+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Saturday, June 23, 2012

Apalah Sangat Ujian Kita Ini...

Bismillahirrohnanirrohim..

Khabar apa sahabat blogger yang dirindui? Maaflah.. lama benar saya tidak meninggalkan apa-apa jejak di ruangan ini. Bukan sengaja culas, cuma keadaan diri yang 'uzur' tidak mengizinkan.

Baik. Jangan kita biarkan hitam merosakkan kesucian warna putih. Jangan kita tangisi kepergian siang dan mensia-siakan kedatangan malam. Setiap apa jua yang Allah ciptakan, positiflah, pasti ada hikmahnya yang tersendiri. Cuma tinggal terserah pada kita untuk bagaimana mengutip ibrah dari setiap kejadian. Terluka sudah. Menangis pun sudah. Cukuplah sampai di situ saja. Usah biarkan ia berpanjangan. Bangkit dan maralah ke hadapan. Moga Allah memberi kita ganjaran pahala atas setiap musibah yang kita kakui dengan sabar. Dan semoga Allah menggantikan musibah itu dengan sesuatu yang lebih baik.. InsyaAllah. Amin.

Sunday, June 10, 2012

Setiap Orang Adalah Watak Utama (Hero!)


Siapa pernah menonton anime Naruto? Saya pernah! Suatu ketika dahulu, saya benar-benar jatuh cinta dengan anime ini. Betul-betul punya cinta. Walaupun penangan 'gila Naruto' itu sudah berlalu bertahun-tahun lamanya, insyaAllah, sisi positif darinya masih lagi berbekas di hat ini. Izinkan saya berkongsi, ya? =)

Menonton bukan sekadar berhibur. Bukan sekadar menggunakan mata di kepala. Tapi juga bukalah mata di dalam hati. Ajak 'dia' menonton bersama. Jom!

Baik. Suka saya kongsikan beberapa pengajaran bermanfaat yang saya perolehi daripada anime tersebut. Jom kongsi jom! 

Tuesday, June 5, 2012

Syair Seorang Pendosa

Sebenarnya, aku ingin menangis. 
Tapi ku tak pasti tangisan itu untuk apa. 
Airmata ini untuk siapa. 
Lalu ku pujuk diri biar bertahan lebih teguh.
Biar berderai pecah seribu di dalam dada. 
Air mata ini akan ku halanginya jatuh.

Sebenarnya, aku sedang sengsara. 
Tapi ku tak pasti apakah layak aku menagih simpati dariNya. 
Layakkah aku memohon agar penderitaan ini segera berakhir. 
Sedangkan dosaku masih banyak belum tersuci. 
Saban hari memohon ampunan.
Dan saban hari juga aku menzalimi diriku sendiri. 
Apakah masih ada ruang untukku di syurgaMu? 

Tuhan.
Biarlah ku tanggung semua derita. 
Kerana aku memang layak untuk itu.
Yakinkan aku, Tuhan. 
Biarlah aku redha.
Membuka genggamanku.
Melepaskan segalanya pergi.
Semuanya.
Biarpun semua yang aku cintai. 
Demi untukMu. 
Tuhanku.
Yang Maha Berhak.


-Hasniza Ibrahim-