+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Wednesday, January 21, 2015

Gagah Seorang Wanita

Kata seorang kenalan, Allah swt ciptakan lelaki dan wanita itu, sememangnya berbeza.  Kekuatannya juga berbeza. Bayangkanlah bagaimana, jikalau, lelaki dan wanita itu sama kekuatannya.. Asal sahaja ada pertelingkahan atau perbalahan, diajaknya bergaduh sampai bertumbuk. Naya!

Kata teman yang lain pula, sabar lelaki dan wanita ini berbeza. Sabar seorang lelaki, ketika sedang tidur nyenyak, tiba-tiba si anak menangis di tengah malam. Si lelaki boleh bersabar mendengar tangisan si anak lalu terus menyambung tidurnya manakala si wanita, sabar menahan mengantuk lalu bangun dari tidur untuk memastikan si anak berhenti menangis.

Maha Suci Allah Yang Maha Pencipta.

Wanita, di dalam Al-Quran, sering disebut-sebut. Bahkan, ada  Surah khas untuk wanita. Islam mengangkat tinggi darjat wanita terutamanya yang bergelar ibu. Malah, dalam khutbah terakhir Nabi saw, baginda juga ada meninggalkan pesan untuk kaum wanita.

Thursday, January 8, 2015

Mengutip Ibrah Banjir Di Pantai Timur



2014 telah berlalu meninggalkan kita. Tahun baru sudah datang, 2015 kini sudah lebih seminggu bersama kita. Namun. Maaflah 2015. Bukan seperti tahun-tahun sudah, tahun baru kali ini bagai tiada erti. Tidak diraikan seperti selalu. Bukan bermakna kami tak suka. Bukan bererti kami benci.

Cuma, tahun 2014 terlalu perit bagi kami. Terlalu pedih. Terlalu banyak kisah duka, bertambah luka ketika dipenghujungnya, sehingga tak mampu untuk kami bermadah indah, berucap kata, berimpian berazam. Maaflah 2015.


Jangan berkecil hati. Insya Allah, bersamamu dan tahun-tahun akan datang, kami akan terus tabah, terus berjuang. Benar kami ditimba musibah, diuji dengan ujian yang sangat berat. Biarlah tahun ini menyimpan semuanya kemas. Jangan sampai kami tercalar hingga rebah lagi. Moganya Allah kurniakan kami ganjaran kebaikan atas musibah yang kami lalui. Moga kami akan segera bangkit. Melompat lagi lebih tinggi.. Insya Allah.