+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Sunday, November 4, 2012

Mawar yang Paling Bahagia




Mawar
Merah warnamu indah
Harum baumu semerbak mewangi
Kaulah idaman sang kumbang menyantun fitrah

Tahukah kau mawar
Kembangmu mekar cuma sementara
Harumanmu juga tidak abadi
Keindahanmu itu tidak kekal
Sampai masa kau layu juga
Dan gugur ke tanah

Tahukah kau mawar
Nasib mawar sepertimu ada seribu macam
Ada yang dipetik orang ketika kembang mekar
Ada yang layu dipijak-pijak sebelum kembang
Ada pula rosak binasa dinodai kumbang
Ada juga yang jadi hiasan penyeri taman
Dan entah bagaimana pula nasibmu?

Tak mengapalah mawar
Segala yang berlaku hanya pasti berlaku dengan izin Tuhan
Tidakkan gugur sehelai daun tanpa izinNya
Tidakkan layu sekuntum mawar tanpa izinNya
Usahlah kau khuatir dan gusar
Percayalah pada takdir dan ketentuan Tuhan.

Terimalah segalanya dengan redha.

Takdir Ilahi, biar apa pun jua.
Itulah yang terindah.
Dan kau pasti kan jadi.
Mawar merah yang paling bahagia.



2 comments:

aNNa said...

(◕‿◕✿)~

aNNa said...
This comment has been removed by the author.