+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22
Showing posts with label Free Palestine. Show all posts
Showing posts with label Free Palestine. Show all posts

Sunday, November 18, 2012

Palestin. Semoga Kau Pun Tahu

Palestin. Semoga Kau Pun Tahu.

--------------------------

Airmatamu mengalir bagai tiada sebarang nilai..
Darah yang membasahi bumi tiada siapa peduli..
Kau menjerit memekik kesakitan..
Kau merintih merayu simpati.

Telah lama kau menderita,
Telah banyak nyawa menjadi korban,
Telah banyak rumah kediaman musnah,
Telah banyak duka yang kau tanggung.

Angkuh benar musuh durjana!
Melontar peluru sembunyi tangan,
Nyawa umpama sampah tidak bernilai,
Kejam dan rakus membedil dan menembak.

Ah!
Sungguh aku benci musuhmu,
Merekalah manusia jahil tiada pedoman!

Aku idamkan buatmu..
Burung Ababil datang membantu..
Melontar batu panas memusnahkan mereka..
Biar hancur ibarat daun di gigit ulat.

Aku mendoakan,
Dunia ini kembali sejahtera..
Kau juga bebas di negaramu..
Kembali membina tamadun..
Bangkit dari penderitaan..
Semoga kau pun tahu..
Apa erti keamanan.

Aku mendoakan,
Tiada lagi penindasan,
Tiada lagi pencabulan,
Tiada lagi penyeksaan.
Bantuan Allah pasti tiba!
Kemenangan kan pasti jadi milikmu.
Keamanan akan jadi milikmu.
Dan semoga kau tahu.
Aku saudara yang mencintaimu.
[Di olah semula pada 18 November 2012. Karya asal pernah disiarkan DI SINI, pada 4 Januari, 2009. Dejavu lagi.]

Wednesday, June 2, 2010

Pedulikah Kita?


Lifeline 4 Gaza, atau Talian Hayat Untuk Gaza adalah satu usaha kerjasama di antara NGO-NGO di Malaysia untuk menyertai kempen antarabangsa bagi menembusi kepungan Israel terhadap Gaza. Lifeline 4 Gaza akan bergerak bersama Free Gaza Movement yang berpangkalan di Cyprus, IHH di Turki, MERC dan Kispa di Indonesia dan NGO-NGO lain dari USA, Greece, Perancis, Sweeden, Jerman, Itali, Venezuela dan lain-lain.

Konvoi tersebut dijangka akan berlepas dari Istanbul pada 15 Mei 2010, disertai 20 kapal dan bot kargo. Konvoi kemanusiaan terbesar di dunia ini akan membawa bantuan asas keperluan seperti bahan pembinaan hospital, bahan perubatan, peralatan sekolah dan bahan-bahan makanan. Mereka juga akan diiringi oleh tokoh-tokoh politik dan tokoh-tokoh kemanusiaan sedunia yang prihatin terhadap krisis kemanusiaan di Gaza.

Di ambil dari SINI.

Baru-baru ini kita digemparkan dengan berita penahanan kapal bantuan Mavi Marmara, ramai yang tertidur terus terjaga, lanjut boleh baca DI SINI..

Alhamdulillah hari ini saya berkesempatan mendengar sendiri pengalaman beberapa rakyat Malaysia yang melalui peristiwa penahanan tersebut di kaca televisyen. Kata mereka, jika sebelum ini mereka cuma mendengar dan membaca mengenai kezaliman tentera Zionis, kali ini segalanya terbukti di hadapan mata.

Betapa mereka semua dilayan dengan teruk oleh tentera Israel seperti layanan terhadap penjenayah sedangkan terang-terangan mereka tidak membawa barang-barang yang mencurigakan seperti yang didakwa. Malahan, di atas kapal itu juga ada penumpang yang berusia 80 tahun dan seorang kanak-kanak yang berusia kurang daripada setahun.

Adakah tuduhan Israel terhadap konvoi tersebut boleh diterima akal? Tuduhan palsu semata-mata kerana ingin menghalalkan tindakan mereka, namun ternyata, yang benar tetap benar. Video yang menggambarkan keganasan Israel tersebar jua. Mereka yang menjadi saksi juga tidak mungkin akan berdiam diri. Apa agaknya yang berlaku pada episod seterusnya? Dalam debaran mendoakan, agar kebenaran tertegak. Dan jangan lupa juga mendoakan satu lagi kapal yang dalam perjalanan ke Gaza (insyaAllah tiba ke Gaza dalam masa 24 jam) agar selamat tiba dan misi mereka tercapai. Amin ya rabb.

Cuma sedikit sahaja yang mampu saya tulis. Kerana dengan rendah diri saya mengaku, saya kurang cakna terhadap isu ini. Sekadar alasan barangkali, namun ini yang terjadi, sibuk dengan dunia baru sendiri, kerja baru, rumah baru, maka banyak perkara yang terlepas dari sudut pandangan mata saya. Khilaf sendiri yang sepatutnya saya perbaiki.

Jika sebelum ini saya ada menulis mengenai Nakba, cuma hanya sekadar di situ, kemudian sekali-sekala 'update' berita dari komen sahabat2 melalui forum iluvislam. Sekadar membaca. Adakah saya juga Muslim bermusim? Yang tahu menjerit bila ramai orang menjerit. Tahu memekik bila ramai orang memekik? Rasa terpukul kerana mungkin saya adalah golongan itu. Bila keadaan sepi, tiada isu hangat dan sensasi, maka saya ikut sepi seperti debu-debu di jalanan yang terbang bila ditiup angin. Lansung tiada sebarang kesan kepada sesiapa dan apa pun. Malunya saya.

Kononnya saya mengaku mereka saudara saya. Kami sujud dan rukuk pada kiblat yang sama. Sembah Tuhan yang sama. Hamba kepada Pemilik yang Satu. Namun mengapa, tatkala mereka masih bergelut dengan kesengsaraan, saya bersikap tidak peduli dan lepas tangan? Malahan sibuk mengejar dunia saya dan sempat pula ketawa dan bergurau senda? Pedulikah saya?

Saya masih tertanya-tanya, pada diri sendiri. Adakah saya benar-benar peduli? Atau sekadar hangat-hangat tahi ayam? Atau sekadar bermuka-muka, kononnya saya juga seperti orang lain, juga ambil peduli? Atau apa? Benarkah saya juga peduli? Anda pula bagaimana?

Tanya diri sendiri, dan jawapannya, hanya kita dan Allah yang tahu. Allahu rabbi.. Aku malu...


Friday, May 7, 2010

Banduan Terbesar Di Penjara Dunia


Kalendar bulan Mei di atas meja saya meriah bertanda. Pelbagai hari penting, sambutan perayaan, cuti umum jatuh pada bulan Mei, dimulai hari buruh pada 1 Mei, hari guru pada 16 Mei, hari ibu dan hari ayah dan tidak ketinggalan, hari wesak jatuh pada 28 Mei, insyaAllah jika usia bumi ini masih panjang. Tanpa kita atau dengan kewujudan kita. Sambutan itu diraikan setiap tahun.

Terlalu sibuk meraikan, sampaikan kita lupa pada tarikh penting 15 Mei. Apa signifikannya tarikh itu? Mungkin ada yang lupa atau sekadar memandang ringan dan mungkin juga ada yang lansung tidak tahu.

Ketahuilah wahai saudara-saudaraku yang dikasihi Allah. Tepat 15 hb Mei 2010 ini maka genaplah 62 tahun berlaku peristiwa Nakba iaitu peristiwa malapetaka ke atas rakyat Palestin. Pada 15 hb Mei 1948 itu tentera Zionis Israel telah melancarkan pembersihan etnik ( etnic cleansing ) iaitu sejumlah 750,000 orang atau tiga perempat populasi daripada rakyat Palestin dihalau keluar dari kediaman mereka.

Mereka telah dipaksa menjadi pelarian dalam negara Palestin sendiri dan termasuk di negara-negara jiran yang kini telah mencecah lebih 4.5 juta orang. Kini sudah lebih 6 dekad pelarian Palestin hidup dalam kemiskinan dan penafian keperluan asasi yang sangat parah.

Siapakah yang akan membela mereka? Sampai bilakah penderitaan ini akan terus ditanggung dan bilakah ianya akan berakhir? Sudah lebih 60 tahun , ummat Islam Palestin hidup di medan peperangan. Mereka berada di tengah – tengah kekejaman penjajah durjana Israel laknatullah. Mereka di tindas dan dizalimi tanpa simpati. Tanpa perikemanusiaan. Penderitaan demi penderitaan terpaksa ditanggung. Tidak mengira usia atau jantina, semuanya turut merasa kepahitan.

Jika kita di bumi Malaysia resah gelisah tatkala disirami hujan lebat, mereka hidup dihujani peluru dan bom. Ketika kita resah memikirkan esok mahu makan apa, mereka resah memikirkan samada esok masih bernafas atau tidak. Kehidupan mereka kian tersepit dan terhimpit. Tiada tanda-tanda akan berakhir.

Orang – orang tua Palestin diusir keluar dari tanahair, yang lelaki dikelar dan ditembak mati , kaum wanita pula diperkosa dan dibelah perutnya . Kanak – kanak mereka diletupkan , rumah kediaman mereka dibakar dan kampung halaman mereka dimusnahkan.

3 juta rakyat Palestin menjadi banduan di penjara terbesar di dunia apabila mereka di kepung oleh tentera Israel di Palestin dengan tembok sepanjang 720 km dan 8-12 meter tinggi . Lebih 11,000 rakayat Palestin dipenjarakan di Israel. Ada yang dipenjara sehingga 30 tahun tanpa alasan yang munasabah.

Tanggal 31 Ogos kita bersorak gembira meraikan Hari Kemerdekaan, sedangkan pada 31 hb Ogos 1897 adalah merupakan tarikh Persidangan Basel, Swisszerland iaitu permulaan kepada sejarah tercetusnya gerakan untuk menubuhkan sebuah Negara untuk umat Yahudi. Ini diekori dengan Deklarasi Balfor untuk merealisasikan hasrat ini.

Dan akhirnya pada tahun 1948 negara Israel diistiharkan yang didokong sepenuhnya oleh Amerika Syarikat.


Wajarkah kita hanya terus berpeluk tubuh? Bersikap tidak ambil peduli. Membiarkan saudara seagama kita berjuang bermati-matian demi meneruskan kelansungan hidup. Dan kita di sini bersenang lenang bersuka ria. Sedikit pun tidak terasa apa? Renungilah. Mengapa kita perlu pertahankan Palestine?


Adakah itu masih belum memadai? Lalu kita masih berkira-kira, ragu-ragu?

Nabi Muhammad Saw pernah bersabda;

" Tidak beriman seseorang dari kamu sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri ". ( Riwayat : Bukhari & Muslim )

Firman Allah Taala pula :

"Dan tolong menolonglah kamu dalam ( mengerjakan ) kebajikan dan takwa, dan janganlah kamu tolong menolong dalam perbuatan dosa dan permusuhan ". ( Al-Maidah : 3 )

Muhabasah. Apa yang telah saya lakukan. Dan apakah pula yang akan saya lakukan? Selagi termampu, bangkitlah.

Di sini, saya ingin mengambil kesempatan, untuk berkongsi.. KLIK SINI. Lifeline 4 Gaza. Mari kita cakna, ambil tahu dan bertindak. Mereka saudara kita.

Wassalam wbt.




Tuesday, March 3, 2009

Yahudi: Apa Kau Mahu?


Masked Israelis attacking Palestinian farmers in June 2008
Source


A picture describes more than thousands words. Jalan-jalan kat internet sambil membaca isu-isu di Palestin, saya terjumpa berita lama. Seorang remaja Palestine berusia 18 tahun ditemui mati ditembak semasa perjalanan ke sebuah kampung berdekatan Nablus bersama haiwan ternakannya. Manakala 4 orang lagi ditemui cedera dalam kejadian yang berasingan.

Agak-agaknya, apa salah remaja pengembala tersebut?Adakah dia merbahaya dan mengancam? Aduh..tidak sama sekali. Apa yang Yahudi mahukan? Nyawa rakyat Palestine umpama tiada nilai, bila-bila masa sahaja direnggut tanpa belas kasihan oleh si kafir laknatullah. Lihat sahaja gambar di atas, betapa gah dan bangganya si Yahudi, menyerang dan membunuh rakyat Palestine. Sesuka hati dan bila-bila masa sahaja menzalimi manusia yang tidak bersalah. Yahudi laknatullah, apa yang engkau inginkan?



Saturday, January 17, 2009

Outlandish: Look Into My Eyes





Look Into My Eyes

Look into my eyes
Tell me what you see
You don't see a damn thing
'cause you can't relate to me
You're blinded by our differences
My life makes no sense to you
I'm the persecuted one
You're the red, white and blue

Each day you wake in tranquility
No fears to cross your eyes
Each day I wake in gratitude
Thanking God He let me rise
You worry about your education
And the bills you have to pay
I worry about my vulnerable life
And if I'll survive another day
Your biggest fear is getting a ticket
As you cruise your Cadillac
My fear is that the tank that has just left
Will turn around and come back

Yet, do you know the truth of where your money goes?
Do you let the media deceive your mind?
Is this a truth nobody, nobody, nobody knows?
Has our world gone all blind?

Yet, do you know the truth of where your money goes?
Do you let the media deceive your mind?
Is this a truth nobody, nobody, nobody knows?
Someone tell me ...

Ooohh, let's not cry tonight
I promise you one day it's through
Ohh my brothers, Ohh my sisters
Ooohh, shine a light for every soul that ain't with us no more
Ohh my brothers, Ohh my sisters

See I've known terror for quite some time
57 years so cruel
Terror breathes the air I breathe
It's the checkpoint on my way to school
Terror is the robbery of my land
And the torture of my mother
The imprisonment of my innocent father
The bullet in my baby brother
The bulldozers and the tanks
The gases and the guns
The bombs that fall outside my door
All due to your funds
You blame me for defending myself
Against the ways of my enemies
I'm terrorized in my own land (what)
And I'm the terrorist?

Yet, do you know the truth of where your money goes?
Do you let the media deceive your mind?
Is this a truth nobody, nobody, nobody knows?
Has our world gone all blind?

Yet, do you know the truth of where your money goes?
Do you let the media deceive your mind?
Is this a truth nobody, nobody, nobody knows?
Someone tell me ...

Ooohh, let's not cry tonight, I promise you one day it's through
Ohh my brothers, Ohh my sisters,
Ooohh, shine a light for every soul that ain't with us no more
Ohh my brothers, Ohh my sisters,

American , do you realize that the taxes that you pay
Feed the forces that traumatize my every living day
So if I won't be here tomorrow
It's written in my fate
May the future bring a brighter day
The end of our wait

(pause)


Ooohh, let's not cry tonight, I promise you one day it's through
Ohh my brothers, Ohh my sisters,
Ooohh, shine a light for every soul that ain't with us no more
Ohh my brothers, Ohh my sisters,

[with kids]
Ohh let's not cry tonight I promise you one day is through
Ohh my brothers! Ohh my sisters!
Ooh shine a light for every soul that ain't with us no more
Ohh my brothers! Ohh my sisters!

Thursday, January 15, 2009

Palestine: Apa Lagi Boleh Kami Bantu?

Ya Allah, apa lagi yang boleh kami bantu? Lemahnya kami, tak dapat berbuat apa2 sedangkan angka kematian terus meningkat, setiap jam ada saja nyawa yang terkorban, apa lagi yang boleh kami bantu Ya Tuhan?

14 Januari 2009: 4.15 petang(Malaysia). Jumlah mangsa yang syahid akibat serangan Israel di Gaza telah meningkat. Jumlah yang syahid 976, manakala yang cedera termasuk kritikal 4525.

Aku inginkan kedamaian, tapi bagaimana aku dapat hidup tenang sedangkn sebelah kaki ku bengkak bernanah..sakitnya Tuhan! sakit melihat saudara2 ku di tindas. Hingga aku berhenti membca sebarang berita tentang Gaza, tp itu tak mampu berhentikan penderitaan mereka, mereka masih lagi menangis,merintih, berlari2 ketakutan. Harus bagaimana lagi Ya Allah? Doa dan derma seolah tidak memberi apa2 kesan. Boikot pula terlalu lambat kesannya. Aku ingin SEGERA!! segera hentikan peperangan ini! sekarang juga!! hentikan peperangan ini sekarang juga...

Ya Allah, bagaimana agaknya mereka saat ini? sebelah tangan kudung, kepala berdarah tanpa henti, luka sana sini-dan ada yang menunggu ajal-menunggu izrail datang menjemput..makan apa hari ini? bagaimana tidur mereka? bagaimana pula anak2 yg kehilangan ibu dan ayah? harus bagaimanakah hidup mereka esok hari? makan apa? tinggal di mana? dengan siapa? aduh..hati mereka terlalu rapuh, tegarkah mereka meneruskan kehidupan setelah melalui semua mimpi ngeri ini?

Ya Allah, lindungilah mereka..aku sayangkan mereka.

Monday, January 12, 2009

Israel Guna Bom Kimia?

Laporan: Utusan Malaysia

"Tentera darat, kereta-kereta kebal Israel mara semakin jauh ke dalam Genting Gaza menuju ke bandar utama, memaksa penduduk awam Palestin yang panik melarikan diri.

Lebih 27 lagi rakyat Palestin terbunuh termasuk terkena bom mengandungi fosforus putih yang diharamkan oleh undang-undang antarabangsa.

Human Rights Watch (HRW) bimbang penggunaan bom kimia itu boleh mengakibatkan kesengsaraan lebih dahsyat kepada orang awam Palestin."

Sumber:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0112&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Akhirnya, apa yang aku takuti memang terbukti, Israel Laknatullah itu ternyata menggunakan senjata/bom yang bukan sahaja mampu membunuh malah dapat memberikan impak yang sangat buruk kepada mangsanya.

Jelas lagi nyata, bukan Hamas semata2 yang menjadi buruan Israel, sesungguhnya mereka mempunyai niat jahat dan busuk, ingin menghapuskan seluruh warga Gaza. Malahan, sebuah lori UN yang membawa bekalan bantuan kepada rakyat Gaza juga turut di bom, masjid, hospital dan sekolah juga tidak terkecuali..Naauzzubillah! Celaka sungguh manusia yang bukan sahaja tidak tahu mensyukuri nikmat dan anugerah Tuhan, malahan angkuh, bongkak dan tiada belas kasihan langsung! Binasalah kau Yahudi musuh kami.

Sehingga semalam, 11 January 2009, angka kematian meningkat sehingga 854 dan mangsa yang cedera melebihi 3650..Innalillahiwainnai ilaihirajiun..1.5 populasi Gaza sepenuhnya terkurung. Kasihanilah mereka..Kecederaan kebanyakanya berpunca daripada letupan yang sangat kuat, dan di percayai Israel using a new type of high explosive called Dime [dense inert metal explosive]. Dan mengikut kesan terbakar kepada mangsa, ada kemungkinan mereka menggunakan fosforus putih. For record-Israel used white phosphorus during its 34-day war against Lebanon's Hezbollah movement in 2006, while the United States used it during the controversial siege of the Iraqi city of Fallujah in 2004.


Sedang angka kematian terus meningkat, Mahmoud Abas masih lagi di Cairo, Mesir (tak tau apa die buat ntah..haih!). Marah betul aku dengan Housni Mubarak dan kesemua boneka2 Arab yang sekadar melihat dan berpeluk tubuh. Aduh..mereka itu saudara kamu, bantulah mereka...Bersatulah semua umat Islam..bantulah, tolong hentikan peperangan ini!


Tuhan, bantulah hamba-hambaMu di Palestine. Binasakanlah musuh-musuh kami.















Sunday, January 11, 2009

Song For Gaza





Lyrics:

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die

We will not go down
In the night, without a fight

We will not go down
In Gaza tonight

Tuesday, January 6, 2009

Sudut Pandang Yang Berbeza di Gaza.

Meluangkan sedikit masa menjelajah internet, hari ini saya luangkan lebih masa untuk membaca di sini Al-jazeera.net..

Ada sedikit perasaan 'terkujat' bila terbaca sebuah artikel,http://english.aljazeera.net/focus/war_on_gaza/2009/01/20091585448204690.html

Mengenai pandangan rakyat US terhadap peperangan di Gaza, bagaimana monopulasi media di sana sekaligus 'menyekat' pemikiran mereka di US. Menyekat kebebasan berfikir? Mungkin! Inikah democracy yang di agung-agungkan? Entah..

Artikel tersebut, approximately ada mengupas, mengenai sebuah akhbar di US melaporkan di muka hadapan, dua gambar yang sama saiz:

satu-gambar wanita Palestine yang kehilangan 5 orang anak dalam peperangan.

satu-gambar wanita Israel yang kononnya tertekan dengan keadaan perang.

Apa yang saya fahami, akhbar tersebut seolah-olah menggambarkan kesamaan penderitaan yang di tanggung oleh kedua2 belah pihak. adilkah? samakah? di satu pihak beratus2 nyawa terkorban, orang awam, wanita dan kanak-kanak manakala beribu2 orang cedera tetapi di satu pihak lagi hanya beberapa orang yang terkorban dan itu pun mmg kebanyakkannya askar. Adakah ini yang di maksudkan adil?

Bagaimana pula jika 500 rakyat Israel yang terkorban dan 10 orang Palestin maut? Adakah media juga akan menyatakan kesamaan? Bagaimana pula jika Israel setuju untuk mengadakan gencatan senjata tetapi Palestin bersungguh-sungguh membantai tanpa peduli siapa yang jadi sasaran? Adakah sudut pandangan dunia atau American masih sama atau serupa? Argh!


Perspektif Mereka.

Saya sebenarnya 'geli hati' melihat, membaca dan mendengar tuduhan Israel bahawa peperangan itu terjadi kerana Hamas puncanya! Saya 'ketawa terbahak-bahak' apabila mereka menyatakan Israel berjuang kerana mempertahankan diri. Saya juga hampir 'ketawa guling-guling' kerana mereka menyatakan orang Palestine yang inginkan perang tersebut, dengan cara memilih Hamas!

Aduh...

Lebih 'menghiburkan' hati saya apabila kebanyakan rakyat US juga berfikiran yang serupa. Lihat saja pandangan mereka di bawah:

(1)
" In the USA, we understand Israel is defending its citizens against rockets from Hamas. This isn't about which side is suffering more casualties. It isn't about disproportionate force by the Israelis - if American cities were under attack, we would be using all resources available to end the attacks. Hamas knew Israel had more power than they did - if they didn't want Israel to attack, Hamas shouldn't have provoked them."

(2)
"It is true that the news coverage in the US is biased in favor of the Jews but it is also true that the Palestinians do little to get sympathy in the US. When they elect Hamas they ask for war. When they march it is not for peace but waiving AK's and pledging destruction. Palestine needs a Gandi."

(3)
" This war is the only solution to deal with the Hamas - although they don't understand diplomacy, they understand power and destruction. Go Israel, clean this conteminated region so we can finally live in peace with people who recognize Israel. I prey for our Israeli soldiers, and hope that the war won't stop before the mission is completed."

(4)
"The Palestinian voices I want to hear today are of those who danced and celebrated in the streets on September 11, 2001 after my country was attacked by terrorists. And after that I want to hear the voice of every Palestinian who voted for the Hamas terrorists to rule over them. "

(5)
"Such hypocrisy! Why is it you seldom give front page, continuous headlines when your brethren butcher each other? You only do this when a member of the West, or of Israel defends themselves. Did you air the footage of Pals dancing and yelling bullseye on 9/11? When you pick a fight, do not cry when your nose is bloodied or you are dead. Hum, dishonorable Al Jazeera reporters are as biased as any other reporter."

(6)
"The Gazans voted Hamas into office, and, as the defacto government in Gaza, Hamas attacked Israel. And, now, you are complaining because the papers in the USA don't take the side of the Gazans? In the USA, we understand that Hamas indiscriminately attacks Israeli civilians. Then, Hamas uses civilians as shields, and showcases their deaths when the person is caught in the crossfire. We understand why Israel is attacking with force - in America, we would do the same if our cities were attacked."

dan mungkin banyak lagi yang serupa...aduh!


Apa yang dapat kita bantu?

Credit to: http://jarumemas.blogspot.com/

1. Sekiranya anda seorang guru, ustaz, penceramah, rakan-rakan yang sedar dan cintakan saudara seIslam serta al Aqsa, sampaikanlah kepada mereka akan kepentingan Palestin, Masjidil Aqsa serta semaikan di jiwa mereka kisah pahlawan Islam dan penderitaan saudara kita di sana. Sesungguhnya kita ini disatukan dengan kalimah La ila ha illaLLah.

2. Sekiranya anda berkemampuan dari segi kewangan maka bolehlah menderma di sini..: http://amanpalestin.org/

3. Sampaikan berita-berita terkini mengenai palestin dan umat Islam di negara lain melalui emel, YahooGroup, sms, mms, majalah dan sebagainya sebagai medium penyampaian untuk memberi kesedaran kepada umat Islam dan rakyat Malaysia umumnya tentang penderitan rakyat Palestin.

4. Anda boleh berusaha untuk memboikot barangan atau pengeluar yang membantu Israel dalam membangunkan ekonomi dan membunuh umat Islam di Palestin.
Rujuk sini: http://www.inminds.co.uk/boycott-israel.html

5. Sekiranya anda seorang penulis, wartawan, kolumnis, atau seorang yang mempunyai kesedaran tentang pentingnya menyelamatkan tanah Palestin, al Aqsa dan umat Islam silalah untuk menulis surat, menulis artikel, petisyen. Mudah-mudahan dengan usaha ini, ada di antara mereka yang berautoriti dan benar-benar sayangkan Islam akan memanjangkannya kepada pihak atasan, kedutaaan dan lebih dari itu OIC.

6. Sekiranya anda seorang penulis blog, admin laman web, pereka grafik yang kreatif membuat widget bolehlah memaparkannya di blog dan web masing-masing. Disarankan juga untuk memakai baju 'bebaskan palestin' contohnya.

7. Jangan lupa untuk mendoakan mereka di Palestin, juga umat Islam di seluruh dunia juga kepada pejuang-pejuang Islam yang sedang berjuang di negara masing-masing.

Mudah-mudahan dengan usaha kecil kita ini dapat meringankan beban penderitaan umat Islam di Palestin. Dan ALlah memandang kita sebagai Muslimin yang telah berusaha untuk membantu saudara-saudaranya.. Insya ALlah.


Harapan.

Harapan saya dan mungkin juga harapan anda yang membaca.. Semoga penderitaan yang di tanggungi rakyat Palestin segera berakhir.

Jika peperangan masih berterusan, mungkin lebih ramai yang akan maut dan menderita. Bayangkan, bekalan elektrik sudah di potong, bekalan makanan semakin habis, bekalan ubat-ubatan sukar di agih-agihkan, rumah dan kediaman banyak yang musnah, suhu pula sejuk melampau, sampah terbiar tidak terangkut memudahkan penyakit tersebar, bom dan peluru jatuh tidak mengira tempat, kanak2 menangis tanpa henti trauma dengan bunyi dan letupan. Aduh! Sampai bila penderitaan ini akan berterusan?

Jangan berhenti membantu saudara-saudara kita di Palestin.

Monday, January 5, 2009

Izrail Sedang Sibuk Di Gaza!

REALiTY TV : GAZA (507 MURDERED)




According to the United Nations, at least 507 Palestinians have been killed, and more than 2,400 injured since Israel began its offensive in Gaza. A quarter of those killed are civilians.

Hospitals are at breaking point, families devastated, people are being forced from their homes.

Al Jazeera is the only international broadcaster with a presence in Gaza.

Sherine Tadros reports from the epicentre of Gaza's struggle to survive - its main hospital.


“Adik mahu jadi Izrail!” Begitu kata adik usai aku bacakan biografi Izrail alahissalam, malaikat maut yang wajib diimani oleh aku, adik dan sesiapa sahaja yang mengaku beragama Islam. Jangankan adik, sesiapa sahaja di bumi Gaza yang berdarah ini mahu menjadi Izrail agar bisa kami ambil nyawa tentera Zionis yang saban hari berusaha memastikan hidup kami kaya dengan derita. Dari Rafah sampai ke Bait Hanun, kamu tidak akan berjumpa satu meter persegi tanah yang sunyi daripada kelongsong peluru tentera Zionis. Kalau kamu berlari dari pesisir Mediteranean di Elei Sinai ke Erez kemudian terus ke Kem Khan Younis tempat aku dan adik berlindung sekarang ini, kamu tak akan temui satu inci pun tanah yang merdeka daripada darah penduduk Palestin.

Dua tahun yang sudah, aku, ibu, ayah dan adik tinggal di Rafah. Waktu itu umurku baru mencecah 17 tahun. Sweet seventeenth. Tidak, tidak... Tahun yang pergi dan tahun yang singgah tak pernah lekang dengan derita. Kata ibu, aku anak gadis yang cukup cantik. Kerana kecantikan itu, ibu melarang aku keluar sendirian. Berjaga-jaga kata ibu. Kata ibu lagi, kamu tidak tahu bila dan di mana kamu akan terserempak dengan haiwan. Lagi kata ibu, kalau kamu keluar, kamu belum tentu akan pulang. Oh ya... waktu itu aku agak rapat dengan Rachel Corrie. Ya Rachel. Pernah kamu terbaca mel elektronik Rachel dari Gaza? Tentang betapa derita kami anak-anak Palestin hidup di celahan puing bangunan yang runtuh dibedil rejim Zionis. Kadang-kadang aku tertawa dengan gelagat Rachel dengan lidah Inggerisnya sewaktu Rachel cuba menuturkan perkataan Arab. Rachel, gadis Inggeris yang berhati waja. Kadang-kadang aku rasakan dia itu lebih memahami kami berbanding saudara-saudara seagama dengan kami.

“Kaif Bush? Kaif Sharon?” tanya anak-anak kecil termasuk adik kepada Rachel. “Bagaimana Bush? Bagaimana Sharon?” Rachel kulihat menggaru kepalanya.“Bush majnoon, Sharon majnoon.” Pecah ketawa kami waktu Rachel mengatakan Bush dan Sharon gila dengan lidah Inggerisnya.

Ya, barang kali Rachel benar. Bush gila, Sharon gila. Sewaktu Sharon diserang angin ahmar, kami jangkakan penggantinya mungkin akan punya dasar yang lebih lembut daripada Sharon. Ya, aku silap. Kalau Rachel masih hidup, barang kali anak-anak kecil akan bertanya, “Kaif Bush? Kaif Sharon? Kaif Olmert?” Mungkin akan segera disambut Rachel, “Bush majnoon, Sharon majnoon, Olmert majnoon.” Dan akan segera pula kami sambut dengan derai ketawa yang mungkin dihantar angin Mediteranean sampai ke Tel Aviv.

Suatu ketika Rachel diserang selsema. Makcik Aisyah menjaga Rachel seolah-olah anak sendiri. Ya, Rachel sangat baik. Kadang-kadang aku rasakan dia lebih mulia daripada aku sendiri. Masakan tidak, dari Amerika dia ke sini, ke Rafah yang langitnya tidak pernah sunyi daripada peluru dan roket buatan negaranya sendiri. “Saya aktivis keamanan,” kata Rachel sewaktu mengunjungi rumahku yang hanya beberapa blok jauh dari kediamannya. Oh ya, Makcik Aisyah dan Rachel. Sering makcik tanyakan pada Rachel tentang ibunya, mengingatkan Rachel supaya menghubungi mereka, sampai suatu ketika Makcik Aisyah memeluk Rachel bila Rachel maklumkan bahawa ibunya berterima kasih kerana sudi menjaganya persis anak sendiri.

Ya, Rachel... Aktivis keamanan yang mengorbankan segala bentuk kesenangan untuk bersama kami di Rafah. Beberapa bulan selepas ibu dan ayah membawa kami pindah ke Khan Younis, kami menerima berita Rachel mati dibunuh Zionis.

Di saat-saat akhir hidupnya, Rachel dengan berani mendepangkan tangan di hadapan bulldozer yang sedang mara untuk merobohkan blok penempatan penduduk Arab Palestin. “Rachel jangan! Rachel jangan! Rachel jangan!” Jerit Makcik Aisyah. “Rachel jangan! Rachel jangan! Rachel jangan!” Jerit Nidal, jiran aku yang telah fasih berbahasa Inggeris dek didikan Rachel.

Akhirnya mereka terdiam, Makcik Aisyah menangis. Nidal menangis. Tubuh Rachel pecah digilis bulldozer dan blok bangunan tetap hancur. Begitu yang diceritakan kepadaku oleh beberapa teman yang berpindah ke Khan Younis selepas peristiwa tersebut. Rachel, gadis manis, aktivis keamanan dan teman baru yang sanggup mati kerana kami.

Adik: Kakak! Kakak! Saya mahu jadi Izrail!

Adik mematikan lamunanku lalu menghalau kenanganku bersama Rachel Corrie. Seyum aku pada adik. Kamu boleh lihat kecederaan fizikal, emosi dan mental pada setiap batang tubuh anak-anak kecil di bumi berdarah Gaza. Zionis punya seribu satu cara untuk membuatkan kami menderita. Saban hari kamu akan mendengar berita tentang kematian. Barang kali dunia punya telinga yang pekak dan mata yang buta. Bukan, bukan. Aku patut kata dunia hanya pura-pura buta dan pekak. Selepas penangkapan Koperal Gilat Shalit, dunia bising dan nama Shalit disebut di merata dunia.

Selama ini, berapa ribu rakyat Palestin termasuk wanita dan kanak-kanak yang diculik tapi langsung tidak dipedulikan dunia? Malah nama mereka langsung tidak disebut. Mereka pengganas! Sejak bila mempertahankan tanah milik sendiri dikatakan suatu tindakan keganasan? Ratusan tahun tanah Palestin dikongsi bersama perlbagai kepercayaan. Kamu boleh lihat gambar-gambar jemaah haji Kristian yang berbaris dengan ranting zaitun di tangan aman berarak sebelum Zionis menjarah bumi Palestin. Barang kali, kamu akan lebih percaya dengan melihat kesungguhan Yahudi Ortodoks yang turut sama membantah penubuhan Israel bersama kami penduduk Palestin. Zionisme, barah kemanusiaan.

Zionisme lahir lewat pemikiran Herzl dan Weizmann dan bukannya Taurat. Kalau kamu rajin meneliti sejarah, sewaktu pengisytiharaan Israel, bukan sedikit yang membantah malah George Marshall, Setiausaha Amerika tegas memberi amaran kepada Presiden Truman. Kata Marshall, “kalau kamu mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara, dan saya punya peluang untuk mengundi dalam pilihan raya, saya akan menggundi keluar kamu!” Ah! Sejarah begitu, siapa yang mahu peduli?

Adik: Kakak! Kakak! Adik mahu jadi Izrail.
Afya: Jangan! Izrail sibuk di Gaza.
Adik: Kenapa?
Afya: Sibuklah, banyak kerja. Ramai yang meninggal setiap hari.
Adik: Nak juga, nak juga! Adik nak jadi Izrail juga.

Entah bila Afya masuk ke khemah kami. Sepupuku ini memang rajin mengusik adik. Penderitaan sinonim dengan adik. Penderitaan sinonim dengan Afya. Penderitaan sinonim dengan aku. Penderitaan sinonim dengan seluruh penduduk Gaza. Jangankan adik, malah Afya, aku dan seluruh penduduk Gaza mahu jadi Izrail supaya lekas kami bebaskan tanah berdarah ini daripada Zionis. Zionis punya seribu satu cara untuk menjadikan kami derita.

Pernah suatu pagi, aku dan Afya sudah agak lewat untuk ke sekolah. Semalam suntuk kami tidak dapat melelapkan mata setelah Zionis mengumumkan operasi mencari pejuang Palestin dari pintu ke pintu di kawasan penempatan kami. Berlari. Afya di sebelahku. Berlari. Terhenti. Di hadapan kami parit sedalam empat meter merentangi jalan raya.

Di bahu kiri dan kanan jalan kawat berduri menghalang yang tidak memungkinkan kami untuk lulus lepas ke sekolah. Lagi. Kamu tidak dapat bayangkan betapa mewahnya pandangan anak-anak kecil dengan ketakutan sewaktu deruman jet melintasi bumbung rumah mereka. Siapa tahu, itu mungkin giliran mereka untuk menjadi cebisan daging. Lagi. Lori-lori sampah disekat daripada mengutip sampah di kawasan kediaman kami. Natijahnya kawasan persekitaran kotor, menyebabkan kami lebih terdedah kepada penyakit.

Lagi, oh tembok aparteid... Mungkin kamu sudah biasa dengar betapa perjalanan yang suatu ketika dulu mengambil masa yang singkat menjadi berganda jauh. Tembok itu juga menyebabkan sanak-saudara yang dahulu tinggal bersebelahan terpisah seolah-olah berada di dua buah negara yang berlainan. Lagi? Pernah Afya ceritakan kepada kami, jirannya sampai terpaksa minum dan masak menggunakan air akuarium kerana bimbang ditembak jika keluar mengambil air di telaga umum. Lagi, lagi dan lagi. Episod kekejaman Zionis ini masih berterusan dan belum menemui noktah.

Adik: Kakak! Kakak! Adik mahu jadi Izrail.

Siapa pun mahu jadi Izrail di bumi berdarah Palestin. Setiap hari kami hampir pasti bahawa Izrail berlegar di sekitar kami, cuma yang tidak kami pasti ialah giliran kami berhadapan dengannya yang hanya menjadi rahsia Tuhan. Entah, aku pun tak pasti. Pertolongan hanya sekali-sekala menjengah kami di Palestin. Entah, barang kali kami hanya menunggu turunnya Isa alahissalam. Entah, barang kali kami hanya menanti turunnya Imam Mahdi.

Kami terlampau sangat memikirkan tentang kematian. Tentang Izrail! Tidak banyak yang dapat kami lakukan. Kebelakangan ini sedikit sedih... Bila HAMAS dan Fatah bertembung, dari Tel Aviv dapat kami dengar sayu tepukan gemuruh penjajah Zionis. Banyak nyawa yang terbazir lewat pertembungan itu. Mereka ini kenapa? Kita ini makin lemah bila berbalah berkenaan soal kecil. Sedar! Sedar! Sedar!

***
Anak-anak kecil berlari ke pintu masuk Kem Khan Younis. Sekejap-sekejap muncul kelibat anak kecil dari celahan khemah. Lelaki dan wanita berbondong-bondong mengerumuni pintu masuk itu. Sedikit demi sedikit sampai kawasan kecil itu penuh dengan rakyat Palestin tua muda yang menjadi pelarian di negara sendiri. Di hadapan kami, dua orang ibu tua meraung-raung sambil mendakap tubuh kecil yang sudah hilang nyawa. Suasana menjadi kacau. Adik merentap-rentap tanganku. “Kakak, adik mahu jadi Izrail!” Adik memandang tepat ke mataku. “Kakak, kakak! Adik mahu jadi Izrail!”


Selesai.

Nukilan: href="http://hafeziftiqar.blogspot.com/"

Sunday, January 4, 2009

Free Palestine

Try Not To Cry






Try Not To Cry

Try Not To Cry
Album : My Ummah
Munsyid : Sami Yusuf
http://liriknasyid.com


You, you’re not aware
That we’re aware
Of your despair
Don’t show your tears
To your oppressor
Don’t show your tears

CHORUS:
Try not to cry little one
You’re not alone
I’ll stand by you
Try not to cry little one
My heart is your stone
I’ll throw with you

Isam:
‘Ayn Jalut where David slew Goliath
This very same place that we be at
Passing through the sands of times
This land’s been the victim of countless crimes
From Crusaders and Mongols
to the present aggression
Then the Franks, now even a crueller oppression
If these walls could speak,
imagine what would they say

For me in this path that I walk on
there's only one way
Bullets may kill, bones may break
Still I throw stones like David before me and I say

CHORUS

You, you’re not aware
That we’re aware
Of your despair
Your nightmares will end
This I promise, I promise

CHORUS

Lenny:
No llores, no pierdas la fe
La sed la calma el que haze
Agua de la arena
Y tu que te levantas con orgullo entre las piedras
Haz hecho mares de este polvo
Don’t cry, don’t lose faith
The one who made water come out of the sand
Is the one who quenches the thirst
And you who rise proud from between the stones
Have made oceans from this dust

Waqas:
I throw stones at my eyes
’cause for way too long they’ve been dry
Plus they see what they shouldn’t from oppressed babies to thighs
I throw stones at my tongue
’cause it should really keep its peace
I throw stones at my feet
’cause they stray and lead to defeat
A couple of big ones at my heart
’cause the thing is freezing cold
But my nafs is still alive
and kicking unstoppable and on a roll
I throw bricks at the devil so I’ll be sure to hit him
But first at the man in the mirror
so I can chase out the venom

Isam:
Hmm, a little boy shot in the head
Just another kid sent out to get some bread
Not the first murder nor the last
Again and again a repetition of the past
Since the very first day same story
Young ones, old ones, some glory
How can it be, has the whole world turned blind?
Or is it just ’cause it’s only affecting my kind?!
If these walls could speak,
imagine what would they say
For me in this path that I walk on
there’s only one way
Bullets may kill, bones may break
Still I throw stones like David before me and I say

CHORUS

Pengirim : sumayyah abdul aziz
Sumber http://www.samiyusuf.com



Semoga Kau Pun Tahu.

Airmata yang mengalir tiada sebarang nilai..
Darah yang membasahi bumi tiada siapa peduli..
Kau menjerit memekik kesakitan..
Kau merintih merayu simpati.

Sudah lama kau menderita,
Sudah banyak nyawa menjadi korban,
Sudah banyak rumah kediaman musnah,
Sudah banyak duka yang kau tanggung.

Angkuhnya musuh mu,
Melontar peluru sembunyi tangan,
Nyawa umpama sampah tidak bernilai,
Kejam dan rakus membedil dan menembak.

Ah!aku benci musuhmu,
Manusia jahil yang tiada pedoman.

Aku idamkan,
Burung2 ababil datang membantu..
Melontar batu panas memusnahkan mereka..
Biar hancur ibarat daun di gigit ulat.

Aku mendoakan,
Dunia ini kembali sejahtera..
Kau juga bebas di negaramu..
Kembali membina tamadun..
Bangkit dari penderitaan..
Semoga kau pun tahu..
Apa erti keamanan.

Aku mendoakan,
Tiada lagi penindasan,
Tiada lagi pencabulan,
Tiada lagi penyeksaan.

Semoga, keamanan akan menjadi milikmu, suatu hari nanti.


Nukilan: Aku Sendiri

Wednesday, December 31, 2008

Erti Pengorbanan

Hati aku pedih. luka. hati aku sakit melihat bumi Gaza di hujani peluru..hati aku hiba melihat tanah Palestin merah di simbah darah..tiada kata mampu menggambarkan penderitaan yang dilalui saudara2 ku di bumi Palestin..mayat bergelimpangan..rumah kediaman rosak binasa..anak kecil menangis meminta belas. si isteri merintih hiba kehilangan suami.

hati aku benar2 pedih..bertambah pedih melihat saudara seagamaku di hadapan mata seolah-olah tiada sebarang rasa simpati terhadap penderitaan penduduk Gaza..aduh!tidakkah kamu tahu bahawa saudara seakidah kita sedang mengharung sengsara? tidakkah kamu tahu mereka sedang berdepan dengan maut bila-bila masa saja..tiadakah simpati di hatimu? tiadakah rasa belas? aduh..

di saat aku berkira2 mencipta azam baru sempena menyambut tahun baru..bumi Gaza di lanyak. saat aku sedang bersedih mengenang tragedi tsunami yang baru berlalu 4 tahun..sekali lagi airmata ini tumpah melihat kebinasaan ciptaan Yahudi laknatullah..celakalah engkau musuh Allah..binasalah engkau! aku benci engkau sepenuh hatiku. sungguh.

ada desas..ramai pemuda sanggup menyelinap masuk ke Palestin..demi kecintaan kpd saudara seakidah..walau tanpa peluru dan senjata..namun semangat juang tebal di jiwa, aku menjadi terusik..tersentuh..berbekas di hati ini.

Dan andai sampai masanya..aku ingin berbakti kpd agama ku..banyak dosa yang masih belum aku tebus. dan mungkin dengan cara ini jiwa aku bertambah tenang. jasadku cuma pinjaman. nyawaku milikNya..dunia hanya sementara.