, suka gi sekolah. Saya tak masuk tadika, terus darjah satu. Memang semangat habis g sekolah. Selalu orang first bangun awal pagi nak pi sekolah, kejut mak sambil nangis2.. " dah cerah dah.. dah cerah dah.." hahaha.. semangat2!!!!
11- Rakan-rakan sepermainan saya adalah sepupu2 dan jiran2 saya, antaranya Ayu, Ila, Siti, Sarah, Mimi, Ita dan lain2.. hehehe..selalunya saya jadi bos.. which is, derang ikut cakap saya. haha..
12- Kakak saya selalu bagi hadiah bila besday dan kalau saya dapat number best2 dalam kelas. Kadang-kadang die bawa saya jalan2 kat bandar, belanja makan, mcd atau nasik ayam.. saya selalu order nugget ngn air stoberi float.. ^_^
13- First time buku rekod saya ada tanda merah (gagal) masa saya darjah 4, saya gagal BI. huhu.. after that, BI saya sentiasa dapat A, UPSR, PMR dan SPM, Bi dapat A... teacher saya masa sekolah rendah adalah Teacher Norhayati.
14- Masa saya darjah dua, cikgu maktab datang ngajar, die bawa saya (pilih saya) dengan kawan saya (anak cikgu besar) g jenjalan kat bandar. nape ntah die berminat ngan saya, myb saya terlalu comel time tu, haha.. perasaan habis.
15- Masa UPSR, batch saya pecahkan rekod sekolah, paling ramai dapat 4A dan 3A, erm.. saya dapat 3A je Upsr, sob2.. masa exam math sibuk bagi member tiru, siap kena tangkap ngan pengawas pekse, sib baik lepas.. huhu.. padan muka tak sempat jawab math habis.. isk3..
16- Saya tak pernah keluar negeri kelantan, tak pernah cakap loghat selain loghat negeri kelantan, sampai la after PMR, saya g KL umah kakak saya dan kendian sambung belajar di MRSM di Negeri Sembilan. Purely Kelate.
17- Masa kecik yang sangat sukar. Mak ayah petani, hidup serba kekurangan. Alhamdulillah telah menjadi pembakar semangat untuk terus berjaya.
18- Pandai tolong emak ayah kat sawah.. tahu la sikit2, hehe.. tapi saya takut lintah. haiyoo~ seram!
19- Kuat berangan, fikir bukan-bukan. Selalu bayangkan tentera jahat datang menyerang, bom jatuh sebelah rumah etc etc.. so saya takut tinggal sorang-sorang sebab takut mati sorang2.. how sad, haih~
20- Seorang yang tak suka gaduh, tapi bila marah, saya sukar mengawal kemarahan. Isk2, suka campak-campak barang.. Adik-adik selalu jadi mangsa sebab derang suka menyakat saya, haih.. macam tarzan jerit2 pun derang bukan dengar, adik lelaki.. sabar neh~
21- Seorang yang cuai, selalu pecahkan pinggan mangkuk, rosakkan barang etc etc.. tak sengaja..T_T
22- Seorang yang jujur dan amanah sejak kecil, even terjumpa duit seposen time sapu umah pun saya tak ambik, letak balik tempat asal.. takut Tuhan nampak, saya takut menipu. Jadi orang kepercayaan mak ayah sejak kecik, kadang2 jadik bankers tolong pegang duit hasil padi.
23- Saya menabung sejak kecik, tabung botol bedak jer, saya suka beli buku rujukan, semuanya guna duit tabung sendiri. Makan pakai saya time kecik serba ringkas, orang miskin la kate, tapi pendidikan saya, saya jaga bebetoi... mak ayah petani tak berapa tahu sangat pasal pendidikan.
24- Adeih, dua lagi nak tulis apa yer.. saya seorang ulat buku, suka baca buku, pantang nampak buku..
25- Yes, dah last!!!! saya seorang kanak-kanak yang comot. tak comel. tapi disenangi ramai orang ..^__^
5 Orang Nak Tag? Sape yang sudi? hmm.. rasanya most of them dah dapat award nie, simpan je leh tak? hehehe.. nanti akan di update.
Yess~!! Saya dapat award ini dari Rerama Chumey, tenkiu yer..^_^
Tajuk kasik gempak sikit, eheh..al-kisah, ini first time saya menyahut cabaran tag-mengetag, biasanya terlalu sibuk dan tak tak ada banyak masa untuk online, walaupun teringin sangat-sangat untuk menyahut cabaran, tapi keadaan yang menghalang so memang tak boley wat apa.. pasrah seadanya..
Saya terjebak dalam jerat tag ini angkara si dia yang comeii.. Memandangkan dia tersangatlah comei, maka saya menyahut cabaran beliau. ekekek..(kepada sahabat yang pernah tag saya sebelum ni saya minta maaf yer, insyaAllah pasni tak buat lagi, saya akan cuba semampu saya untuk menjawab tag anda-kalu ada lagi, insyaAllah..^_^)
Give 5 interesting facts about the giver:
1- Dia adalah one of the krew iLi.. arisha.. femes ngan gambar mata baby, eheh..
2- Peramah dan ceria orangnya.. mempunyai blog yg sangat comei juga..
3- Suka rama-rama, sama macam saya... (jom kite pi tangkap rama2 sama2 nak tak? hehe)
4- Salah seorang pengunjung blog saya yang sangat saya hargai.. tenkiu so much yer for your support..sayang arisha..^_^
5- Ehem2, ni yang best skit nak gitau.. keke.. Dia kata, dia meminati saya, *blushing*
Give 10 things about yourself:
1- I am stil 20's..LOL~ (menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang menuduh saya berusia 40 tahun, haha)
2- I am working already but yet stillyoung and dangerous, takde masalah je bergaul ngan adik2 yang jauh lagi muda, kan? kan? Melihat dari dalam lebih bermakna daripada memerhati dari kejauhan, tul tak? ^_^
3- They called me Mak Ngah because saya anak ke dua dan both of my niece and nephew called me Mak Ngah. Di alam maya ini, orang pertama yang mencipta virus Mak Ngah ini adalah HafizAdam dan ternyata beliau berjaya menyebarkannya ke seluruh pelosok alam, dan malangnya hingga kini belum ada vaksin ditemui.. ish3..
4- My old friends, childhood, neighbourhood called me Nija and some of my friends and my officemates and my housemates called me As.. Niza? huhu..none.. kengkawan yang tak rapat je kot panggil Niza, keke..rasa pelik saja..eheh..but ramai juga sahabat krew dah mula panggil Niza, hmm..apa2 pun takpe sebab nama penuh saya takdemaksud.=(
5- Saya ada blog yang sangat banyak..ada penyakit blogfilic agaknya. haha.. sebelum ini, blog saya adalah Aku Sedang Berbicara, AsNiza@iluvislam, dan lain-lain dirahsiakan. Baru-baru ini saya telah membuka satu lagi blog baru yakni, Ketika Pena Menari... Tak tau la cmne nak atasi penyakit berblog ni, haih...
6- Saya seorang yang pesimis. Tapi sebab saya tahu saya pesimis, salah satu cara mengatasinya, saya sentiasa berlagak seolah2 saya seorang yang optimis. Antara sebab kenapa saya suka menulis perihal motivasi diri adalah sebenarnya untuk memujuk diri saya sendiri.. eheh..kantoikan diri pulak..^_^
7- Saya adalah moderator umum forum iLuvislam.com. Saya mula berdaftar di iLuvislam pada 6 Mei 2008, dan di tawarkan menjadi mod oleh tuan presiden pada tanggal 3 Julai.. 4 Julai saya sah menjadi mod, huhu..cam tak caya je sbb itu first time berforum, dah la dah keje, haih....takdir Tuhan kot, =p
8- Saya sayang iLuvislam terutamanya ruangan forum sepenuh hati saya.. Saya juga menyayangi semua user iLuvislam, itu yang sedih bile derang fikir bukan2 pasal saya.. sob3.. tak suka.. :'(
9- Saya seorang yang suka tersenyum, mudah mesra dan mudah didekati.. Saya mudah berkawan baik dengan sesiapa saja, tapi malangnya, kerana faktor kesibukan dan kerana penyakit mudah lupa, kadang2 untuk mengekalkan hubungan baik itu jauh lebih susah daripada memulakannya..sob2..kadang2 tk jawab SMS, tk reply emel, tk jawab tag, tak ziarah blog..tak reply post kat forum, terlupa reply PM..haih..sorry yer..bukan daku tak sayang..tapi masa sangat suntuk..sob3..
10- Saya seorang wanita yang mempunyai masalah PMS yang agak kronik.. isk3..so bab moody ni kadang2 saya tak boleh elak, haih..kepada sesiapa yang pernah terasa hati time2 mood saya tak baik tu, banyak2 sorry la yer.. saya hambaNya yang ada banyak kelemahan...Sekali lagi mohon maaf..
Give this award to 4 bloggers lain:
Alamak.. empat je ke? adeih.. 4 tak cukup sebab saya mahu bagi award ni kepada semua sahabat saya, gi mana ni dong~~~~~ Kepada semua sahabat.. nah, terimalah award ini, saya sayang semuanya..^_^
Anda dalam proses ingin ke rumah bakal mertua, ini kali pertama anda bertemu dengannya. Anda mendekati kereta anda yang baru di cuci, merah berkilauan. Sebaik tiba berhampiran kereta, darah anda tiba-tiba terasa panas melihat tompokan najis burung di atas kereta anda.
Bersangka Baik 1:
Jangan ler marah..positif..mungkin burung kecik di kejar burung besar yang sangat jahat, kerana ketakutan, burung kecik secara tidak sengaja telah terbuang sesuatu. Kesian burung kecik tu entah masih hidup entah tidak..isk3..sayangilah sesama makhluk Allah..^^
Situasi 2:
Anda sedang memandu kereta kecil warna merah anda. Tiba-tiba sebuah kereta kuning yang menghimpit anda telah hon kepada anda. Anda tidak melakukan kesalahan, namun dia masih merapati anda dan tiba-tiba memotong di hadapan anda tanpa sebarang signal.
Bersangka Baik 2:
Kemungkinan isteri pemandu kereta kuning sedang sakit ingin bersalin. Mereka harus cepat sampai ke hospital, kerana cemas juga, pemandu itu secara tidak sengaja telah tertekan hon, apalah malangnya nasib mereka hari itu, lampu signal pulak rosak..isk2..kesian..
Situasi 3:
Anda ingin singgah membeli buah tangan untuk bakal mertua. Anda parkir kereta lalu masuk ke kedai. Barang yang anda cari tidak dijumpai, anda ingin bertanya kepada pembantu kedai yang pertama, dia memandang ke arah anda tapi tiba-tiba buat derk..Anda tidak berputus asa dan cuba bertanya kepada pembantu kedai kedua. Dia cuma berlalu tanpa memberi reaksi apatah lagi mahu membantu.
Bersangka Baik 3:
Jangan cepat melatah..pembantu kedai yang pertama sebenarnya juling badak. Matanya mengarah kepada anda tapi sebenarnya dia tidak nampak anda pun..sabar yer..pemandu kedua tu pulak pekak, haih~ cmne la tokey kedai tu bleh upah derang keje sini eh? kesian..OKU tuh..=)
Situasi 4:
Anda sudah sampai di rumah bakal mertua. Dengan konfidennya anda memberi salam. Kekasih anda tidak menjemput anda masuk..sebaliknya adiknya yang berusia 5 tahun menyambut anda di muka pintu. Bakal mentua pula menginterview anda, banyak pulak tu soalannya...haih~
Bersangka Baik 4:
Kekasih anda mungkin tersepit kaki di dalam lubang tandas. Emak dan ayahnya pula sedang sibuk berdandan meraikan kedatangan bakal menantu. Tak kenal maka tak cinta, tu yang banyak tanya tu supaya mereka pun cinta kat anda, seperti anda cinta kat anak mereka..ekeke..boleh gitu? positif..^__^
Situasi 5:
Si dia datang bersama sedulang air, cuma air teh o..itu jer. Anda tersenyum kelat manis. Minum je la rezeki tuh..tetiba anda rasa semacam nak muntah..erkk..air apa nie??? masinnya!!
Bersangka Baik 5:
Bertenang..si dia sayangkan anda, takut anda terkena kencing manis, silap2 leh potong kaki...darah tinggi tkde la smpai potong kaki, iye dak? sekali sekala cuba resipi air yg baru apa salahnya..gurau-gurau manja la kata...bersangka baik yer..=)
Situasi 6:
Setelah puas di temuramah dan puas anda membodek, kemudiannya ayah kekasih anda menyatakan kepada anda bahawa anda tidak layak menjadi menantunya.. malah, kekasih anda itu akan di nikahkan anak Pak Mael yang rumahnya di hujung kampung..isk3..keciwa hati anda..
Bersangka Baik:
Jodoh anda bukan dengan dia. Tuhan ada aturan yang tersendiri dan tiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Mungkin ia macam tak best tapi sape tau, sebenarnya itu yang terbaik untuk anda dan si dia..dah takde jodoh, nak wat guano lagi, iye dak? balik je la..hehehe..
Okies, itu antara contoh bersangka baik dalam kehidupan kita..sebenarnya, tak kira dalam melakukan apa sekalipun, kita hendaklah sentiasa bersangka baik dan optimis. Jangan pesimis atau mudah berburuk sangka, kelak anda juga yang rugi~
Mata dah ngantuk. Otak agak beku. Mood sepoi-sepoi bahasa. Tapi saya masih tetap ingin mahu menulis, sempena 'meraikan' Dato' Seri Najib Tun Razak sebagai perdana menteri Malaysia yang ke-6. Tahniah dato' seri, impian kini jadi kenyataan, dan yer..teori RAHMAN ahkhirnya kini menjadi realiti. Sempurna sudah N yang terakhir.
Jujur, sudah lama saya tidak mahu ambil tahu, apatah lagi menulis mengenai politik. Kenapa? Kerana jauh di lubuk hati saya berpendapat, tindakan menulis atau bercakap mengenai politik adalah tak lebih sekadar seperti anjing menyalak bukit, bukit tak runtuh, tekak yang perit. Useless. Hopeless.
Bermula dengan kerajaan Perak bertukar tangan. Scenario politik tanah air kelihatan kembali rancak. Ada isu yang ingin diperkatakan. Kemudian bangkit pula isu Elizabeth Wong, perletakan jawatan dan kematian, agenda menjadi kian menarik. Pilihan raya kecil bakal berlangsung. Kerusi dibiar kosong begitu lama semata-mata menunggu tarikh keramat di bulan April. Taktik, strategi, mungkin.
Namun, kesan akibat tragedi di Perak, saya akhirnya berputus asa dengan politik di Malaysia. Hopeless, useless. Pembangkang sekadar mentimun dan pihak kerajaan ibarat durian. Di golek cedera, menggolek pun cedera. Tiada beza. Sama saja natijahnya. Kecewa. Gagal. Lama saya menyepi. Bersikap tidak mahu ambil tahu. Sedangkan pihak pembangkang yang bersungguh-sungguh membangkang pun tidak mampu mencapai apa-apa kejayaan, apalah sangat yang boleh saya sumbangkan jika pun saya tahu atau ambil tahu atau bercakap mengenainya? Maaf, saya belum melihat tanda-tanda positif di dalamnya, ah..
Ditambah pula dengan media massa yang terlalu bias. Menonton berita umpama melihat kempen pilihanraya bagi satu pihak, sungguh mengecewakan. Ada masanya fakta di putar belitkan, aduh, sedih melihat media disalahgunakan hingga sedemikian rupa. Kenapa oh kenapa? Sekadar ingin menambah kebencian yang sedang bersarang dijiwa penduduk negara ini atau kenapa?
Tergelak melihat SPRM, gelihati melihat PDRM, FRU. Seronok melihat BPR dan SPR. aduh2...semuanya memang 'berkaliber'..penuh 'kesantunan'. Jadi, manakah keadilan?
PM sepatutnya dipilih oleh rakyat. Saya ingin begini, tapi sayangnya 'demokrasi' di Malaysia bukan begini. Peralihan kuasa PM suka suki di buat oleh Presiden UMNO, melepaskan kedudukan kepada pewaris takhta, tak ubah seperti sistem monarki. Dan siapa yang memilih PM? Oh, kuasa cuma di tangan ahli2 UMNO? demokrasikah? aduh...
Mimpi atau kenyataan, kenyataan! Tadi sebaik pulang dari kerja, sambil memandu telinga menangkap suara si pembaca berita radio IKIM.FM..pertama kali saya mendengar " Perdana Menteri Malaysia yang ke-6, Dato Sri Najib Tun Razak," terus saya ketawa seorang diri. Ah..konfem orang yang melihat pun hairan melihat saya tergelak sendirian. Kenapa? Entah..Rasa yang pelbagai, bagai tak percaya dengan apa yang didengari oleh organ bernama telinga. Entahlah...Apa-apa pun, sekalung tahniah untuk DS Najib..
Terlalu banyak yang ingin saya kongsikan, tapi malangnya mata terasa berat yang amat, saya ngantuk, maaf..Sampai sini saja, mohon izin untuk berundur. Wassalam.
Malam sabtu yang lepas saya bersama kakak, abang ipar, emak dan dua anak saudara telah menonton cerita Geng: Pengembaraan Upin & Ipin. Menyokong industri tanah air dan lebih dari itu, menunaikan permintaan kedua anak buah saya tuh...Minat sangat dgn upin dan ipin sejak di siarkan di tv sepanjang ramdhan sejak dua tahun yg lepas.
Start movie pukul 11 malam, agak lewat tp kami tiada pilihan. Cerita bermula dengan kepulangan Badrol ke kampung halamannya bersama sahabatnya Lim. Datuk Badrol adalah Tok Dalang aka sekampung dgn upin n ipin..kebetulan semasa kepulangan mereka berdua, kampung tersebut dilanda misteri 'hantu durian' di mana banyak durian hilang tnpa di kesan..err..ada kesan, tapak kaki sejenis makhluk yg tk dpt dikenal pasti..
Hari kedua di kampung, badrol n lim ingin ke dusun utk mengutip durian, rajoo, upin dan ipin serta kak ros menyertai mereka secara kebetulan..semasa sedang menunggu durian runtuh..kejadian pelik di mana durian di curi dan tinggal cuma kulit bersepah telah terjadi..pada masa yg sama, upin dan ipin sedang bermain guli bersama raju..tiba2 mereka melihat sejenis binatang pelik lalu upin dan ipin bersungguh2 mengejarnya dengan penuh kecomelan..raju secara tak sengaja turut mengekor upin dan ipin dari belakang..huhu..aku suka kejar kejar nie..best jer..
Setelah kejar mengejar, akhirnya mereka dpt binatang tu...raju yg dpt berckp dgn binatang akhirnya menjadi perantara dn mereka berkenalan..nama nya OOPET..comel jer ckp..pasu..pasoo..pasu...huhu..comel...sma comel ngn upin dan ipin..kerana asyik mengejar, mereka bertiga akhirnya tersesat di tengah hutan lalu kak ros, badrol dan lim mula mencari kerana hari juga dah hampir malam...
Malam menjelma, mereka akhirnya tersesat dlm hutan dan melalui pengembaraan yg sgt mendebarkan..bertemu dgn makhluk yg besar dan juga ..ehem2..hantu durian...banyak peristiwa terjadi selama mereka sesat..dan kerana hari dah malam, mak uda aka opah ipin n upin, tok dalang aka atuk badrul dan muthu aka ayah raju turut ke hutan utk mencari mereka semua...
Bagaimanakah pengembaraan ini berlaku? siapakah OPET? Siapakah hantu durian?
Nak tahu? huh..g la tgk sendiri..apa yg saya leh ckp, kami puas hati..first time sayatgk cite mesia dan kuar dengan senyuman..lol..anak buah saya pn hepi dan fokus, walupun masuk kul 11 mlm, tp mereka segar selama cite berlangsung..nk compare ngn cite mr bean holiday, duyung, madagascar dan byk lg muvie yg kami tgk sma2, ini first time anak buah sayafokus dr awal hingga ke akhir..dan bila keluar panggung pn masih aktif bercerita..
Bercerita? huhu..saya, kakak, mak dan abg ipar yg byk bercerita...kami yg beria..puas hati! ye laa..selalu tgk kartun mana ada ayam, lembu, angsa..mana ada budak2 main guli, buli angsa, pistol kayu etc..mana ada org solat, dusun durian mende2 tu..so tgk 'kampung kita' in muvie and animasi mmg rasa takjub sekali..
Akhir kata, sokonglah industri tempatan..dr 5 star, saya kasi 4.5..haha!tinggi neh~agak2nya las corpaque bg royalti ke saya tlg promote nie? just kidding! jom tgk jgn tk tgk..^^
Sini ada magik yang ingin di kongsikan, nak tau ape die dan bagaimana sila cuba sendiri yer..langkah2, method penghasilan magik tersebut adalah sila rujuk kaedah di bawah..
1. Buka Microsoft Word
2. Taipkan huruf besar, Q33 NY (Ini No pesawat yang langgar WTC..yeker?anybody tlg check please..tQ..)
3. Tukar saiz font kpd 48.
4. Pastu highlight dan tukar kepada font WINDINGS..
5. Taraaa! tengok apa hasilnya..Silakan mencuba yer..Gud Luck!!
Yes!! berjaya membuat entri yang paling pendek..Well done hasniza!