+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22
Showing posts with label Karya. Show all posts
Showing posts with label Karya. Show all posts

Friday, March 13, 2015

Risau Mak Ayah

Fitrah. 

Mak ayah sentiasa risau tentang anak-anaknya.
Ketika masih bayi. Risau.
Ketika kanak-kanak. Risau.
Ketika remaja. Risau.
Setelah dewasa. Pun risau juga.

Sampai bila-bila pun, kerana kasih.
Mak ayah sentiasa akan risau dan bimbangkan anak-anaknya.
Tak pernah kurang.
Sentiasa melimpah-limpah.

Sunday, September 9, 2012

Apalah Dosanya?


Suara Adam menangis dari luar bilik masih lagi kedengaran, namun Elaine tidak sedikit pun berniat mahu membuka pintu bertemu dengannya. Sekali-sekala berselang-seli bunyi bibik mengetuk pintu dengan suara rayuan Adam yang merayu agar mamanya itu keluar bertemu dengannya. Sudah dua hari lamanya Elaine mengurung diri di dalam bilik. Bibik Rina bagai hilang arah tidak tahu mahu berbuat apa. Bagai cacing kepanasan sementara menunggu kepulangan Daniel.

Sejak anak bongsu majikannya itu meninggal dunia, suasana di rumah itu berubah 180 darjah. Tiada lagi hilai tawa, gurau senda. Tiada lagi wajah ceria. Yang tinggal cuma suara tangisan dan esakan. Bibik Rina resah. Puas dia cuba memujuk Adam agar berhenti menangis, puas juga dia memujuk Elaine agar berhenti meratap dan membuka pintu, sudah beberapa hari dia tidak melihat Elaine menjamah makanan. 

Friday, April 13, 2012

Suara Takdir Berbisik

Kereta kecil berwarna merah itu terus musnah dijilat api. Asap hitam berkepul-kepul memenuhi ruang udara. Awan putih kini bertukar warna. Api merah marak menyala membakar setiap inci kereta. 

Suhu disekitar tempat kejadian meningkat beberapa darjah Celcius. Orang ramai kian banyak. Ada yang sedang bercakap di telefon, ada juga yang cuba mengambil gambar dan ada yang sekadar bercakap sesame mereka. Bercerita, barangkali tragedi ini suatu yang sangat menarik bagi mereka. Sehebat cerita letupan di kaca televisyen. Ada api. Ada bunyi. Kini secara langsung di hadapan mata. Bukan sekadar lakonan drama.

Saturday, April 7, 2012

Pimpin Daku Ke Syurga


Hidup adalah sebuah pengembaraan, kita tidak pernah tahu di mana destinasi kita yang terakhir. Sebelum mata terpejam rapat. Pengembaraan ini adalah sebuah perjalanan takdir yang sudah tertulis. Apa dan siapa yang menanti di sepanjang perjalanan adalah di luar jangkaan kita yang bergelar 'pengembara'. Di mana kita singgah melepaskan lelah, hanya Tuhan yang tahu.

Tuesday, March 20, 2012

Belum Berakhir

Mustafa membuka matanya perlahan-lahan. Bunyi tembakan senapang, pekik tangis manusia bersilih ganti tidak lagi kedengaran. Kesunyian kini memenuhi ruang. Darah masih belum berhenti mengalir dari perutnya. Mustafa mula terasa kedinginan.


Teratak Ilmu, di situlah Mustafa dilahirkan dan dibesarkan. Begitu juga Wardah dan Malik. Juga Haikal, Hanim, Hanum dan ramai lagi. Di bawah bumbung teratak itulah mereka bernaung dan berteduh. Dan di teratak itu jugalah, ramai pemuda-pemudi dari segenap pelosok negeri datang berkumpul demi menuntut ilmu. Mereka datang membawa sejuta harapan dengan satu niat, semuanya kerana Allah Taala.